Langkau ke kandungan utama

XPDC ABUYA MENAWAN EROPAH, AFRIKA DAN ASIA.




Pada tahun 1986 penulis bersyukur mendapat peluang turut serta dalam musafir dan XPDC bersama Abuya. Banyak hal yang dikongsikan tentang hadis-hadis akhir zaman dan  menjejak kesan peninggalan tamadun Islam. Semasa XPDC dan permusafiran itu juga banyak berpeluang menelusuri perjalanan tokoh-tokoh Islam seperti Ibnu Batutah, tokoh-tokoh pembuka negara Islam saperti Salahuddin Ayyubi di Palestin, Tariq bin Ziad di Spanyol, Muhammad Al-Fateh di Turki, dan sebagainya. Setiap tempat yang kami kunjungi Abuya akan meniupkan roh sejarahnya. Kami terasa seolah-olah di bawa ke zaman kegemilangan Islam itu kepada kami.


Semasa kebangkitan Islam pertama, bahasa Arab pernah menjadi bahasa dunia antarabangsa. Menjadi bahasa penghubung antara sesama manusia yang berlaianan benua.
Benua Eropah pernah menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghubung. Pelabuhan Malaga di Spanyol berasal daripada bahasa Arab iaitu dalam bahasa Arab di sebut Malqa ertinya tempat pertemuan. Benua Asia di kenali dengan pelabuhan Melaka juga berasal dari bahasa Arab.


Gibralta berasal dari bahasa Arab, Jabal Thoriq. Berada di sempadan benua Afrika dengan benua Eropah. Ia mengambil sempena nama panglima Islam iaitu Thariq bin Ziad. Pada 29 april 711 M (92 H), pasukan Thariq bin Ziad mendarat di Gibtalta. Jabal Tariq yang artinya Gunung Thariq sempena namanya. Setelah pendaratan, ia memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di depan anak buahnya untuk membangkitkan semangat roh perjuangan mereka:

أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...

"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."


Pasukan Tariq menyerbu wilayah Andalusia di musim panas tahun 711 berjaya meraih kemenangan yang menentukan atas kerajaan Visigoth, di mana rajanya, Roderick rajanya terbunuh pada tarikh 19 Julai 711 dalam pertempuran Guadalete. Setelah itu, Thariq menjadi Gabenor Wilayah Andalusia sebelum akhirnya dipanggil pulang ke Damsyik oleh Khalifah Walid 1. Andalusia adalah kemajuan tamdun Islam yang pernah di catitkan sejarah. Ia merangkumi beberapa negara moden sekarang iaitu Spanyol, Portugal, Itali, Perancis, Andorra, Georgia dan British (Gibralta). Pada kebangkitan Islam pertama ke semua negara yang di sinaraikan tersebut berada di bawah Islam. 


Asal usul negara Portugal, iaitu ketika rombongan tentera Islam sampai di satu kawasan ladang yang luas dan cantik mereka bercakap sesama mereka inilah ladang burtuqal dalam bahasa Arabnya (برتقال) ladang buah limau. Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar karena merekalah yang pertama-tama melakukan penjelajahan maritim ke pelbagai penjuru dunia. Jasa para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal menguasai wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana. Jumlah penutur: sekitar 240 juta jiwa.


Al-Andalus (Bahasa Arab: الأندلس al-andalus) Spanyol Al-Ándalus; Bahasa Portugis Al-Andalus; Bahasa Catalonia Al-Àndalus), atau juga dikenali sebagai Iberia Moor, merupakan sebuah negeri Islam pada Zaman pertengahan yang merangkumi beberapa wilayah negeri-negeri Sepanyol, Portugal dan Perancis masa kini. Secara amnya nama "Al-Andalus" menggambarkan bahagian-bahagian Semenanjung dan Septaminia yang diperintah orang Islam di antara tahun 711 dan 1492 CE.


Di sisi Tuhan hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang di izinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini. Ini bermakna golongan orang Islam tidak akan jadi kuasa dunia. 


Golongan kafir termasuklah golongan yang menolak Allah bulat-bulat seperti Komunis dan golongan musyrik iaitu yang menyekutukan dan mensyirikkan Allah seperti Kristian, Yahudi, Majusi, penyembah berhala dan lain-lain lagi. Golongan yang bertaqwa sudah tentulah mereka itu orang-orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.


Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti maksud firman Tuhan: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
(Al-Ambiyaa' 21:105).

Maksudnya: "Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).
(Al-Jaathiyah 45:19)."


Orang Islam hanya tahu dan ada ilmu tentang Tuhan. Mereka sebenarnya belum betul-betul kenal Tuhan atau arif tentang Allah. Oleh itu, walaupun mereka percaya dan tidak menafikan kewujudan Allah, mereka tidak dapat merasakan kewujudan Allah itu di hati mereka, jauh sekali untuk merasakan bahawa Allah itu Maha Hebat, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Agung, Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Melihat, Maha Mendengar dan ain-lain lagi. Mereka juga tidak dapat merasakan yang diri mereka itu hakikatnya ialah hamba kepada Allah yang hina dina, berdosa, lemah, dhaif, tidak memiliki apa-apa, pengemis kepada Tuhan dan sebagai.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman