Ada benarnya Malaysia menuju Daulah Islamiah. Rakyat Malaysia inginkan perubahan dalam kepimpinan negara. Keyakinan terhadap orang-orang politik sudah semakin luntur dan rakyat mahukan perubahan. Iaitu satu perubahan memilih pemimpin yang adil. Kepimpinan diluar sistem politik yang ada. Ustaz ASHAARI MUHAMAD, pemimpin Darul Arqam yang kini lebih dikenali sebagai Abuya Syeikh Imam Ashaari At Tamimi dikalangan pengikutnya yang berjumlah 10,000 orang dan para simpati berjuta orang itu dikaitkan dengan pergolakkan politik negara. Berita Pertemuan tokoh-tokoh diperingkat kepimpinan parti yang memerintah negara ada bertemu Abuya di Bangkok. Abuya Imam Ashaari bersikap seperti Guru kepada Sultan Muhamad Fateh Syamsudin Wali.
Syamsuddin Al wali adalah seorang tokoh ulama rohani. Di tangannyalah melahirkan seorang pemimpin yang berjaya membenarkan isyarat yang pernah di sampaikan oleh Rasulullah SAW tentang Konstantenopel. Ternya ianya menjadi kenyataan di tangan Sultan Muhammad Al Fateh. Perkara yang sama ada isyarat dari Rasulullah tentang kebangkitan Islam di Timur. Pada hari ini kita bersyukur dapat menyaksikan dan berpeluang untuk membenarkan kebangkitan Islam sekali lagi dan tapaknya di Timur. Timur yang di maksudkan adalah Malaysia. Apabila kita terlibat sama dengan perjuangan Islam yang di pimpin oleh Abuya sangat di pandu kebenaran kata Rasulullah tentang tapak kebangitan di Timur. Apa yang kita sinaraikan di bawah ini adalah tindakan Abuya yang ada hubungkait langsung dengan kebangkitan Islam di Timur, iaitu:
1. Abuya pernah doakan Tun Dr. Mahathir Muhamad menjadi Abu Sufyan. Walaupun arus pemikiran kini rata-rata mengatakan era Tun Dr. Mahathir Muhamad sudah berlalu.
2. Syeikh Suhaimi adalah Syeikh tariqat pernah berkata: China akan memeriahkan kebangkitan Islam, Abuya telah pun membenarkan pesanan Syeikh tariqat tersebut.
3. Abuya mendokong usaha Islam yang dianjurkan oleh Pak Lah ketika menjadi Perdana Menteri. Dengan keluarnya buku 'ISLAM HADHARI'.
Lebih-lebih lagi mengenai Malaysia, sebuah negara di sebelah Timur yang bakal menjadi negara penting dalam kebangkitan semula Islam bertaraf ummah. Malaysia dan soal kepimpinannya tentu sahaja mendapat perhatian khusus daripada orang-orang kerohanian. Sesuai dengan isyarat Hadis tentang kebangkitan semula Islam di Akhir zaman yang akan berlaku disebelah Timur. Malaysia, sebuah sebuah negara Timur yang begitu maju dan terserlah amalan Islamnya dibandingkan dengan negara lain. Ia adalah 'bumi pilihan' untuk peristewa besar yang ada kaitannya dengan kemenangan Islam.
Malaysia akan diterajui pemimpin yang benar-benar Islamik atau setidak-tidaknya sanggup memberi laluan kepada Islam. Malaysia tidak akan diserahkan oleh Allah kepada mereka yang tidak istikamah dan bersifat berdolak dalik dengan hukum Allah. Di Malaysia kini, menurut orang-orang kerohanian melalui proses di mana mereka yang dulunya begitu ghairah dengan Islam telah bertukar menjadi penentang Islam. Inilah balasan Allah atas kesombongan mereka sewaktu mengecam pihak-pihak yang mereka cap tidak Islamik dahulu.
Sebaliknya mereka yang dulunya bergelumang dengan dosa mula insaf dan ingin bertaubat. Mereka yang berdosa ini rasa sudah ketinggalan oleh arus kebangkitan Islam. Mereka ini rasa menyesal, bersalah dan akhirnya buat keputusan nekad untuk kembali ke pangkal jalan. Menurut pandangan ulama rohani, Abuya Imam Ashaari At Tamimi yakin selalu menegaskan bahawa Islam di akhir zaman akan bangkit semula. Kebangkitan juga di dokong oleh orang yang mula insaf dan ingin bertaubat. Orang yang bukan Islam yang menunggu pemimpin yang keluar daripada kemelut politik yang ada sekarang juga menerima perubahan.
Kebangkitan Islam akan menyerlahkan khawariqul 'Adah.
Banyak perkara berlaku diluar jangkaan akal manusia. Contoh seorang tokoh Islam menjadi President satu pertubuhan Islam yang sangat terkenal iaitu ABIM dan kini tokoh tersebut dikenali dengan pejuang LGBT. Bahkan mahkamah Malaysia telah pun menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya atas kes jenayah. Kuasa besar cuba camput tangan namun Allah tidak izinkan ianya berlaku. Ketika era Tun Dr. Mahadir Muhamad menjadi PM dia menjadi timbalan perdana menterinya. Seorang tokoh ulama rohani menegurnya ketika dia menjadi timbalan Perdana menteri, 'awak tidak sempat jadi PM Malaysia'. Dia tidak boleh terima teguran tersebut dan menunjukkan permusuhan dengan ulama rohani itu.
Ada yang berlaku dari sudut yang jarang dilihat orang. Tidak mustahil Allah akan lakukan satu Khawarigul 'Adah (hal yang mencarik adat untuk membatalkan semua percaturan akal manusia. Malaysia yang di kenali oleh ulama rohani sebagai Turki kecil akan membantu Negara Turki yang disebut Turki besar. Kebangkitan Islam di Timur sangat berkait rapat dengan perkembangan Islam di Turki terutamanya hubungan dengan Malaysia. Hubungan tersebut bukanlah suatu kebetulan tetapi sangat berkait terus dengan kebangkitan semula Islam dari sebelah Timur.
Ulasan
Catat Ulasan