Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

INILAH ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM.

Kebangkitan Islam kali kedua sedang berlaku depan mata kita. Besarnya kebangkitan ini mengulangi kebangkitan pertama. Kegemilangannya pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah. Ini membuktikan hanya Islam mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak akan runtuh. Ia runtuh sama ada tekanan daripada luar atau dari dalam tubuh badan ideologi itu sendiri. Kepincangan ideologi-ideologi tersebut akan terserlah melalui dua cara. Pertama, oleh bencana alam atau pun musibah kecuaian manusia. Kedua, kerana krisis yang timbul hasil tak sempurnanya ideologi itu sendiri. Tidak ada kekuatan lahiriah yang dapat menahan bencana alam berlaku. Israel sekutu kuat Amerika Syarikat, di landa kebakaran yang sangat mengejutkan pun tak boleh di selamatkan. Sama sedar atau tidak, itu satu tamparan daripada Allah kepada kekejaman, kezaliman dan kesombongan Israel. Kalau selama ini kita membaca di dalam Al Quran bag

UNIVERSITI HATI LAHIRKAN GRADUAN CINTAKAN TUHAN.

Pusat Universiti Rasa hati bertempat di Timur. Ia melahirkan pejuang-pejuang kebangkitan Islam kali kedua. Universiti tersebut bertapak di Malaysia. Cawangan-cawangan nya ada di seluruh dunia. Negara-negara di Timur menjadi  cawangan Universiti Rasa Hati. Lulusan daripada Universiti Rasa Hati melahirkan usahawan dan budayawan dunia akhirat. " Sijilnya : ISO TAQWA! PEWARIS Nabi. Gaji   : Sebanyak yang diperlukan ! . Pensyarah : Ikhwan Tutor : Asoib . Motto : Melahirkan hamba dan khalifah   Hati ialah sumber rasa-rasa.  Manakala akal ialah sumber fikiran.  Antara Rasa dan fikiran sebenarnya rasalah yang lebih berkesan kepada pembentukan peribadi.  Yakni, bila hati itu baik maka baik lah diri.  Bila hati itu jahat maka jahatlah peribadi-peribadi itu !   Demikian Maksud  Sabda Nabi SAW tentang seketul daging yang terletak di dada-dada manusia.  Dia ialah Hati !   Ertinya hati dengan Otak, hati lebih utama !  Maka kalau akal disekolahkan begitu tinggi lebih-lebih lagilah rasa hati itu

SOLAT JAMAAH BENTENG DARI FITNAH DAJAL.

Masyarakat yang rajin sembahyang berjemaah ertinya membuat benteng dari fitnah dajal. Juga dengan berjemaah siapkan diri bersama Imam Mahdi. Dalam Islam hati menjadi rebutan antara malaikat dengan syaitan. Masyarakat Islam didalam solat berjemaah yang dapat dibangunkan didalam kehidupan diluar solat jemaah. Solat jamaah atau sembahyang berjemaah mempunyai kelebihan yang banyak dibandingkan dengan sembahyang seorang diri. Melalui sembahyang berjemaah ada latihan disipilin. Sembahyang berjamaah mendidik kita ilmu bermasyarakat. Didalam sembahyang berjemaah ada imam ertinya pemimpin, ada makmum lelaki, ertinya didalam masyarakat ada golongan orang lelaki. Dalam solat berjamaah ada makmum perempuan, begitu juga didalam masyarakat ada perempuan. Dalam sembahyang juga ada kanak-kanak. Begitu juga masyarakat di luar sembahyang ada kanak-kanak. Setiap golongan makmum ada adab, peraturan dan disiplin masing-masing. Bagi setiap kelompok masyarakat sama ada lelaki, perempuan, dewasa atau kanak-ka

PERANGAI BURUK MUSUH DIRI DAN MUSUH TUHAN.

Akhlak yang baik, budi pekerti yang mulia yakni berbuat kebaikan sesama manusia sehingga dapat menghibur hati manusa, semua orang suka. Bagi orang yang suka menyakiti hati orang lain sebetulnya dia pun tidak mahu orang lain menyakiti hatinya dan suka kalau ia dihiburkan. Begitulah fitrah. Maka Islam agama fitrah ini datang memerintahkan agar manusia berakhlak baik sesama manusia.  Sabda Rasulullah SAW, Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak membuat kebaikan untuk manusia lain. Dengan itu, siapa saja yang berakhlak buruk dengan sesama manusia, seperti sombong, bakhil, hasad dan lain-lain, bererti dia menentang Allah dan juga menentang fitrahnya. Orang begini bukan saja dimurkai Allah tapi dia membenci dirinya sendiri. Hidupnya tidak akan tenang dunia akhirat.  Kalau manusia saling mengisi fitrah, aman damailah masyarakat. Tapi apa yang terjadi sekarang kita susahkan orang tapi minta orang jangan susahkan kita. Al hasil sengketa semakin merata. 1. Sakitnya orang Tuhan bukan

HATI MENGATASI GAJET SEBAGAT ALAT PENGHUBUNG.

Gajet menjadi kegemaran manusia pada hari ini. Tidak mengira peringkat usia, semuanya minat dengan gajet. Yahudi meniti atas kecenderungan manusia dengan menyediakan pelbagai jenis gajet dan di sediakan untuk semua peringkat umur. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan  (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana tekno

ZAWIAH ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN ROHANIAH.

Hati adalah wadah untuk mencorak manusia itu menjadi baik atau jahat. Hati adalah jasad maknawiah. Untuk melahirkan ahli sukan angkat berat dan bina badan ada pusat latihan angkat berat. Begitu juga hendak melahirkan ahli-ahli sukan yang lain perlukan pusat latihan mengikut keperluan sukan fizikal. Untuk melahirkan orang yang menguasai ilmu agama dan akademik ada disediakan sekolah bermula dari tadika hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Begitu jugalah untuk melahirkan ulama rohani seperti Imam Ghazali perlukan pusat latihan rohani. Jadi "ZAWIAH ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN ROHANIAH." Atau dengan nama lain iaitu pusat suluk. Di Maghribi lebih dikenali dengan nama "ZAWIAH". Universiti Al-Qaraouine: Terletak di Fes, Morocco, universiti ini asalnya sebuah masjid yang dibina pada tahun 859. Universiti ini diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai Universiti Tertua di Dunia.Seorang tokoh lepasan Universiti tersebut ialah  Syaikh Abdullah ibn Muhammad ibn al

PEJUANG BERAKHLAK SIMBUL KEMATANGAN KEYAKINAN.

. Abuya mendidik keluarga dan pengikutnya supaya dari masa ke semasa terus berusaha memantapkan keyakinan terhadap janji Tuhan. Pergi ke tengah masyarakat membawa akhlak mulia. Dalam meniupkan semangat perjuangan tetap pertahankan akhlak Islam. Akhlak ibarat bunga diri pada manusia. Sesiapa pun akan jatuh hati apabila melihat bunga. Sebab itu Abuya Imam Ashaari At Tamimi perjuangakan akhlak. Ia ibarat bunga diri. Siapa pun melihatnya menarik. Abuya mengajak kita untuk membenarkan janji Allah melalui program "Jadual Allah" untuk kebangkitan Islam akhir zaman. Kalau kita hanya di suburkan fitrah sahaja, kata Abuya kalau tak ada ujian boleh berbuat lagi tetapi kalau berdepan dengan ujian perlukan satu ikatan lagi iaitu ikatan keyakinan. Bila bergabung dua ikatan, iaitu ikatan fitrah dan ikatan keyakinan kita mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan ujian-ujian besar. Ramai orang boleh bersabar, tenang menghadapi ujian secara berkumpulan. Tetapi sedikit yang dapat bertahan apabil

INTITUSI RAJA PENYELAMAT AGAMA DAN NEGARA.

Perkembangan politik dunia khususnya dalam negara semakin cemas. Pemimpin politik bercakaran sesama sendiri. Kepentingan agama, bangsa dan negara mencemaskan. Maka disinilah kita melihat peranan intitusi raja-raja. Umat islam akan kembali gemilang. Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Ini adalah ibarat era kebangkitan islam. Era kebangkitan intitusi raja-raja ada peranan. Siapa yang menolak peranan tersebut ibarat menentang arus. Kita masih ingat bagaimana ada golongan yang cuba menafikan peranan raja-raja dengan mencabut atau mengurangkan kuasa raja tetapi Tuhan tidak izinkan golongan tersebut sebaliknya mereka kini sedang bercakaran. Kegemilangan Islam kali kedua bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan. Ianya pasti terjadi kerana ianya merupakan janji dari lidah Rasul SAW. Janji Rasul SAW itu sepatutnya disambut penuh kegembiraan oleh umat islam zaman ini kerana kita ditakdirkan oleh Allah SWT hidup di zaman yang insyaAllah dapat melihat dan menikmati kegemilangan Islam. Dan yan

MANUSIA PALING CERDIK YANG BANYAK INGAT MATI.

Maksud firman Allah SWT: “Setiap yang bernyawa akan mengalami mati.”  (Al Anbiyaa 21:35). “Sesungguhnya kematian yang kamu ingin lari darinya itu sungguh-sungguh akan menemui kamu.” (Al Jumu’ah 62:8 ). Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Setiap yang ada di bumi ini akan binasa dan yang tetap kekal hanyalah Zat Tuhanmu yang Maha Mulia dan Maha Besar.” (Ar Rahman 55:26-27) Demikianlah ketiga ayat di atas memberi pengertian kepada kita bahwa dunia ini akan berakhir atau mengalami kiamat. Sebelum dunia ini mengalami kiamat besar yang menjadi akhir dari segalanya, secara berangsur-angsur dunia ini juga mengalami kiamat-kiamat kecil. Misalnya pohon yang tumbang terkena badai, bangunan yang runtuh karena gempa bumi atau makhluk-makhluk Allah yang musnah karena bencana alam. Begitu juga dengan manusia. Dapat kita saksikan, setiap hari ada manusia yang mati. Ada yang mati karena sakit, ada yang dilanggar kendaraan, bunuh diri, atau terbunuh di medan perang. Dengan berbagai cara manusia menemui

INDAHNYA ISLAM SESUAI DENGAN FITRAH MANUSIA.

Indahnya Islam itu adalah dinul Islam itu sebenarnya sangat sesuai dengan fitrah manusia, dengan kata lain sesuai dengan perasaan manusia. Apa yang hati manusia setuju, itulah yang Allah suruh. Apa yang hati tidak setuju, itulah yang Allah larang. Kemudian oleh Allah, Rasul diutus untuk membawa perintah untuk membenarkan apa yang ada dalam fitrah manusia, menyuburkan apa yang telah ada. Kerana itulah Islam itu indah sebab memberi makanan pada roh. Apa yang roh kehendaki, itu yang dihidangkan oleh Islam. Indahnya Islam sesuai dengan perasaan manusia. Bila seseorang sakit perasaannya sangat inginkan simpati dan perhatian. Dalam Islam, Allah hiburkan pesakit dengan penghapusan dosanya atau Allah angkat darjat pesakit tersebut. Ertinya bila kita faham tindakan Tuhan dan menjadi keyakinan ia sangat memberi kekuatan kepada diri kita. Keyakinan kita terhadap Tuhan boleh diukur dengan adanya ujian. Ujian yang Tuhan timpakan pada setiap orang atau kelompok masyarakat tidak sama.  Daripada didik

SEJARAH ADALAH SATU INSTITUSI PENDIDIKAN.

Sejarah itu sendiri adalah satu institusi pendidikan dan pengajaran yang sudah cukup lengkap. Sejarah sahaja sudah cukup untuk mendidik dan mengajar manusia. Tidak perlu lagi kepada prasarana atau tenaga pengajar. Itu bagi orang yang faham. Tetapi bagi orang yang tidak faham, sejarah hanyalah cerita-cerita silam semata-mata. Sejarah ada kaitan dan sejarahlah yang mencetuskan keadaan masa kini. Sejarah juga mempengaruhi dan perlu diambil kira dalam membina wawasan dan visi. Kerana dari sejarah kita dapat ilmu. Dari sejarah kita dapat contoh dan tauladan. Bangsa yang berkuasa di ketika itu di Madinah ialah puak Aus dan Khazraj. Beratus-ratus tahun mereka berperang. Tetapi dengan kedatangan Rasulullah, mereka boleh berdamai dan boleh berkaseh sayang. Selama ini, sebegitu banyak pemimpin yang datang dan pergi, tidak ada yang mampu mendamaikan mereka. Orang mula bertanya, apakah yang Muhammad buat hingga boleh jadi begini?  Dan yang paling mengejutkan ialah tentang orang Yahudi. Nabi SAW se

TUHAN DATANGKAN GURU SEJARAH ISLAM DARI CHINA.

Masjid Agung Xi'an salah satu masjid tertua di China. Seni bina masjid tradisional Melaka juga sangat ada hubungkait dengan pengaruh Islam dari negeri China. Kesan pendakwah dari negeri China buktinya adalah melalui  seni bina Islam tradisional di negara kita ini. Sedangkan kita sudah maklum bahawa guru yang terbaik adalah sejarah. Kalau kesan-kesan sejarah Islam yang masuk ke Tanah Melayu tidak kita jaga ertinya kita akan kehilangan guru terbaik dalam hidup kita. Menyedari akan hakikat ini pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengekalkan identiti seni bina Islam tradisional di negara kita ini. Kerana melalui warisan tersebut kita telah menyediakan guru sejarah terbaik untuk generasi kemudian. Kalau di Malaysia etnik Melayu sudah maklum beragama Islam. Begitu juga di Tanah Besar China etnik Hui sudah maklum beragama Islam. Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Saad bi

XPDC ABUYA MENAWAN EROPAH, AFRIKA DAN ASIA.

Pada tahun 1986 penulis bersyukur mendapat peluang turut serta dalam musafir dan XPDC bersama Abuya. Banyak hal yang dikongsikan tentang hadis-hadis akhir zaman dan  menjejak kesan peninggalan tamadun Islam. Semasa XPDC dan permusafiran itu juga banyak berpeluang menelusuri perjalanan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Batutah, tokoh-tokoh pembuka negara Islam saperti Salahuddin Ayyubi di Palestin, Tariq bin Ziad di Spanyol, Muhammad Al-Fateh di Turki, dan sebagainya. Setiap tempat yang kami kunjungi Abuya akan meniupkan roh sejarahnya. Kami terasa seolah-olah di bawa ke zaman kegemilangan Islam itu kepada kami. Semasa kebangkitan Islam pertama, bahasa Arab pernah menjadi bahasa dunia antarabangsa. Menjadi bahasa penghubung antara sesama manusia yang berlaianan benua. Benua Eropah pernah menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghubung. Pelabuhan Malaga di Spanyol berasal daripada bahasa Arab iaitu dalam bahasa Arab di sebut Malqa ertinya tempat pertemuan. Benua Asia di kenali dengan pela

KUASA BESAR BERALIH DARI BARAT KE TIMUR.

Hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli politik, pemerhati, dan cerdik pandai secara khusus, serta secara umum rakyat ASEAN dan juga CIA sedang menumpukan perhatian kepada perkembangan dan kemeriahan Islam yang sedang berlaku rancak di Timur khususnya Malaysia. Semua golongan bercakap tentang Islam termasuk selebriti dan terserlah membuat perubahan kepada Islam. Penutupan hijab melanda golongan artis dan selebriti. Kerajaan kena faham perubahan dan perkembangan yang berlaku di tengah masyarakat. Pembaca dan pengacara TV juga sudah tidak asing dengan pemakaian hijab muslimah. Lebih dari itu rakyat tidak sabar menunggu apa yang akan menimpa kepada politik Malaysia yang berlandaskan demokrasi. Bagi orang yang tajam akalnya dan sangat peka dengan isu-isu semasa serta mengambil pengajaran apa yang berlaku. Operasi dakwah yang dilakukan Abuya, di China, Manila, negara-negara bekas jajajahan Rusia seperti Uzbek dan sebagainya begitu meriah. Program memperbaharui syahadah mendapat samb

PENYELAMAT BERTARAF DUNIA YANG GLOBAL.

Di Barat hari ini, orang yang kelihatan bijak pandai dan hidup senang dilaporkan banyak yang terkena sakit jiwa. Sehingga jumlah orang yang masuk rumah sakit jiwa melebihi jumlah orang yang masuk ke universiti dan kolej. Kegiatan membunuh diri, kesan daripada masalah tersebut semakin luas berkembang sama ada di eropah, amerika atau di Jepun, walaupun dunia semakin mencapai  kemajuan ekonomi, sains, teknologi dan bertambahnya pakar sakit jiwa ( paychologist). Di Timur, umat Islam yang sudah rosak imannya kerana terlalu menuruti nafsunya sedang menghadapi hal yang sama. Cara hidup yang mereka pilih telah menghantarkan mereka ke lembah masalah dan kesusahan. Hanya Islam satu-satunya agama yang sistem hidupnya benar dan terbaik untuk diikuti. Yakni kehidupan Sunnah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin serta semua salafussoleh. Dengan mencontohi mereka, nescaya manusia akan kembali kepada fitrah murninya dan akan bahagia di dunia dan akhirat.  Hanya Islam satu-satu

UZBEKISTAN PENDOKONG KUAT KEBANGKITAN ISLAM.

Dalam hal memberi iman kepada manusia, Abuya adalah di antara orang awal yang terbang ke negara Uzbek seelok dimerdekakan oleh Rusia. Uzbek adalah Uzbekistan  Uzbek: O‘zbekiston) merupakan sebuah negara tanpa pantai di Asia Tengah. Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet. Di sana Abuya mencari di mana sahaja dan siapa sahaja untuk diajarkan syahadah semula. Abuya menziarahi tokoh-tokoh masyarakat untuk diajak kepada Tuhan. Semuanya itu adalah untuk menagih janji Hadis. Yang mana di akhir zaman, Islam di Khurasan akan bangun semula bersama Timur. Satu lagi rekod yang cukup ganjil yang Abuya cipta ialah dalam misinya menjadi penyelamat, pendakwah yang berhikmah ialah bilamana beliau ditangkap polis untuk di ISA kan. Kesempatan di lokap dan dalam tahanan daerah, digunakan untuk berdakwah secara sikap dan lisan.  Salah seorang guru Abuya ialah Syeikh Mahmud Ariff Bukhari berasal dari Mekah dan berbangsa Uzbek. Nama penuhnya ialah Mahmud Ariff Abdullah Turah Khan Tashk

PEMIMPIN POLITIK BERKECAMUK RAKYAT INSAF .

Satu lagi contoh merupakan khawariqul 'adah terjadi di luar logik akal manusia akan mengejutkan dan akan membuka mata manusia. Khawariqul 'adah yang berlaku di Malaysia ianya sangat memeranjatkan. Menurut pandangan ulama rohani, ketika pemimpin-peminpin politik Malaysia semakin berkecamuk dengan krisis, rakyatnya pula semakin serius menuju kebaikan. Ketika 'ibu bapa' dalam satu keluarga belum kenal penutupan aurat, 'anak-anak sudah kenal pakaian sunnah. Bapa borek, tetapi anehnya anak tidak rintik. Pelik, anak ketam boleh berjalan betul walaupun ayah ibunya tidak. Inilah satu lagi khawarikul 'adah yang telah berlaku dibumi Malaysia. Kita terus di bimbing oleh Abuya Imam Ashaari At Tamimi untuk merasakan khawariqul 'adah menjadi suatu kebiasaan.  Apakah hikmah disebalik perubahan yang berkadar songsang ini? Apakah Allah taqdirkan rakyat menuju kebaikan sebagai persedian untuk menerima satu kepimpinan yang baik? Lihatlah walaupun keadaan politik Malaysia berke

PERTEMBUNGAN TOKOH ULAMA SUNNI DENGAN SYIAH.

Ulama Syiah di Iran, Ayatullah Mohammad Yazdi pada Jumaat (25/9/2015) mengajak kepada negara-negara Islam didunia untuk merebut Mekkah dan Madinah. TEHERAN (gemaislam) –  Sejarah perjuangan Abuya mencatatkan, beliau adalah seorang ulama yang hebat. Seorang tokoh yang sangat menentang Syiah. Abuya menguasai pelbagai jenis ilmu dalam Islam. Abuya sendiri ketika pulang daripada Iran atas jemputan kerajaan Syiah Iran telah menulis pendiriannya tentang kerajaan Iran. Bukunya yang bertajuk "BAHAYA SYIAH". Malah, Abuya menguasai lebih daripada 10 jenis ilmu yang menjadi syarat untuk seseorang menjadi ulama. Abuya bukan sahaja menguasai ilmu-ilmu tersebut malah beliau sangat mengamalkannya.  Daripada pengamalan ilmu-ilmu itu lahirlah model kehidupan Islam. Kerana ilmu-ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, bukan hanya bahan fikiran atau senaman akal sahaja. Ilmu itu bukan untuk berseronok memperkatakannya. Kerana itulah hasil pengamalan Islam melahirkan buah dan natijah yang sangat ind

MALAYSIA MENGULANGI ISTANBUL.

MALAYSIA MENGULANGI TURKEY.  Ada benarnya Malaysia menuju Daulah Islamiah. Rakyat Malaysia inginkan perubahan dalam kepimpinan negara. Keyakinan masyarakat dan kesedaran  terhadap agama semakin meningkat.  Semua golongan pemimpin dalam masyarakat  perlu buka mata dan peka kerana rakyat mahukan perubahan. Satu perubahan memilih pemimpin yang adil. Kepimpinan diluar sistem biasa yang ada. Ustaz ASHAARI MUHAMAD,  beliau yang kini lebih dikenali sebagai Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi dikalangan pengikutnya yang berjumlah 10,000 orang dan para simpati berjuta orang itu dikaitkan dengan kebangkitan Islam di timur yang tapaknya adalah di Malaysia. Berita Pertemuan tokoh-tokoh diperingkat kepimpinan parti yang memerintah negara ada bertemu Abuya di Bangkok. Abuya Imam Ashaari bersikap seperti Guru kepada Sultan Muhamad Fateh Syamsudin Wali. Syamsuddin Al wali adalah seorang tokoh ulama rohani. Di tangannyalah melahirkan seorang pemimpin yang berjaya membenarkan isyarat yang pernah di samp