Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

TOKOH MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Abu al-Hasan bin Isma'il al-Asyaari. (ابو الحسن بن إسماعيل اﻷشعري)  (lahir: 873- wafat: 935), adalah seorang pemikir muslim  pendiri mazhab Ashaariah. Latar Belakang namanya Abul al Hasan Ali bin Ismail al-Asyaari keturunan dari Abu Musa al Asyaari, salah seorang penghubung dalam krisis antara ,Ali bin Abi Thalib dan Mu'awiyah. Al-Asyaari lahir tahun 260 H/873 M dan meninggal  pada tahun 324 H/935 M [1] Al Asyaari lahir di Basra, namun sebahagian besar hidupnya di Baghdad. Beliau telah mengembangkan ajaran seperti sifat 20.  Banyak tokoh pemikir Islam yang mendukung pemikiran-pemikiran dari imam ini, salah satunya yang terkenal adalah "Tokoh hujjatul Islam" Imam Al Ghazali, terutama dibidang ilmu kalam terutama di bidang ilmu kalam/ilmu tauhid/ushuludin. Beliau semasa kecil di Basra dan dewasa hingga meninggal di Baghdad. Kota Baghdad, semasa zaman Imam Abu Hanifah kota tersebut dikenali dengan kota ilmu pengetahuan. Ramai ahli-ahli fikir lahir dari kota Baghdad. Guru

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Di dalam ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: 1. Usuluddin (aqidah) 2. Feqah (syariat). 3. Tasauf (akhlak). Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya. Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak.  Ia tidak boleh diamalkan satu-satu sahaja tanpa yang lain. Berfeqah saja, atau berusuluddin saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan ke-Islaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan menjadi orang fasiq. Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepa

IKATAN AKAL DAN JIWA.

Maksud firman Allah: "Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al anfaal 8:63). Perpaduan ikatan jiwa dan akal. Iaitu perpaduan kerana takutkan dan cintakan Tuhan, serta selaras akal fikiran. Bila takutkan Tuhan, manusia takut hendak membuat salah kepada sesama manusia. Maka tidak berlaku pergaduhan dan perbalahan. Bila cintakan Tuhan, automatik timbul rasa cinta sesama manusia. Akan datang rasa perikemanusian. Maka lahirlah sikap bertolong bantu, bela membela dan bekerjasama.  Inilah perpaduan yang lebih kuat, sejati lagi hakiki. Iaitu pe paduan yang lebih bersifat sejagat, global dan seni. Ia bersifat maknawi dan rohani. Ia bersifat akal dan jiwa. Inilah perpaduan yang boleh membunuh sifat-sifat

MENJEJAK MAKAM SITI HAWA.

MENJEJAK MAKAM SITI HAWA. Ribuan tahun adalah satu jangkamasa yang lama bagi umur manusia. Disisi Allah adalah satu masa yang terlalu singkat. Nisbah perhitungan masa ialah satu ribu tahun yang kita hitung disisi manusia baru satu hari disisi Tuhan. Bila kita membaca sejarah nabi Adam dan akan dikaitkan juga dengan isterinya Siti Hawa. Kisah Siti Hawa bersama nabi Adam suaminya. Siti Hawa orang perempuan pertama yang Tuhan ciptakan dari tulang rusuk nabi Adam.  Pergantungan dan pertolongan mereka hanya kepada Allah. Didalam Al Quran Tuhan ceritakan bagaimana nabi Adam belajar semua nama-nama ciptaan Tuhan. "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".(Al Baqarah 2:31). Namun para malaikat masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Iaiu menjadikan khalifah Allah di muka bumi

ZIKRULMAUT DAPAT MEMBINA INSANIAH MANUSIA.

“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan zikrul maut (ingat mati)”  (HR Al Baihaqi). 
Sebagaimana dalam ibadah sembahyang ibadah haji juga mengandung unsur zikrul maut (ingat mati), yaitu ketika jamaah calon haji memakai kain ihram dan wuquf di Arafah. Kain ihram itu ibarat kain kafan. Padang Arafah ibarat padang Mahsyar, tempat manusia berkumpul di hari kiamat untuk menunggu hari keputusan (yaumul fashl). Haiwan jahat macam mana pun tidak berdosa. Malaikat baik macam mana pun tidak diberi pahala. Dalam diri haiwan dan malaikat tidak ada pilihan. Dalam diri malaikat dan haiwan tidak ada pertarungan dan tidak ada perjuangan. Sesuailah bagi mereka itu tidak ada pahala dan tidak ada dosa, tidak ada syurga dan tidak ada neraka. Pada diri haiwan tidak ada tuntutan untuk membangunkan kehaiwanannya. Pada diri Malaikat juga tidak ada tuntutan untuk membina dan me

RASULULLAH SAW MERAIKAN HOBI PARA SAHABAT.

Setelah masuk Islam, Abdul Syam berganti nama menjadi Abdul Rahman. Beliau seorang sahabat yang banyak meriwayatkan Hadits. Beliau masuk Islam pada tahun ke-7 setelah Rasulullah hijrah ke Madinah. Beliau berasal dari qabilah Ad-Daud di Yaman.  Pada kebangkitan pertama iaitu ketika Rasulullah SAW masih hidup, terdapat seorang sahabat mendapat gelaran Abu Hurairah. Bagaimana beliau mendapat gelaran tersebut? Abu Hurairah, dalam bahasa Arab secara harfiah artinya bapa kucing. Abu Hurairah ini benar-benar peminat kucing. Dia kerap bermain-main dengan anak-anak kucing. Bahkan, suatu ketika Nabi Muhammad bertanyakan kepada Abu Hurairah soal kucing ini. Ketika Abu Hurairah bertemu Rasulullah SAW, Nabi bertanya apa yang ada di dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah RA oleh Rasulullah. Semenjak saat itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah RA.  Abu Hurairah masuk Islam pada tahun ke-7 setelah Rasulul

MANUSIA PALING CERDIK YANG BANYAK INGAT MATI.

Apakah yang paling dekat dengan manusia? Menurut Imam Ghazali: jawapan yang paling benar itu ialah kematian.Kerana yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati  Maksud firman Tuhan:  "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  (Ali-Imran,3:185). Maksud firman Tuhan: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumuah

Faham Kerja Tuhan

Sedutan Sajak  Roh raja didalam diri, makanannya   adalah mengingati Tuhan (zikrullah)  Zikir di sini yang dimaksudkan  bukan membaca ayat-ayat atau kalimah-kalimah dijadikan zikir  Itu adalah bagi orang yang lalai atau bagi permulaan sebagai latihan  Zikrullah disini ialah mengenal tuhan secara tepat Hingga terasa besar dan hebat  Takut dan cintakan Tuhan sebagai hiburan

KALAU DUNIA INGIN DAMAI.

Kalau dunia ingin damai, hidup penuh bahagia dan harmoni  Para pemimpin kenalah kasih sayang macam ibu kepada anak-anaknya.  Dapat menegakkan keadilan kepada seluruh rakyatnya Orang-orang kaya jangan sombong bahkan pemurah kepada fakir miskin  Para ulama, guru-guru berlemah lembut Sentiasa sahaja m njadi obor kepada Kehidupan manusia  Hingga orang awam terasa diberi kasih sayang  Dan kehidupan mereka sentiasa terpimpin dan mendapat panduan  Teras-teras masyarakat seperti ulama, pemimpin, orang kaya, guru-guru berakhlak tinggi  Bahkan mereka dikasihi dan disayangi oleh seluruh manusia  Wibawa mereka tinggi hingga mereka dihormati dan disegani Tapi apa yang berlaku pada hari ini  Tiang-tiang seri masyarakat telah rosak Maka masyarakat umum pun ikut rosak Bila masyarakat umum telah rosak gejala masyarakat dan jenayah merebak Sedangkan yang hendak membaikinya adalah tiang-tiang seri masyarakat  Padahal tiang-tiang seri masyarakat sudah rosak  Gambarkan lah orang yang sudah rosak memikirkan