Langkau ke kandungan utama

SOLAT JAMAAH BENTENG DARI FITNAH DAJAL.




Masyarakat yang rajin sembahyang berjemaah ertinya membuat benteng dari fitnah dajal. Juga dengan berjemaah siapkan diri bersama Imam Mahdi. Dalam Islam hati menjadi rebutan antara malaikat dengan syaitan. Masyarakat Islam didalam solat berjemaah yang dapat dibangunkan didalam kehidupan diluar solat jemaah. Solat jamaah atau sembahyang berjemaah mempunyai kelebihan yang banyak dibandingkan dengan sembahyang seorang diri. Melalui sembahyang berjemaah ada latihan disipilin. Sembahyang berjamaah mendidik kita ilmu bermasyarakat. Didalam sembahyang berjemaah ada imam ertinya pemimpin, ada makmum lelaki, ertinya didalam masyarakat ada golongan orang lelaki. Dalam solat berjamaah ada makmum perempuan, begitu juga didalam masyarakat ada perempuan. Dalam sembahyang juga ada kanak-kanak. Begitu juga masyarakat di luar sembahyang ada kanak-kanak. Setiap golongan makmum ada adab, peraturan dan disiplin masing-masing.


Bagi setiap kelompok masyarakat sama ada lelaki, perempuan, dewasa atau kanak-kanak ada adab-adab tersendiri bagi setiap kelompok. Contoh ada lelaki tidak sama dengan perempuan, makmun lelaki dihadapan makmum perempuanbegitulah seterusnya masing-masing ada susunannya. Kita menjaga adab-adab yang telah diaturkan Islam supaya mengesahkan sembahyang jemaah. Perempuan kalau tidak ikut susunan, mereka berada di saf hadapan saf lelaki ini boleh membatalkan solat berjemaah.
Begitu juga ketika imam melakukan kesilapan, cara makmum menegurnya juga ada adab-adabnya.


Kalau kita tidak menjaga adab-adab ertinya kita tidak memperhaluskan solat kita. Sedangkan solat untuk mendapatkan khusuk. Khusuk sasarannya adalah hati. Orang yang hendak mendapatkan khusuk berusahalah memfokaskan hati ketika sembahyang. Supaya semasa sembahyang hati tidak merawang kemana-mana. Sedangkan hati adalah gelanggang peperangan antara syaitan dengan malaikat. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui kehidupan lahir manusia. Manusia yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan syaitan dan mengawal nafsu. Pertarungan berlaku secara rohaniah. Ia tidak dapat dilihat secara fizikal. Hasil pertarungan dapat dilihat secara lahir. Pemimpin Islam seperti rasul, nabi, para mujaddid dan sebagainya Tuhan kirim untuk memimpin manusia. 


Sembahyang adalah Universiti Rasa hati !  Sembahyang membawa kita mikraj ke sidratul muntaha bertemu dengan Tuhan. Sembahyang menghidupkan tiga unsur yang ada dalam diri manusia. Iaitu akal memahami setiap bacaan yang ada dalam solat. Fizikal juga diperhalusi cantoh kalau imam terlupa ada cara makmun menegur imam. Lelaki ada cara untuk menegur imam dan cara perempuan menegur imam tidak sama dengan cara lelaki menegur imam. Sembahyang bekalan kekuatan maknawiah. Hasil yang Tuhan berikan kekuatan sembahyang Rasul dengan mukjizat. Tuhan siapkan juga kekuatan sembahyang bekalan kekuatan selain rasul dan nabi di bekalkan kekuatan  dengan karomah. 


Setiap kumpulan tareqat dan jemaah Rohani, mereka yang memperjuangkan Imam Mahdi sebagai pemimpin akhir zaman ia menjadi sumber mendapatkan bantuan Allah untuk menguatkan kembali Islam. Allah turunkan barokah melimpah ruah. Kepimpinan orang yang memperjuangkan imam mahdi juga membantu kita dari fitnah Dajal. Inilah berkat zaman kebangkitan Islam buat sedikit hasilnya besar.
Nampaknya perjuangan yang mereka lagang teruk diuji. 


Sejak era menghadapi penjajah hinggalah ke era negara-negara umat Islam sudah merdeka, masyallah! Ujian makin besar nampaknya. Sengaja Allah biarkan musuh-musuh lahir kepada jemaah rohani atau tariqat menyakitkan, menuduh, memfitnah, menekan, memboikot, menyesatkan, memporak perandakan jemaah rohani tersebut, mengharamkan, menarik hak-hak asasi, menutup pintu-pintu rezeki dan entah apa lagi nanti! Tetapi alhamdulillah, Allah buatkan Allah selamatkan jemaah tariqat dari ujian-ujian itu. Kalaulah jemaah tersebut tewas oleh perbuatan mereka, ertinya itu tidak dapat menepati Sunnah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman