Langkau ke kandungan utama

ALLAH ADA CARA UNTUK MEMBELA AGAMANYA.




Selepas peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York, Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita. Maka pada tahun 2003 Abuya mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas.


Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema 'Cintai Tuhan Cintai sesama'. Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England dan Jerman selain Perancis. DI setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur bahawa Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.


Hal ini membuatkan tercengang-cengangnya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah dimajlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang. Sedangkan dari Abuya, dakwah itu dinasyidkan oleh wanita-wanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang.


Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah memalukan dan menakutkan. Bangkok sudah buntu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk 'Islam Kasih Sayang'. Wakil duta Amerika di Bangkok di-undang hadir. 


Selesai program, Mawaddah dan Rufaqa' Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting Abuya di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah di selatan Thailand. Di Australia, Abuya berjaya meyakinkan John Howard, Perdana Menteri Australia bahawa Islam yang dibawanya tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang, kata Abuya. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang. Setelah menonton persembahan 'Islam Kasih Sayang' oleh Mawaddah di Australia. Demikianlah antara ribuan contoh model yang diperlihatkan melalui perjuangan Abuya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...