HUBUNGAN DAKWAH MALAYSIA DENGAN CHINA.
Telah 38 tahun China membuka tabir besinya kepada dunia.
Perkembangan ekonomi China mula berkembang dengan berorientasikan pasaran bermula sekitar tahun 1978. Pelancung-pelancung berpusu-pusu masuk ke China. Cuma yang kurang pendakwah. Pendakwah tidak mengambil kesempatan di atas keterbukaan China. Syeikh Tariqat Muhammad bin Abdullah As Suhaimi pernah berkata, "Orang China akan masuk Islam beramai-ramai..." Atas dorongan kata-kata ulama tersebut Abuya Ashaari At Tamimi meniti dan memperolihi hasilnya. Abuya berkata: 'kalau kerajaan yang ada kuasa dapat hidayah, bila berbuat lebih cepat lagi akan berlaku jadual kebangkitan Islam. Kerana sebuah kerajaan cukup alat dan jenteranya untuk berbuat'.
Laluan ke China peringkat tinjaun: 1983-dua rombongan cuba masuk ke China tetapi hanya dapat sampai ke Hongkong. Rombongan pertama diketuai oleh Syeikh Hussin bin Syeikh Omar manakala rombongan kedua diketuai sendiri oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi. Tahun 1991- Rombongan ustaz Raja Chulan Raja Ahmad Tajuddin masuk ke China melalui Karakoram Highway dan menjadi orang Melayu dan Malaysia pertama melalui 'laluan sutera' itu. Mereka masuk hingga ke Xinjiang. Awal 1992 satu lagi rombongan menelusuri 'laluan sutera' dan seterusnya terbang ke Beijing. Februari -Mac 1992-beberapa rombongan mula meninjau wilayah Yunnan.
Kesan sejarah Islam di China memang banyak. Rasul pernah memuji Salman kerana kesungguhannya mencari iman. Oleh itu orang Parsi berbangga. Mereka lebih bangga lagi kerana Rasul memasukkan Salman sebagai ahlulbait. Demikian juga China Muslim, mereka berbangga kerana Rasul menyuruh Sahabatnya menuntut ilmu sampai ke negeri China. Kebanggaan ini terasa oleh mereka sampai sekarang. Dan turut dirasai oleh komunis yang memerintah China sekarang.
Profesor Wu telah berkesempatan menziarahi Abuya di bilik hotel. Dari situ rombongan Abuya mendapat banyak maklumat baru tentang beberapa perkara terutamanya tentang perkembangan Islam, keadaan sosial dan perkembangan semasa yang sedang berlaku di China. Berikut adalah sedutan temu bual yang berlaku antara rombongan Abuya dengan beliau. Umat Islam ada di mana-mana daerah China ini. Yang paling ramai ialah di kawasan autonomi Islam iaitu di wilayah Ningxia. Mereka berbangsa Hui. Jumlah umat Islam di sini dianggarkan seramai 1,400,000 orang. (Menurut bancian kerajaan).
Di bandar Yichuan ada 109 buah masjid. Manakala di seluruh wilayah Ningxia ada kira-kira 2000 buah masjid. Bangsa Hui sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa Hui ini, mereka semuanya beragama Islam. Islam telah masuk ke Timur China melalui pelabuhan. Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Cheng ho berangkat ke Melaka dari Swatow. Sebelum berangkat ke Melaka, beliau menziarahi makam suci Islam itu (makam Tabiin) di Smato.
Makam itu dijaga dan diziarahi orang sampai ke hari ini.
Abuya seorang pendakwah yang punya pandangan mata hati, bahawa negeri China yang terletak di hujung Khurasan berpotensi untuk kebangkitan Islam akhir zaman. Maka kita dipandu oleh Abuya untuk menjadikannya satu realiti. Di sini terpahat sebuah keyakinan dan harapan -bahawa faktor China perlu diambil kira dalam percaturan menuju Dunia Baru Islam. Kegiatan dakwah yang dilakukan oleh Abuya dapat dilihat bagaimana siasah dakwahnya di China melalui misi perdagangan dan pelancungan. Dalam masa yang sama menyingkap di mana letaknya potensi negara komunis itu untuk beralih kepada Islam dan menjadi pembela agama Allah.
Misi dakwah ke China juga untuk menjejak para sahabat yang pernah berdakwah ke sana. Rombongan dakwah tersbut di ketuai oleh Saad bin Abi Waqqas.
Kota Guangzhou di China ternyata menyimpan sejarah kebesaran Islam. Di kota yang disebut Khanfu oleh orang Arab ini, Islam pertama kali datang dan berkembang. Kota ini menjadi pusat pengembangan Islam di China karena keberadaan pelabuhan laut internasionalnya. Menurut catatan resmi dari Dinasti Tang yang berkuasa pada 618-905 M dan berdasarkan catatan serupa dalam buku A Brief Study of the Introduction of Islam to China karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke Cina sekitar tahun 30 H atau 651 M. Disebutkan bahwa Islam masuk ke China melalui utusan Khalifah Ustman bin Affan, yang memerintah selama 12 tahun atau pada periode 23-35 H / 644-656 M. Sementara menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqash.
Sebagian catatan lagi menyebutkan, Islam pertama kali datang ke China dibawa oleh panglima besar Islam, Saad bin Abi Waqqash, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M.
Ulasan
Catat Ulasan