Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA MERIAH MEMUJI NABI (MAULID RASUL).



( keterangan gambar; Arab Saudi merasmikan pusat hiburan dan Malaysia meriah Majlis Maulidur rasul)


AJARAN WAHABI DAN SUFI.
QIDDIYA: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama Putera Mahkota Mohammed Salman melancarkan ‘kota hiburan’ yang bertujuan untuk meningkatkan sumber ekonomi. Fasa pertamanya dibuka pada 2022. Arab Saudi dikenali sebagai tapak kebangkitan Wahabi.



Malaysia dikenali tapak kebangkitan Timur.
‘Kota hiburan’ berkeluasan 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya Riyadh itu diibaratkan Disneyland yang turut bertujuan menambah baik hubungan sosial antara penduduk, lapor Reuters.
Kerajaan Ibnu Saud atau sekarang lebih dikenali dengan kerajaan Arab Saudi hampir menjangkau 100 tahun. Mereka menolak ajaran usuluddin mengikut metod Abul Hassan Al Asyaari ini. Bahkan tanpa malu dan segan-silu serta dengan penuh angkuh menganggap kaedah atau metod usuluddin yang dibawa oleh Abul Hassan Al Asyaari ini bid’ah. Begitu juga
mereka menolak Imam Ghazali yang terkenal ulama yang mempelopori ajaran sufi, tasawuf atau akhlak Islam. Antara kitabnya yang terkenal ialah "kitab Ihya' Ulumuddin".



Ertinya mereka telah menuduh seluruh ulama dan pengikut-pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah pembawa bid’ah. Seluruh tuduhannya sekarang telah makan diri sendiri. Menurut Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi, sekarang adalah era kebangkitan Islam Ahli Sunnah Waljamaah (ASWAJA).Setelah "Empayar Syiah" lemah kesan perang Teluk yang berpanjangan. Sekarang giliran Empayar Wahabi sedang menerima kesannya pula.



Ajaran Syiah disebut dalam kitab kuning (Rafidah) dan ajaran Wahabi dikenali dengan (Mubtadiah).Kini umat Islam seluruh dunia menantikan model ajaran Islam yang murni, suci, dan boleh membawa kedamaian kepada manusia sejagat. Kini Tuhan sedang mempersiapkan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah menjadi jalan keluar kepada permasalahan yang berlaku sekarang di dunia Islam.



Ajaran Ahli Sunnah Wal jamaah, model yang ada di Malaysia membuka mata umat Islam seluruh dunia. Bahkan di Malaysia subur ajaran tasawuf dan ramai pejuang sufi bergerak dan menghidupkan ajaran tersebut.
Model ajaran Islam yang melahirkan kasih sayang.
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Malaysia merupakan model sebuah negara Islam sebenar yang perlu dicontohi dan dipelajari oleh negara-negara Islam lain termasuk Tunisia.
Sheikh Rached Ghannouchi
Pandangan sedemikian telah dizahirkan oleh Pre­siden Perge­rakan Al-Nahda, Sheikh Rached Ghannouchi menerusi satu temubual televisyen di Tunisia baru-baru ini yang menyatakan rasa bangga beliau dengan kemam­puan negara ini mencipta banyak kejayaan walaupun mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.
Menurut penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Peradaban Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, Malaysia te­lah berjaya mengurus perbezaan antara kaum dan agama sehingga mampu mengangkat kedudukan ekonomi menjadi antara 20 negara yang sedang berkembang pesat menuju negara maju.



“Penduduknya hanya sekitar 30 juta, bermakna Malaysia bukanlah sebuah negara besar. Kita telah sama-sama bangkit dengan Malaysia pada tahun 1960-an, tetapi apabila Malaysia berjaya masuk dalam senarai 20 negara yang pesat membangun ekonomi­nya, sementara Tunisia pula masih dalam kumpulan 80 negara yang berusaha untuk membangunkan ekonomi, bermakna negara itu telah meninggalkan kita dengan jarak hampir 60 negara.
“Kenapa ini berlaku sedangkan demografi Malaysia jauh lebih rumit berbanding Tunisia? Hanya 60 peratus sahaja penduduknya terdiri daripada orang Islam; yang lainnya adalah Cina, India dan juga mereka yang tidak beragama,” katanya seperti dipetik dalam rakaman video itu.
Dalam pada itu, tokoh pemikir Islam antara paling berpengaruh di dunia itu berkata, Malaysia berjaya keluar daripada kompleksiti itu dan membangunkan negaranya dengan jayanya sehingga ke tahap seperti hari ini.



Beliau turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, cukup teratur, moden dan negara yang beragama.Katanya, Malaysia juga memberikan gambaran wajah Islam yang sebenarnya di samping berjaya membangunkan kemajuan ekonominya, sekali gus menjadi bukti jelas bahawa Islam tidak menghalang kemajuan ekonomi serta pembangunan teknologi.
“Wanita-wanita Islam di Malaysia pula adalah yang kuat berpegang kepada agama, namun dalam masa yang sama aktif dalam aktiviti seharian termasuk dalam bidang politik, ekonomi dan budaya.
Pada 9 Julai 2017 tahun lalu, Malaysia telah mene­rima kunjungan hormat tokoh paling di­­hormati di negara Tu­nisia itu.
Antara misi utama lawatannya ialah mempelawa Malaysia menjalinkan kerjasama ekonomi dengan lebih erat dalam pelbagai bidang.



Dalam lawatannya itu, beliau secara peribadi mengagumi kejayaan kerajaan negara ini yang menegakkan syiar Islam, bahkan membawa imej Islam yang begitu baik sehingga telah membuka mata dunia bahawa Islam sebenarnya boleh wujud dalam situasi yang kompleks dan rumit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N