Langkau ke kandungan utama

GERAKAN RIDDAH.

GERAKAN MENENTANG KERAJAAN KHULAFA Al
RASYIDIN.

Bahrain


Oman
Yaman

Pusat gerakan Ar-Riddah.
(Bahrain, Oman, Hadramaut,dan Yaman).


Golongan Ar-Riddah ialah golongan yang terlibat di dalam gerakan anti-kerajaan Islam.Golongan Ar-Riddah terdiri daripada golongan yang mengaku sebagai nabi, golongan yang murtad dan golongan yang tidak mahu membayar zakat.Golongan ini muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW setika Abu Bakar as-Siddiq menjawat jawatan khalifah Ar- Rashidin yang pertama.


Gerakan Ar-Riddah ini telah muncul di sebahagian besar di Tanah Arab kecuali di Makkah, Madinah dan Taif.
Golongan-golongan Ar-Riddah :

1. Golongan Nabi-nabi Palsu :

Tulaihah al-Khuwailid  ( Bani Asad di Najed / Tengah Arab )


Ajarannya :
Menghapuskan amalan sujud dalam setiap sembahyang. Menurutnya wajah yang dicipta Tuhan bukanlah untk dihina sebanyak lima kali.       menghapuskan amalan zakat. Beliau pergi ke Madinah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar  menuntut supaya mengakui kenabiannya, tetapi gagal.


Al-Aswad al- Ansi ( dari Yaman )

Nama sebenarnya Ailat b. Ka’ab b. Auff al- Ansi  ( dari Bani Mazhaj )

Digelar ‘aswad’ kerana kulitnya gelap dan gemar memakai purdah.

Berkebolehan dalam ilmu hitam dan sihir. Mempunyai pengikut seramai 700 orang-berjaya menguasai kota San’a daripada pemerintahan Islam

Ajarannya :

Membebaskan pengikutnya dari kewajipan sembahyang dan zakat.

Menghalalkan penzinaan. ( ajarannya cepat popular ) 

Sajjah bt. al-Harith b. Suwaid b. Aqfan ( Bani Tamim di Yamamah )

Ajarannya :

Mengakui sebagai nabi wanita.

Musailamah al- Khazzab ( Bani Hanipah di Yamamah )

Mula aktif sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Mempunyai kekuatan tentera seramai 40,000 orang.

Semakin kuat setelah bergabung dengan pengikut-pengikut Sajjah al- Harith.

2.         Golongan Murtad :

Golongan yang terus keluar daripada Islam.

Banyak terdapat di Bahrain, Oman, Hadramaut, Mahrah,  dan Yaman.

Mereka menyokong nabi palsu untuk menentang kerajaan Islam

3.         Golongan Yang Enggan Membayar Zakat :

Muncul di Yaman, Yamamah, dan Oman.

Dipelopori oleh Malek bin Nuwairah.

Juga menyokong nabi palsu yang bernama Sajjah al- Harith. Termasuk kaum Absy dan kaum Zubayn di luar kota Madinah yang mengaku patuh keepada Islam tetapi enggan membayar zakat.

Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Ar-Riddah :

1.         Keimanan yang Lemah :

Penyebaran Islam secara meluas berlaku pada 6 H dan ketika penaklukan Makkah    pada  8 H. Nabi Muhammad pula wafat pada 10 H . Kebanyyakan masyarakat Arab yang baru memeluk Islam masih lagi belum memahami ajaran Islam secara mendalam terutama yang tinggal jauh dari Hijaz. Mereka ini mudah keluar daripada Islam. Ada yang masih menanggap ajaran Islam mengongkong mereka daripada keseronokkan kehidupan jahilliyah. Kewafatan Nabi memberi kesempatan mereka terus keluar daripasa Islam secara terang-terangan.

2.         Kepentingan Tertentu :

Golongan ini memeluk Islam kerana inginkan harta-harta rampasan, sanjungan   dan kedudukan serta ingin menghindarkan diri dari serangan tentera Islam.

3.         Semangat  Assabiah :

Masih  mempunyai semangat assabiah yang mendalam terhadap kabilah masing-masing.Walaupun telah diperangi oleh Nabi tetapi mereka kembali ke amalan assabiah yanh menjadi tradisi hidup selepas Nabi wafat.

4.         Golongan Nasrani dan Yahudi.

Golongan ini  merupakan punca yang menyebabkan berlaku kejadian murtad di kalangan umat Islam. Kedua-duanya sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesatkan umat Islam daripada ajaran sebenar.

5.         Keinginan Menjadi  Nabi.

Terdapat juga  orang Arab yang ingin menjadi nabi daripada kaum mereka sendiri dan tidak mahu mengikut nabi orang Quraisy. Nabi-nabi palsu muncul kerana golongan ini ingin menjadi nabi kerana terpengaruh dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W seperti menguasai masyarakat Arab, mempunyai ramai pengikut yang berjuang bermatian-matian untuknya dan berjaya menyatupadukan Arab dari pelbagai suku. Sokongan kepada nabi-nabi palsu disebabkan permusuhan mereka terhadap kaum Quraisy yang terkenal sebagai kabilah yang mulia di Tanah Arab.

6.         Salah mentafsir ayat al-Quran tentang zakat.

Golongan ini mengaku masih menganut Islam tetapi tidak mahu membayar zakat kerana menyalah tafsirkan ayat al-Quran ( Surah at-Taubah ayat 103. )

Menurut golongan ini tujuan utama membayar zakat untuk membersihkan dan menghapuskan kesalahan yang pernah mereka lakukan. Apabila nabi wafat mereka beranggapan tugas membayar zakat telah berakhir kerana hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak melaksanakan proses membersihkan kesalahan dosa mereka. Pada mereka semasa Abu Bakar ia bukanlah nabi dan tidak layak memingkul tugas tersebut. Golongan ini tidak ikhlas dalam usaha membayar zakat kerana menggangap zakat sebagai suatu ufti yang dikutip oleh Nabi Muhammad semasa hayatnya.Selepas Nabi wafat, mereka tidak perlu membayar zakat.

Langkah Abu Bakar Al-Siddiq Mengatasi Gerakan Ar- Riddah :

Mengadakan mesyuarat dalam Majlis Syura.

Para sahabat kurang setuju dengan keputusan memerangi golongan ar-riddah menurut mereka golongan ini harus diberi peluang untuk pulang ke pangkal jalan kerana masih ada yang bersembahyang walaupun enggan membayar zakat.

Khalifah Abu Bakar tetap berkeras memerangi seluruh golongan ar-riddah walau pun secara bersendirian.

Pasukan-pasukan tentera dihantar ke Ghassan – Pemimpin Usama bin Zaid, berjaya menumpaskan golongan ini.

Membentuk 11 pasukan tentera diketuai oleh panglima-panglima Islam antaranya Khalid bin Walid menumpaskan Tulaihah al-Khuwalid, Ikrimah bin Abu Jahal menumpaskan Musailamah al Khazzab, Amru al-As menumpaskan suku Qudha’ah dan suku Wadi’ah, Al-Muhajir bin Abi Umaiyyah menumpaskan Aswad al-Ansi di Yaman.

Setiap pasukan tentera ini dibekalkan ‘ alMansyurat’ ( Pengumuman kepada ketua-ketua golongan ar-riddah supaya mereka pulang ke pangkal jalan, sekiranya mereka enggan barulah mereka diperangi.)

Setiap pasukan tenteranya – Abu Bakar menyerahkan ‘al-Adhu’ ( Surat janji ) kepada panglima sebagai amanat dalam displin ketenteraan.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N