Lisanulhal adalah perkataan berasal daripada bahasa Arab (لسان الحال). Maksud bahasa melayunya ialah bahasa tindakan. Bahasa pertuturan di sebut lisanul maqal
(لسان المقال). Penekanan awal yang Abuya lagang ialah mempelajari, memahami dan meyakini ilmu Fardhu Ain yang meliputi bidang tauhid, feqah dan tasauf. Dakwah praktikal yang Abuya lagang berjaya membentuk akhlak peribadi murid, pengikutnya agar lebih mulia. Ketika pertubuhan dakwah lain jauh ketinggalan dalam soal ekonomi, Abuya sudah berjaya membentuk suatu jenama perniagaan di bawah jenama Islam. Penyebaran dakwah Abuya dilakukan secara sangat praktikal melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan buku dan majalah, perniagaan, perubatan dan pertanian. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang dakwah praktikal ini, namun yang lebih menarik adalah bagaimana Abuya berjaya membina empayar dakwahnya yang praktikal dan tersendiri.
Sistem ekonomi yang praktikal mendapat pujian pelbagai pihak dan pengaruh Abuya meluas hingga ke peringkat antarabangsa. Penglibatan Abuya dalam kegiatan perniagaan memecahkan monopoli orang bukan Islam dalam bidang ekonomi, seterusnya menjadi pemangkin kepada penglibatan umat Islam dalam bidang perniagaan, perusahaan dan peruncitan. Ekonomi adalah kekuatan asas tambahan selepas iman. Sebab itu Abuya dengan bahasa mudahnya berkata, kita kena bagi manusia Tuhan dan makan. Kerana kedua-dua perkara tersebut adalah keperluan manusia. Keperluan malaikat cukup satu iaitu perlukan Tuhan. Malaikat tidak perlukan makan seperti kita.
Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu pertubuhan, namun tidak bagi Abuya. Terdapat banyak lagi faktor kejayaan yang boleh diambil kira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, pengikut, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Bukan faktor meterial tetapi yang paling penting faktor pembinaan insan. Abuya juga telah dapat melahirkan daripada kegiatan dakwahnya yang praktikal golongan usahawan yang mampu bersaing dalam pasaran terbuka. Bagi Abuya nama boleh berubah-ubah tetapi yang penting isinya. Daripada nama Al Arqam bertukar kepada Rufaqa, daripada kepada Global Ikhwan dan selepas ini tak tahu apa pula namanya.
Apabila dakwah praktikal sasarannya luas. Dengan model yang telah wujud boleh di pamirkan di mana-mana sekali pun berlaianan agama, bangsa dan negara. Kerana yang akan memberi penjelasan bukannya bahasa pertutturan tetapi hasil tindakan yang telah boleh dilihat modelnya. Sebab itu Abuya boleh diterima di negara blok sosialis, kominis seperti Negara China, Perancis, dan yang berorentasikan Kapitalis Abuya juga diterima di Amerika dan Eropah bahkan ada dikalangan keluarga Abuya mendapat visa Amerika tanpa tempoh masa. Duta Amerika yang memberikan tersebut tertarik dengan sikap yang ditunjukkan sekalipun berbeza agama, bangsa dan negara.
Kita telah kongsikan sebelum ini banyak artikal tentang dakwah Abuya di China. Banyak badan-badan NGO di China memberikan sijil pengiktirafan kepada program dakwah Abuya. Antaranya Yayasan Laksmana Ching Ho dan sebagainya. Dengan kunjungan dakwah Abuya ke negeri China banyak membongkar tamadun Islam di China yang telah di sembunyikan selama ini. Antara yang menarik muzium di China banyak menyimpan bahan-bahan bukti sejarah Islam di China. Contoh gambar, kelihatan tentera Islam China sedang keluar dari Kota Islam China di tahun 1598 yang mana bangunan Islam ini sudah pun tidak wujud dan ia antara ribuan kota Islam yang di bom oleh tentera komunis China atas arahan Mao Tze Tong.
Pada kebangkitan Islam kali pertama telah berlaku hubungan dengan China. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun terpaksa ke negara China … ianya Hadis Hasan. Hadis ini juga diriwayatkan dari jalan Abu ‘Atikah al-Bashri, dari Anas bin Malik. Imam Tarmizi juga ada meriwayatkan tentang hadis mengenai negara China ini. Di zaman Rasulullah s.a.w. bangsa Arab sangat mengenali negera China kerana rakyatnya merupakan pakar ahli pernigaan dan adalah tidak pelik akan perkara ini karena China adalah sebuah negara tua yang sudah lama masyhur di pentas dunia. Kehebatan, bijak di dalam hal ehwal perdagangan dan ketinggian peradaban masyarakatnya ini ternyata sudah terdengar di negara Arab dan bangsa ini sudah lama berdagang dengan rakyat China 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s. lagi. Sebelum sampai ke negara China pula, para pelaut dan saudagar-saudagar Arab akan melintasi kapalnya ke Laut Selat Malaka dahulu sebelum sampai ke pelabuhan Zaitun atau Guangzhou yang merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan utama China.
Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah s.a.w. mendirikan pemerintahan di Madinah menurut catatan sejarah, China sudah mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan Rasulullah s.a.w. sebagai al-Madinah. Kota Xian sebelum berpindah ke Beijing sekarang bermaksud Kedamaian di Sebelah Barat . China dan gelarannya di dalam penulisan moden sebagai Sian tapi pada sejarah realiti nama lamanya adalah Cháng'ān. a salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong .Bandaraya Xi'an adalah bandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera.
Kita pernah catitkan ucapan Abuya tentang China. Sejarah telah mencatitkan bahawa pada kebangkitan Islam kali pertama di ketuai oleh Rasulullah SAW sendiri sudah berlaku hubungan dengan negeri China. Abuya kata kalau kita meneruskan perjuangan kebenaran mestilah mengulangi apa yang telah dilakukan pada kebangkitan tersebut iaitu adanya hubungan dengan negeri China. Kita menyatakan sebelum ini, Abuya beberapa kali mengirim rombongan pendakwah ke negeri China dan ada ketikanya Abuya sendiri mengepalai rombongan dakwah tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan