Seni bina masjid tradisional Melaka juga sangat ada hubungkait dengan pengaruh Islam dari negeri China.
Kesan pendakwah dari negeri China buktinya adalah melalui
seni bina Islam tradisional di negara kita ini. Sedangkan kita sudah maklum bahawa guru yang terbaik adalah sejarah. Kalau kesan-kesan sejarah Islam yang masuk ke Tanah Melayu tidak kita jaga ertinya kita akan kehilangan guru terbaik dalam hidup kita. Menyedari akan hakikat ini pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengekalkan identiti seni bina Islam tradisional di negara kita ini. Kerana melalui warisan tersebut kita telah menyediakan guru sejarah terbaik untuk generasi kemudian.
Kalau di Malaysia etnik Melayu sudah maklum beragama Islam. Begitu juga di Tanah Besar China etnik Hui sudah maklum beragama Islam.
Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Saad bin Abi Waqqas diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada Maharaja Gaozong 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.
Masjid Agung Xi'an salah satu masjid tertua di China.
Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah ketiga Uthman bin Affan pada
651 masihi,lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW rombongan itu diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas,bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei,
maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.
Orang Hui (Bahasa Cina: 回族; pinyin: Huízú, Xiaoerjing: حُوِ ذَو ) ialah satu kumpulan etnik orang Cina, yang biasanya dibezakan dengan amalan agama Islam mereka. Mereka membentuk satu daripada 56 buah kumpulan minoritiyang secara rasminya diiktiraf oleh Republik Rakyat China. Mereka bertumpu di barat laut China (Ningxia, Gansu, Xinjiang), tetapi komuniti ini wujud di seluruh negara China. Kebanyakan budaya orang Hui menyamai orang Han kecuali mereka adalah pengamal ajaran Islam, hasilnya mereka mempunyai beberapa ciri-ciri kebudayaan yang tersendiri. Contohnya, sebagai orang Islam, mereka tidak memakan babi yang merupakan daging yang biasa dimakan dalam budaya Cina, dan mereka juga tidak memakan anjing, kuda, kebanyakan burung serta haiwan-haiwan lain yang dianggap istimewa dalam masakan Cina. Kod pakaian mereka juga hanya berbeza iaitu lelaki dewasa memakai kopiah putih dan wanita dewasa memakai tudung atau (kadang-kala) purdah sebagaimana yang biasa dalam budaya Islam.
Dalam penggunaan moden, definisi Hui tidak membabitkan kumpulan-kumpulan etnik seperti Uyghur, yang tinggal di China dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi adalah orang Turkik dan dengan itu berbeza budaya daripada orang Han. Contohnya, di Xinjiang-Kawasan Autonomi Ugyhur, yang didiami oleh 10% orang Hui, orang Hui mempunyai identiti etnik yang tersendiri berbanding orang Ugyhur, Kazakh, dan Kyrgyz yang merupakan orang-orang Turkik.
Apabila berlaku sekali lagi kebangkitan Islam ternyata China ada hubungkait dengan memeriahkan sama Islam. Ertinya sejarah berulang kembali, sama seperti kerancakan sejarah dakwah Islam masuk ke Tanah air kita. Kebangkitan dakwah di Timur, China turut sama memeriahkannya. Di dalam perjalanan sesebuah tamadun dan peradaban, ada tiga perkara yang perlu ditetapkan. Pertama, dari mana kita datang? Kedua, di mana kita sekarang? Ketiga, kemana hala kita seterusnya. Kemudian kita perlu membuat penilaian tentang keadaan dan kemajuan semasa. Seterusnya perlu ada wawasan atau visi untuk era-era ke hadapan.
Ulasan
Catat Ulasan