Langkau ke kandungan utama

TUHAN SUMBER REZEKI.






Tuhan adalah pemodal atau sumber rezeki. Allah SWT berfirman yang maksudnya:
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)".( Hud, 11:6 ).
"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(Az Zaariat 51:58).
Seringkali kita dengar perumpamaan "Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia" sebagai perbandingan kepada kita manusia agar jangan mudah berputus asa dan jangan malas untuk berusaha.
Maksudnya orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan tetapi bukannya bermaksud kita hanya duduk atas batu dan tidak perlu berbuat apa-apa.
Perumpamaan ini juga boleh disamakan dengan peribahasa "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" yang bermaksud jika seseorang itu mempunyai keinginan atau iltizam yang kuat dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya walaupun berdepan dengan berbagai cabaran dan rintangan.
Orang yang berjiwa tauhid
merasakan Tuhan adalah yang memberi rezeki dan menanggung segala keperluan makhluk-makhlukNya. Walaupun perkara yang di lihat dan diterima perkara yang sama tetapi pemahaman orang yang berjiwa tauhid jauh berbeza.
Contoh, kita lihat Si A dan Si B kedua-duanya berniaga, Si A orang yang berjiwa tauhid.
Si B orang orang awam yang hanya ada ilmu tauhid. Cara menerima sesuatu berbeza.
Walaupun sama-sama berniaga tetapi cara berperasaan tidak sama jauh berbeza.
Si B menganggap rezeki itu datang dari usahanya sendiri seperti berniaga, bertukang dan sebagainya. Allahlah yang menyalurkan rezeki kepada makhlukNya. Kalau rezeki itu macam air, Allah itu yang empunya sumber air/tangki air.  Kerjaya itu hanya saluran, macam paip. Jiwa tauhid itu kepala paipnya. Kalau awal-awal dah tutup kepala paip, kita jaga paip sahaja, maka air tak akan masuk. Jadi kita kena jaga jiwa tauhid dan kerjaya saluran rezeki tersebut.
Kerjaya kita, jual jagung ke, mengajar ke, buat renovation ke, niaga gajet ke, niaga baju ke, servis catering ke, kerja company besar ke, tetapi kalau Allah tak mahu bagi, tidak dapat juga. Tapi  kalau Allah hendak bagi Dia akan salurkan rezeki tersebut sekalipun kita OKU yang hanya boleh duduk berzikir.
Kedua, jaga akaun rezeki kita, iaitu perhubungan dengan Allah ( hablumminallah ); sembahyang wajib, sunat, wirid, zikir, taubat, doa, dll bentuk ibadah hablumminallah. Kalau akaun kita tertutup atau bermasalah macamana Allah hendak salurkan duit ke dalam akaun kita.
Ketiga, jaga ukhwah, kasih sayang samada dengan orang-orang yang dekat atau jauh. Jaga mulut, dari bercakap yang boleh membuat orang lain tersinggung. Jaga tangan dari menulis perkara-perkara yang boleh menyakiti orang.
Keempat, pastikan tempat atau rumah kita tidak kotor atau bernajis. Kerana malaikat yang membawa rezeki tidak akan datang ke tempat-tempat yang kotor sebaliknya menjadi kubu jin dan syaitan. Yang ada anak-anak pastikan sebelum tidur semua bilik-bilik bebas dari pampers busuk dan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan
mereka. Begitu juga dapur, tidak ada  pinggan-pinggan  kotor berlonggok jadi hidangan syaitan. Tong-tong sampah pastikan sudah kosong, sampah sudah buang di luar rumah pada tempatnya.
Kelima, jaga amanah yang Allah beri, iaitu makhluk-makhluk yang tidak mampu  berdikari yang ada dalam jagaan kita.  Seperti anak-anak, orang tua yg uzur, OKU,  haiwan peliharaan,  tanaman, kereta, rumah, motor, basikal, harta benda, dll. Mereka semua kita kena pastikan dalam keadaan terbela sbb Allah dah beri pada kita untuk dijaga. Kita jaga mereka dengan baik bukan mereka dibiarkan saja, terutamanya keperluan asas mereka. Kalau makhluk hidup perlukan makan minum, pakaian, tempat tinggal. Sebelum tidur kita pastikan anak2 tidak dalam keadaan lapar dan pastikan selamat. Pastikan mereka tidur dulu, baru kita tidur. Pagi-pagi sudah diuruskan, mandi, makan, jangan tinggal dalam keadaan terbiar. Mereka masih tidak pandai menguruskan sendiri. Ibu ayah kena uruskan mereka dan pastikan keselamatan mereka. Harta benda kena jaga dengan baik, diselenggara, disimpan dengan selamat.
Keenam, tidak berlaku pembaziran kerana orang yang membazir adalah kawan syaitan. Contoh tangki air sampai kering kerana paip air terbiar terbuka sepanjang malam. Makan bersepah sebab waktu anak-anak makan  tidak diperhatikan. Lampu-lampu terpasang sepanjang malam. Bilik kosong tapi kipas terpasang, dll.
Ketujuh, lebih banyak muhasabah diri bukan menilai atau mengikrab orang lain. Kalau kita sibuk dengan menghisab dosa sendiri kita tak akan sempat menilai orang apalagi sampai terkeluar dari mulut kita. Mengata hal orang ini ada dua saja, mengumpat atau memfitnah. Dua-dua adalah sumber dosa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N