Di Barat hari ini, orang yang kelihatan bijak pandai dan hidup senang dilaporkan banyak yang terkena sakit jiwa. Sehingga jumlah orang yang masuk rumah sakit jiwa melebihi jumlah orang yang masuk ke universiti dan kolej. Kegiatan membunuh diri, kesan daripada masalah tersebut semakin luas berkembang sama ada di eropah, amerika atau di Jepun, walaupun dunia semakin mencapai kemajuan ekonomi, sains, teknologi dan bertambahnya pakar sakit jiwa ( paychologist). Di Timur, umat Islam yang sudah rosak imannya kerana terlalu menuruti nafsunya sedang menghadapi hal yang sama. Cara hidup yang mereka pilih telah menghantarkan mereka ke lembah masalah dan kesusahan. Hanya Islam satu-satunya agama yang sistem hidupnya benar dan terbaik untuk diikuti. Yakni kehidupan Sunnah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin serta semua salafussoleh. Dengan mencontohi mereka, nescaya manusia akan kembali kepada fitrah murninya dan akan bahagia di dunia dan akhirat.
Hanya Islam satu-satunya agama yang memberikan panduan lahir dan batin. Ertinya ada sistem kehidupan lahir yang di atur dinamakan syariat. Ada juga pegangan yang menjadi keyakinan didalam hati iaitu akidah. Ada amalan lahir dan ada amalan batin. Menurut Abuya Islam bangkit di setiap zaman, adalah bersama tarikat pengiring. Tanpa kegiatan rohaniah, para pejuang tidak mungkin ada kekuatan untuk melakukan kerja-kerja kebangkitan itu. Bila selesai dan sempurna program kebangkitan itu, untuk zaman itu, maka tamat jugalah peranan tarikat itu. Ertinya dia hanya berfungsi untuk zamannya saja. Untuk zaman lain oleh tokoh kebangkitan lain, maka tarikatnya pun mestilah lain, yakni yang baru, yang mampu dan sesuai dengan suasana serta keperluan zamannya itu.
Untuk akhir zaman, memang kebangkitan Islam dijanjikan.
"Kebangkitan Islam kali kedua yang sangat indah. Kebangkitan begitu jelas dijanjikan. Hadis-hadis akhir zaman yang banyak menyebut tentang Imam Mahdi. Ketika itu tertegak satu dunia yang baru, akan berlaku satu perubahan yang luar biasa dan sangat menguntungkan. Integrasi dan perpaduan kaum akan menjadi kenyataan. Jenayah dan gejala masyarakat yang menakutkan akan berkurangan." Dunia benar-benar menjadi payung tempat berteduh. Semua agama, semua bangsa dan tidak mengira warna kulit hidup dalam dunia keluarga besar. Imam Mahdi sebagai ibu dan ayah kepada dunia ketika itu.
Imam Mahdi tidak boleh dipisahkan dengan penyelamat. Islam adalah agama selamat dan menyelamatkan. Pemimpin yang membawa Islam bertaraf global dia dinamakan penyelamat. Kaum-kaum lain tidak perlu takut atau bimbang. Penyelamat bertaraf dunia bukan bersifat agama semata-mata iaitu hanya meyakinkan Tuhan dan melibatkan cara peribadatan, penyembahan dan sembahyang. Walaupun pemimpin penyelamat mengajak kepada Islam, ini tidak bermakna kita mengajak semua kaum dan bangsa memeluk Islam.
Kata Abuya, kerja-kerja seberat itu, Allah dan Rasul akan bekalkan amalan rohani yang begitu power kepada pejuang-pejuang Islam akhir zaman. Berzikir dengannya pejuang-pejuang akhir zaman dibantu Allah untuk sampai mampu menzahirkan sistem Islam dalam kehidupan serta mampu melepasi musuh-musuhnya yang menghalang dengan seribu satu jenis rintangan.
Penyelamat bertaraf dunia itu bawa Islam yang bersifat agama, iaitu soal Tuhan dan soal penyembahan, masing-masing rakyat boleh pertahankan agamanya, kepercayaan dan pegangan masing-masing. Dalam Islam, soal Tuhan, kepercayaan dan agama tidak ada paksaan. Itu adalah hak asasi setiap manusia. Bahkan kalau ada orang tidak mahu percayakan Tuhan pun, tidak ada sesiapa yang boleh memaksa. Agama adalah hak peribadi setiap manusia. Jadi tidak perlu bimbang.
Maksud firman Allah:
"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".
(Al-Kaafiruun 109:6).
Tetapi untuk kepentingan umum, khususnya bagi semua kaum, bangsa etnik dalam sebuah negara, dan dunia antara bangsa, kita boleh mencari jalan dan sistem yang menjamin keselamatan dan keharmonian. Itulah sebabnya, di dunia ini, dasar setiap negara adalah berasaskan prinsip yang bukan ciptaan negara itu sendiri. Ia diambil dari negara atau bangsa lain dan disesuaikan untuk kegunaan sendiri. Dalam sesebuah masyarakat, sistem dan peraturan perlu ada. Ini semua bagi tujuan untuk mencapai keadilan dan keselamatan.
Ulasan
Catat Ulasan