Langkau ke kandungan utama

MANUSIA PALING CERDIK YANG BANYAK INGAT MATI.



Apakah yang paling dekat dengan manusia?
Menurut Imam Ghazali: jawapan yang paling benar itu ialah kematian.Kerana yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati 

Maksud firman Tuhan: 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 
(Ali-Imran,3:185).

Maksud firman Tuhan:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Al-Jumuah,62:8).

Roh manuaia apabila terpisah dari jasad manusia itu dinamakan mayat. Roh manusia asalnya sangat mengenal Allah SWT. Namun hati atau roh itu tetap mampu mengenal Allah SWT seperti asalnya apabila bersungguh-sungguh menolak tuntutan nafsu dan syaitan. Apabila hati itu bersih dari pengaruh nafsu dan syaitan maka ianya kembali terbuka pandang-tembus mengenal Allah SWT seperti asal fitrah kejadian roh itu. Roh yang mengenal Allah SWT,yang benar-benar merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT yang disifatkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - 

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:27-30).


Umat Islam mesti benar-benar memahami hakikat bahawa segala jenis kemungkaran, maksiat, kejahatan dan gejala negatif berpunca dari nafsu yang liar. Nafsu tidak boleh ditundukkan dengan undang-undang, peraturan dan hukuman. Nafsu tidak dapat dikalahkan oleh segala usaha lahir seperti membesarkan otot-otot. Otot-otot yang pejal membenjol serta keras dan padat tidak akan dapat mengekang hawa nafsu. Misalnya, dunia hari menghadapi fenomena berleluasa gejala negatif terutamanya golongan remaja. Tiada apa yang silap dengan kajian, perancangan, program dan aktiviti yang begitu banyak. Tenaga, masa dan wang ringgit begitu besar sebagai peruntukan untuk mencegah dan membendung gejala negatif. Namun hasilnya sangatlah mengecewakan.


Buatlah apa pun program dan aktiviti. Jika tidak menjurus kepada peningkatan iman hingga ke taraf iman 'Ayan, selagi itu tidak akan berhasil mencegah dan membendung gejala negatif. Buatlah kajian seberapa teliti dan terperinci diiringi pula dengan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Seandainya itu semua tidak ada langsung berkaitan  dengan soal spritual, rohaniah, mengekang nafsu, selagi itu tidak akan membawa sebarang penyelesaian yang konkrit dan berkesan. 


Kerakusan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan memanjat gunung, bersampan, berakit dan berkayak, berenang, bersilat, berjogging dan bersukan. Semua aktiviti ini hanyalah memejalkan otot badan. Nafsu bersifat rohani. Apabila nafsu terdorong untuk menagih dadah, ianya tidak dapat ditangkis atau ditepis dengan langkah atau buah silat dan lain-lain. 


Hukuman pula hanyalah jalan keluar terakhir dan bukan penyelesaian yang berkesan. Hukuman sama saja seperti orang yang takutkan harimau, tidak mencemaskan sekiranyaseseorang itu memiliki apa saja alat yang memungkinkan dia menewaskan harimau itu. Ertinya masih ada peluang untuk bebas dan terlepas dari terkaman harimau. Tidak menghairankan sekalipun ramai yang sudah dihukum mati  kerana mengedar dadah, namun dadah tetap terus beredar di pasaran secara meluas. Ini menunjukkan adanya mereka yang berjaya mengelakkan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa.


Mati itu sendiri hanya ditakuti oleh orang yang beriman. Ini adalah kerana orang beriman tahu dan dapat merasakan betapa dahsyatnya peristiwa mati dan selepas itu. Orang mukmin saja yang bimbang terhadap kegemparan mati dan akhirat. Bagi orang tidak beriman, mati itu hanya sekadar satu peristiwayang bakal dilalui oleh semua orang. Mati bagi mereka berakhirlah segala persoalan hidup. Tidak lebih dari itu. Sebab itu mereka tidak menjadikan mati itu sebagai ubat untuk menghindarkan diri dari kemungkaran. Hanya orang beriman saja yang yakin dan berpegang kepada sabda Rasulullah SAW:

"Cukuplah mati itu sebagai penasihat".

Mati itu sendiri hanya berkesan mengingatkan orang yang beriman. Bagi orang yang tidak beriman, hukuman mati itu hanya bersifat menamatkan kerja-kerja jahat yang dia lakukannya. Kerakusan nafsu hanya mampu ditundukkan oleh iman. Iman pula mestilah pada kategori iman 'Ayan. Iman 'Ayan inilah ubat paling berkesan dalam menangani gejala negatif.


Sekiranya umat Islam terutamanya pemimpin masyarakat, para pejuang, pendakwah, warga pendidik dan seluruh ibu bapa benar-benar perihatin terhadap segala masalah umat Islam, hendaklah kembali kepada usaha ikhtiar yang benar-benar tepat. Natijah dari ketepatan itulah nanti Allah SWT datangkan kejayaan dan kemenangan kepada umat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N