KHURASAN, CHINA DAN TIMUR MENYEMARAKKAN ISLAM.
Ilham adalah pandangan kebenaran daripada Allah SWT. Namun ia bukan wahyu sebagaimana yang diturunkan kepada nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril, tetapi adalah rasa hati yang dicampakkan ke hati yang bersih. Mereka yang mendapatnya terdiri daripada wali-wali Allah atau setidak-tidaknya orang soleh. Ilham kerohanian beginilah bukanlah satu yang aneh dalam sejarah Islam. Ilham adalah dari perkataan asalnya bahasa Arab.
Menurut kamus Profesor Doktor Hj. Mahmud Yunus: ألهم يلهم إلهام. Maksud ilham itu, petunjuk Allah ke dalam hati manusia untuk berbuat kebaikkan baginya kerana-Nya.
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19).
Pandangan kerohanian dalam meramalkan pimpinan negara bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Contoh sejarah kepimpinan mujaddid pertama Umar Ibn Aziz, mujaddid kurun pertama, telah diramalkan lebih awal oleh Saidina Umar Ibn Khattab. Begitu juga kepimpinan Imam Syafie. Orang-orang kerohanian bukanlah mereka yang tidak ambil pusing langsung tentang kepimpinan negara. Orang-orang kerohanian mempunyai pandangan tersirat yang kerap kali terlindung dari arus pemikiran biasa.
Ibnu Arabi, seorang kerohanian bertaraf wali Allah misalnya pernah meramalkan, "Islam di Turki akan bangkit semula selepas pemerintahan 7 Firaun ". Tepat seperti yang diramalkannya, Islam kini telah bangun semula di Turki setelah berlalunya tujuh orang pemimpin yang anti Islam sejak Mustafa Kamal Atarturk. Turgut Ozal, pemimpin Turki yang meninggal dunia pertengahan april 1993 adalah Presiden kelapan dan di bawah pemerintahannyalah Islam mula bangkit semula di negara itu.
Kebangkitan Islam akan menyerlahkan khawariqul 'Adah.
Banyak perkara berlaku diluar jangkaan akal manusia.
Ada yang berlaku dari susdut yang jarang dilihat orang. Tidak mustahil Allah akan lakukan satu Khawarigul 'Adah (hal yang mencarik adat untuk membatalkan semuapercaturan akal manusia. Ada suatu yang lebih tersirat dalam pergolakan politik semasa dalam dan luar negara yang berkait terus dengan kebangkitan semula Islam dari sebelah Timur. Khurasan satu nama yang sudah hilang dalam peta dunia moden dan kini di era kebangkitan ia muncul kembali.
Suatu ketika dulu umat Islam dari luar mustahil untuk berhubung dengan umat Islam yang ada di dalam negara-negara Khurasan. Dulu kita hanya membaca Hadis yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh dari negara Khurasan seperti Imam Bukhari, yang negara Bukhara terletak dalam Khurasan sekarang menjadi kunjungan pelancong. Begitu juga seorang tokoh yang di kenali dengan nama Imam Tirmizi, yang kini negara Termez boleh dikunjungi juga didalam Khurasan.
Menurut pandangan ulama rohani, Abuya Imam Ashaari At Tamimi yakin selalu menegaskan bahawa Islam di akhir zaman akan bangkit semula. Kebangkitan bermula disebelah Timur. Kemuadian akan bergabung dengan Islam di Khurasan dan China. Empayar Khurasan yang pangkalnya meliputi sebahagian Kabul, sedikit dari Pakistan, Uzbekistan dan hujungnya di Yunnan (China). Abuya telah mengirim banyak rombongan menjejaki bumi Khurasan.
Negara-negara di bawah Khurasan menerima baik kedatangan rombongan yang dikirim oleh Abuya. Mereka juga buat kunjungan ziarah ke Malaysia. Bara Api Islam semakin semarak menyala. Apabila umat Islam di Khurasan menyambut baik kedatangan saudara-saudara Islam dari Timur. Apa yang disebut-sebut selama ini benar-benar berlaku. Khurasan menerima saudara Islam mereka dari Timur dengan hati yang terbuka. Hubungan yang baik Khurasan, China dan Timur terus menyemarakkan bara Islam menjadi menyala dan terang benderang.
Ulasan
Catat Ulasan