KEBANGKITAN ISLAM MENENGGELAMKAN SOVIET UNION.
Amerika akan senasib seperti Soviat Union Rusia. Sebelum ini dunia di terajui oleh dua kuasa besar. Iaitu Soviat Union Rusia dan Amerika Syarikat. Apabila Tuhan hendak beri laluan kepada kebangkitan Islam, kuasa besar hanya tinggal Amerika sahaja. Ertinya Trump sebagai calon president Amerika hanya berdepan dengan era giliran Timur yang diterajui oleh Islam. Lagi Trump mengganas lagi cepat empayar Barat yang diterajui oleh Amerika jatuh. Kita berjuang berpandukan Al Quran dan Sunnah. Rom dan parsi adalah dua kuasa besar yang di hadapi kebangkitan Islam pertama. Kebangkitan Islam kali kedua akan berpandukan apa yang dilalui kebangkitan pertama.
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET. Union of Soviet Socialist Republics. Sejarah Empayer Soviet Union Rusia bermula 1922 dan berakhir 1991. Pengasasnya Vladimer Lenin. 1985 – 1991 (terakhir) – Mikhail Gorbachev. SISTEM KERAJAAN Kesatuan Republik Sosialis Soviet Negara komunis satu parti. Kejatuhan Gorbachev telah diramalkan oleh Abuya Imam Ashaari At Tamimi dua tahun sebelum kejatuhannya. Menariknya, ramalan ini telah dipaparkan kepada masyarakat melalui sebuah sajak yang diberi judul Perutusan Kepada Gorbachev dalam majalah Al Munir keluaran November 1988 (lihat sajak tersebut di akhir bab ini). Abuya Imam Ashaari At Tamimi yakin Gorbachev akan jatuh walaupun pada ketika itu pemimpin Rusia itu mendapat dokongan kuat dari Barat. Cuma yang tidak dapat dipastikan bagaimana cara jatuhnya sahaja.
Siapa yang membaca Perutusan Kepada Gorbachev akan melihat betapa jelasnya keyakinan itu walaupun disampaikan secara puitis. Dan memang benar, 2 tahun kemulian Gorbachev jatuh tersungkur dalam keadaan tidak dijangkakan oleh sesiapa, hatta CIA sekalipun. Sekali lagi Abuya menunjukkan bahawa apa yang diramalkannya bukan mainan, bukan gurauan. Ia benar-benar berlaku walaupun sewaktu ditanyakan nampaknya seperti mustahil.
Dengan keluasan keseluruhan negara sekitar 22 400 000 kilometer persegi, Soviet Union telah menjadi negara paling luas di dunia. Soviet Union berjaya mempertahankan statusnya sebagai salah satu dari dua negara kuasa dunia selama empat dekad melalui hegemoninya di Eropah Timur, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, bantuan untuk negara-negara membangun, dan kajian ilmiah, terutama di bidang teknologi ruang angkasa dan persenjataan. Malah pengaruh Soviet turut menular ke negara-negara lain terutama negara dunia ketiga. Takut dengan perluasan kuasa dan pengaruh Soviet, pihak Inggeris dan Amerika Syarikat telah menjadi musuh kepada blok sosialis/komunis soviet ini. Perang dingin telah berlaku akibat dari pertelingkahan diantara blok kapitalis yang dipimpin oleh US dan juga blok komunis/sosialis dipimpin oleh Soviet. Akhirnya empayer Soviet hilang dalam peta dunia. Hanya tinggal dalam catitan sejarah.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi dalam bukunya, perang Telok : Islam Akan Kembali Gemilang, beliau meramalkan bahawa perang Telok berpanjangan. Terbukti, walaupun Iraq telah dikeluarkan dari Kuwait, ia masih terus diserang oleh Amerika. Sadam Husein telah pun di hukum namun hingga kehari ini peperangan berterusan dan terkini merebak ke Syria. Sekali lagi ramalan Abuya ada kebenarannya. Berpanjangan perang di Telok hingga kini tahun 2016 medan peperangan terus bising dengan dentuman bom.
Di bawah ini dituliskan nukilan sajak Abuya:
Perutusan Kepada Gorbachev
Tunggu di sana tunggu
Kami akan datang dengan gelombang pemusnah
menggulung kekuasaanmu
seperti menggulung sekeping karpet
seperti pepijat dipicit
Kegerunan orang padamu
bukan kebesaranmu, bukan keagunganmu
Keagungan dan Kebesaran hanya kepada Allah.
Tunggulah saat musnah
yang mendatang secepat kilat
Tunggulah ketika musnah
yang mengejut sepantas goncangan gempa
Bumi beruang putih akan dipotong-potong
seperti tulang-tulang rangka
yang dipotong-potong dengan kapak
untuk dibuat sup.
Kapak-kapak itu telah dilayang
dia akan jatuh di atas tubuh-tubuh beruang putih itu
kelajuannya secepat kerdipan mata
memutuskan urat nadi dan tulang-tulang.
Mereka telah dihalau kekandang sembelihan
binatang-binatang itu
telah cukup gemuk dan cukup umur
untuk dipotong tengkuknya
tulang-tulangnya dibakar
dan daging-dagingnya dibuat baja.
Almala 'unya menolak seruan
Kaum proletarnya akan menerima.
Al Muntazar
Ditulis pada Oktober 1988
Ulasan
Catat Ulasan