"Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa."
(Al Jasyiah:19).
Zikir yang ada kekuatan dan berkesan ialah melalui tariqat.
Bantuan Allah hanya diberikan kepada yang bertaqwa. Untuk mendapatkan taqwa, hati mesti dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah (Keji). Setelah itu barulah ia mempunyai kekuatan untuk melawan hawa nafsu dan syaitan - Dua musuh batin yang sangat bahaya. Tanpa hati yang bersih, cita-cita untuk menegakkan Islam tidak akan tercapai. Manusia selalu dikalahkan oleh musuh batin sebelum dikalahkan oleh musuh lahirnya.
Salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan hati ialah melalui ZIKRULLAH (ingatkan Allah). Zikir yang paling berkesan ialah yang dilakukan secara istiqamah, berdisiplin dan diijazahkan oleh guru mursyid yang bersambung salasilahnya kepada Rasulullah SAW. Zikir menurut syarat-syarat itu dinamakan tariqat. Ia merupakan kaedah latihan rohani yang cukup berdisiplin dan sistematik.
Ketika di China selain bertemu dengan ulama, Abuya juga berkesempatan bersama dengan kumpulan tariqat Jahriah, Mojiang China. Doa adalah senjata orang mukmin. Abuya juga berdoa bersama dengan pengikut tariqat Jahriah, Mojiang China.
Abuya sejak dari remaja lagi sudah dibajai oleh zikrullah secara bertariqat. Abuya Imam Ashaari At Tamimi sendiri dididik sejak kecil dalam keluarga yang mengamalkan tariqat. Ayahnya Muhammad dan bap saudaranya Lebai Ibrahim adalah pengamal Tariqat. Desa kelahiran Abuya, kampung Pilin, sebuah kampung kecil di Negeri Sembilan, merupakan lingkungan awal tariqat yang diamalkn Abuya, disitu bermukimnya seorang khalifah tariqat yang diwarisi oleh Abuya yang bernama Kiyai Syahid.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi mula mendapat ijazah tariqat sewaktu berumur 16 tahun. Beliau menerimanya daripada bapa saudaranya Lebai Ibrahim yang mendapat ijazah pula dari Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi, pengasas tariqat. Dengan zikir, maulid, tahlil tariqat itu Abuya mendidik dan mengubah jiwa manusia yang bersamanya.
Jiwa Sufi yang dibawa Abuya melakukan satu pembaharuan melibatkatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Beliau telah menggabungkan pendekatan sufi dan kekuatan lahiriah. Hasilnya lahirlah kemajuan didang teknologi, ekonomi, kepimpinan, kebudayaan, pertanian, dan lain-lain yang ditunjangi jiwa sufi. Beliau memproses, membaiki dan memimpin individu yang datang bersamanya dari bermacam-macam latar belakang, daripada seorang pemimpin masyarakat, profesor, doktor hinggalah kepada bintang filem dan buruh.
Ajaran Sufi Abuya bukanlah ajaran yang mengasingkan diri dari masyarakat, kemajuan dan kemodenan. Seorang sufi boleh jadi pemimpin, ahli ekonomi, pakar teknologi, doktor atau apa sahaja tugas dalam masyarakat. Hingga kini, hasil barakah daripada Tariqat yang diamalkan Abuya dan orang beramal bersamanya semakin yakin dan bekerja keras untuk mendaulatkan Islam walaupun ditentang oleh musuh-musuhnya. Terkini tokoh-tokoh yang menentangnya seorang telah diputuskan oleh mahkamah kes jenayah sosial iaitu bekas perdana menteri Anuar Ibrahim dan seorang lagi bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah Malaysia juga sudah ditolak oleh kerajaan dan rakyat kerana bersekongkol dengan Yahudi Antara Bangsa yang satu ketika dulu dia sendiri menentangnya dan diberi gelaran perompak mata wang. Iaitu beliau terlibat sama dalam demonstrasi bersih yang mendapat tajaan modal daripada perompak mata wang tersebut.
Abuya yang ditunjangi oleh kekuatan rohaniah akan terus mengubah masyarakat dengan dakwah dan tarbiah. Iniadalah satu gerakan evolusi yang bergerak lunak tetapi sangat berkesan kepada hati, akal dan perasaan masyarakat. Hasilnya masyarakat berubah secara evolusi; cepat tetapi bertahap-tahap. Ketika umat Islam di bahagian dunia yang lain terus dicengkam oleh imperialis Barat, Abuya mengajak umat Islam di sebelah Timur, khususnya di Alam Melayu, bangkit membina taqwa.
Taqwa ialah himpunan sifat mahmudah yang terletak di hati.
Ulasan
Catat Ulasan