Langkau ke kandungan utama

SIAPA KUASA BESAR.




( Permainan jongkang  jongkit)

jongkit Jongkang-jongket adalah sejenis mainan kanak-kanak, iaitu sekeping papan yang bergandar di tengah-tengah dan dapat diturunkan dan dinaikkan. b. turun naik apabila dipijak (bkn papan lantai rumah dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Apabila sudah ada orang yang bertaqwa akan Allah lakukan jongkang jongkit.



Disisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa diatas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan yang Allah izinkan untuk menguasai dunia ini.



Kalau kita analisa betul-betul
setiap golongan yang wujud didunia, golongan lain tidak
termasuk ke dalam golongan kafir dan golongan bertaqwa tidak lain dan tidak bukan ialah golongan orang-orang Islam. Tidak ada lagi golongan didunia ini selain dari golongan kafir, golongan Islam dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Ini bermaksud golongan orang Islam tidak akan menjadi kuasa dunia.



Golongan kafir termasuklah
golongan yang menolak Allah secara total seperti Komunis dan golongan yang musyrik iaitu yang menyekutu dan mensyarikatkan Allah seperti Kristian, Yahudi, Majusi, penyembah berhala dan lain-lain lagi.


Golongan orang-orang yang bertaqwa pula sudah tentu lah mereka itu orang-orang
Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.
Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan
atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan
pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa.
Maksudnya: "Allah pembela bagi orang-orang yang bertaqwa ( Jatsiah, 45:19 ).
"Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba Ku yang soleh".
(Al Anbiya, 21:105).



Allah minta kita menjadi orang yang bertaqwa. Berjuang membersihkan hati dan bangunkan jiwa insan supaya menjadi manusia yang bertaqwa; pemimpin bertaqwa, alim ulama bertaqwa, cerdik pandai  bertaqwa, orang miskin  bertaqwa, wanita
bertaqwa dan rakyat jelata bertaqwa. Dengan sendirinya nanti terbinalah tamadun tinggi yang dapat meninggikan maruah dan akhlak. Memberikan keamanan, kemakmuran serta mendapat keampunan
Allah dunia dan Akhirat.














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N