Satu lagi contoh merupakan khawariqul 'adah terjadi di luar logik akal manusia akan mengejutkan dan akan membuka mata manusia. Khawariqul 'adah yang berlaku di Malaysia ianya sangat memeranjatkan. Menurut pandangan ulama rohani, ketika pemimpin-peminpin politik Malaysia semakin berkecamuk dengan krisis, rakyatnya pula semakin serius menuju kebaikan. Ketika 'ibu bapa' dalam satu keluarga belum kenal penutupan aurat, 'anak-anak sudah kenal pakaian sunnah. Bapa borek, tetapi anehnya anak tidak rintik. Pelik, anak ketam boleh berjalan betul walaupun ayah ibunya tidak. Inilah satu lagi khawarikul 'adah yang telah berlaku dibumi Malaysia.
Kita terus di bimbing oleh Abuya Imam Ashaari At Tamimi untuk merasakan khawariqul 'adah menjadi suatu kebiasaan.
Apakah hikmah disebalik perubahan yang berkadar songsang ini? Apakah Allah taqdirkan rakyat menuju kebaikan sebagai persedian untuk menerima satu kepimpinan yang baik? Lihatlah walaupun keadaan politik Malaysia berkecamuk, tetapi rakyat keseluruhan tenang sahaja. Kekecohan diperingkat kepimpinan tidak menimbulkan sebarang reaksi buruk diperingkat masyarakat. Namun begitu menurut pandangan ulama rohani kira mereka sedang berfikir, bersikap 'wait and see' terhadap krisis kepimpinan yang sedang berlaku.
Apa yang berlaku pada rakyat Malaysia kini adalah satu pengulangan sejarah. Inilah proses yang terjadi pada rakyat sesebuah negara bila seorang pemimpin yang baik hendak dikurniakan kepada mereka. Rakyat yang baik dijanjikan pemimpin yang baik. Sewaktu Sultan Muhammad Al Fateh merancang membebaskan kota Konstatinopel, baginda terlebih dahulu menghantar 'perisisik-perisiknya' untuk meninjau keadaan rakyat di kota tersebut. Hasilnya, Sultan Muhammad Al Fateh dapati rakyat Konstantinopel walaupun beragama kristian tetapi mempunyai akhlak yang baik dan cintakan kebaikan. Kebaikan ini terserlah dipasar pasar dan di tempat awam.
Tetapi hal yang sebaliknya berlaku pada pemimpin-pemimpin mereka. Pemimpin-pemimpinnya rakus, bertelagah sesama sendiri dan mementingkan hawa nafsu.
Oleh itu pada Muhammad Al Fateh, apa yang hendak 'dibereskan' ialah soal kepimpinan, bukan persoalan rakrat. Urusan itu mesti diselesaikan dengan cepat kerana jika tidak, pemimpin akan merosakkan kembali hasrat dan fitrah murni rakyat.
Akhirnya Muhammad Al Fateh berperang dengan pemimpin kota konstantinopel, bukan dengan rakyatnya. Ini sesuai dengan jadual Allah yang di isyaratkan oleh Hadis Nabi SAW mengenai kejatuhan Konstantinopel:
suatu hadis Rasulullah saw. bersabda: ”Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.” (Al Hadis).
Menurut ulama rohani, ini merupakan percaturan Allah untuk menaikkan agama-Nya di bumi Malaysia. Inilah sebenarnya angin perubahan besar yang akan berlaku seperti yang disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin muda UMNO itu. Iaitu satu perubahan total ke arah Islam yang menolak sebarang kompromi dengan kemungkaran.
Rakyat umumnya semakin hilang keyakinan terhadap ahli-ahli politik, sekaligus kepada parti-parti politik. Mereka jemu melihat krisis yang berlaku antara parti dengan parti dan kini sesama parti. Pada mereka, ini bukan persaingan ideologi lagi. Tetapi sudah mirip kepada memperjuangkan kepentingan diri. Mereka tidak rela jadi pelanduk tersepit di tengah-tengah gajah yang bergaduh. Rakyat mencari-cari malah ternanti-nanti datangnya ketenangan.
Dalam mencari dan menanti itulah hati rakyat merintih, berdoa dan bermunajat. Oleh itu mereka pun berdoa sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Mereka minta Allah tunjukkan seorang pemimpin atau kumpulan yang boleh membawa keamanan dan kedamaian. Dalam munajat itu mereka merintih agar Malaysia dipimpin semula ke arah kebaikan sesuai dengan perubahan yang sedang mereka lakukan.
Ulasan
Catat Ulasan