Langkau ke kandungan utama

ROH EMPAYER USMANIAH DI TANAH MELAYU 1940-1960.


ROH EMPAYER USMANIAH DI TANAH MELAYU 1940-1960.



Kebangkitan Islam semula kali kedua bermula pada tahun 1940. Di mana-mana sahaja terutama di tempat-tempat pengajian sunni, orang suka bercerita tentang Imam Mahdi. Perihal akan keluarnya Imam Mahdi dan peranannya sempurnakan kebangkitan Islam kali kedua. Di surau Pilin, Negeri Sembilan diceritakan oleh Abuya Ashaari Muhammad bahawa di sekitar tahun 1940-an hingga 1950-an;waktu Abuya budak-budak lagi; dia selalu mendengar orang tua-tua bercerita tentang Imam Mahdi akan datang untuk menyelamatkan dan mengislamkan dunia. Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS.


Kata Abuya lagi, di mimbar-mimbar masjid masa itu, khatib-khatib mendoakan kerajaan Islam Turki Usmaniah yang sudah dijatuhkan oleh Wahabi. Zaman itulah Abuya dapat ilmu tentang Turki, sultannya yang terakhir ialah Raja Abdul Hamid. Melalui Syeikh Tariqat Muhammadiah dan wakilnya Lebai Ibrahim iaitu bapa saudara Abuya sendiri berjaya menghidupkan cerita-cerita tentang kebangkitan Islam semula kali kedua ke peringkat dunia di waktu British sedang menjajah Tanah Melayu. Di waktu yang sama, Wahabi sudah tawan Mekah dari kuasa kerajaan empayar Usmaniah.


Roh empayar Usmaniah memberi kekuatan kepada Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Malaysia mendapat keberkatan empayar Usmaniah sehingga dapat mengekalkan pegangan Ahli Sunnah Wal jamaah, sedangkan kebanyakkan negara Timur Tengah sudah di kuasai wahabi. 
Rapatnya hubungan Malaysia dengan Turki, bukan sahaja hubungan diplomatik tetapi juga hubungan secara rohani. Malaysia di gelar Turki kecil negara Turki sebenar di sebut Turki besar.


Ramai orang Islam sekarang hanya hendak mudah dan hendak senang. Mereka hendak jadi kaya, hendak berilmu, hendak maju, dan hendak dapat berbagai-bagai nikmat dan kelebihan atas dasar apa. Atas dasar istidraj pun tidak mengapa. Sebab itulah umat Islam, dalam hendak membangun, dalam hendak mengejar kemajuan, mereka semakin jauh dari Tuhan hingga akhirnya Tuhan dilupakan.  Apa sahaja yang mereka dapat semuanya adalah berbentuk istidraj semata-mata yang penuh dengan kesan buruk dan negatif. Inilah puncanya makin banyak umat Islam berusaha, makin mereka jadi lemah, jadi hina, berpecah-belah, berbalah, bergaduh dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit jenayah dan gejala sosial.


Selagi umat Islam tidak mengusahakan taqwa, selagi itulah apa saja yang mereka dapat dari Tuhan, melalui rahmat Rasulullah, baik ilmu, baik kekayaan, baik kemajuan dan sebagainya tidak akan ada berkatnya. Ia hanya berbentuk istidraj. Maksud Istidraj Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah SAW bersabda : ”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(HR.At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Dalam amalan Islam kita sekarang nampaknya macam semuanya ada. Seperti semuanya lengkap. Namun ada perkara yang sangat ketara yang wujud di zaman Rasulullah dan para salafussoleh tetapi tidak ada dalam Islam kita hari ini. Iaitu persoalan taqwa. Baik ilmunya, penghayatan dan penjiwaannya. Kalaupun kita ada sebut taqwa sekali-sekala tetapi fahamannya jauh tersimpang dari maksud yang sebenar. Hakikatnya kita tidak ada taqwa. Walhal taqwalah sumber kekuatan umat Islam. Sebab taqwalah umat Islam dibantu, dibela dan dilindungi oleh Allah. Sebab taqwalah umat Islam diberi kejayaan dan kemenangan. Inilah modal yang tidak ada pada kita hari ini. Itu sebab kita lemah, berpecah belah dan tidak dibantu.Kita datang lagi ke tengah masyarakat untuk memperkatakan tentang taqwa. 


Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa. Dengan taqwa ini sahaja, bangsa kita mampu membangun dan berjaya. Kelemahan ketara bangsa melayu perlu diperhalusi daripada sekarang. Puncanya bukan kerana masalah lahir-lahir ini. Tapi puncanya kerana tidak mengusahakan taqwa. Tidak menjadikan taqwa itu sebagai pakaian kehidupan. Ayuh, bangsaku melayu, sudah tiba masanya untuk tidak terus tersilap langkah. Mulakan daripada saat ini untuk mengusahakan taqwa dan kelak anda akan dapati hasilnya bangsa anda akan menguasai bukan sahaja negara tetapi dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman