Langkau ke kandungan utama

RAWATAN ROHANI.






( Mengingati mati antara rawatan rohani kepada manusia ).



Bagi mendapatkan rawatan rohani, perlu mensucikan hati nurani. Berjuang mensucikan hati adalah perintah Tuhan.Bagi umat Islam yang ingin memiliki hati nurani yang suci,... maksud firman Allah ." hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk." (Al Baqarah 2:286)



Abuya Imam Ashaari At Tamimi ada memberi panduan kepada kita, terutamanya mengenai ibadah-ibadah tambahan seperti ibadah-ibadah sunat.Kita mestilah melakukan ibadah-ibadah yang benar-benar kita faham dan mampu melakukannya.
Katalah kita tidak mampu memperbanyakkan solat atau sembahyang sunat kerana letih dan sebagainya,kita boleh memperbanyak kan doa atau wirid atau zikir.Kemudian kita amalkan benar-benar hingga terasa ke
dalam jiwa kita.



Dalam hal ini Imam Ghazali berkata betapa kalau kita ada membuat amalan tambahan sama ada solat atau sembahyang sunat, berwirid, berzikir yang macam-macam bentuk, cuba
perhatikan amalan-amalan itu. Mana satu yang benar-benar memberi kesan kepada roh dan jiwa kita, amalan itulah yang perlu di perbanyakkan.Kita melakukan amalan-amalan tersebut kerana, tujuan kita berwirid, berzikir dan melakukan lain-lain amal
adalah untuk mengingati Allah hingga terasa kepada hati.



Bila hati benar-benar mengingati Allah, maka hati itu akan mendorong kita melaksanakan segala perintah-Nya.Umpamanya, kalau kita membaca Subhanallah boleh memberi kesan kepada jiwa kita, maka bacalah ia banyak-banyak, maka akan kuatlah hati kita. Yang malangnya di akhir zaman ini, ramai juga orang yang berwirid dan berzikir tetapi amat sedikit yang faham akan fungsi wirid dan zikir itu.



Kadang-kadang lagi gigih kita berjuang  akhlak Islam semakin hilang daripada diri kita. Sedangkan tujuan perjuangan dakwah Islam untuk menjadikan manusia berakhlak. Lagi semangat kita berjuang dan berdakwah semakin menebal mazmumah kita. Sebab itu dalam Islam menganjur kan muhasabah diri. Koreksi diri bukan koreksi orang lain.
Lebih-lebih lagi kita manusia biasa bukan nabi dan Rasul.Sudah tentu kita buat kesalahan dan akan tersalah lagi. Dalam Islam anjurkan supaya banyakkan bertaubat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N