Langkau ke kandungan utama

KEKUATAN ROH ATASI TEKNOLOGI.


FIRASAT ATASI TEKNOLOGI.


Teknologi informasi dan komunikasi adalah produk media komunikasi yang dikembangkan dalam upaya memfungsikan komunikasi untuk menginformasikan, mendidik,menghibur  mempengaruhi dll.
Akal mampu cipta teknologi
untuk kemudahan dan keselamatan manusia. Untuk selamat menjalani kehidupan
didunia mahupun di Akhirat, manusia itu tidak cukup kalau dipimpin oleh akal dan fitrahnya saja. Manusia perlu kan pimpinan wahyu. Namun
tidak ramai yang mampu memahami petunjuk dan kehendak wahyu.
Kehebatan akal boleh merosakkan manusia jika tidak di pimpin oleh hati yang kenal dan takut dengan Tuhan. Al Quran itu akan menjadi petunjuk hanya kepada orang-orang yang bertaqwa.
Saidina Umar telah
mengirim sepasukan tentera
di bawah pimpinan Sariyah
ke Nahawand (Iraq) untuk  menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah. Saidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab oleh Allah hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut.
Secara spontan Umar menjerit memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit. Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan.
Gunung tempat Sariyah berada adalah di Nahawand (Iraq) yang berada di luar kawasan Arab Saudi." Jarak Madinah (Arab Saudi) ke Nahawand Karbala Iraq  1352.77 km atau 838.72 mil.
Dalam perkumpulan sahabat-sahabat Nabi hari itu, Saidina ‘Umar bin Khaththab yang pernah menginfaqkan separuh hartanya di jalan Allah Ta’ala ini membagikan kurma. Merata. Masing-masing sahabat mendapatkan satu butir kurma.
Tak lama kemudian, datanglah Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib. Kepada sahabat sekaligus menantu Nabi ini, Sayyidina ‘Umar menyodorkan satu butir kurma. Sama dengan jatah yang diberikan kepada sahabat lainnya.
Lepas diterima dengan baik, Sayyidina ‘Ali bin Thalib berkata, “Wahai Amirul Mukminin,” serunya kepada Sayyidina ‘Umar, “tambahkanlah kurma kepadaku.”
Sayyidina ‘Umar pun menolehkan badan kepada Sayyidina ‘Ali. Katanya sembari menatap teduh, “Jika di dalam mimpimu tadi malam Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memberikan kurma kepadamu lebih dari satu, pastilah aku berikan yang serupa itu.”
Sayyidina ‘Ali pun terperanjak. Kaget. Betapa yang dikatakan oleh Sayyidina ‘Umar ini bertepatan dengan mimpinya tadi malam. “Apakah masih ada wahyu setelah wafatnya Rasulullah, wahai Pemimpin Kaum Mukiminin?”
“Berhati-hatilah dengan firasat orang-orang beriman,” jawab Sayyidina ‘Umar. “Sesungguhnya orang-orang beriman melihat dengan cahaya Allah Ta’ala.”




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N