Langkau ke kandungan utama

EMPAYAR MELAYU BARU DI TIMUR.

EMPAYAR MELAYU BARU DI TIMUR.




Kelompok Bani Tamim adalah bangsa Melayu baru atas nama Islam. Kelompok ini diasuh hidup mereka atas moto: "Hidup untuk Tuhan". Mereka ditatih berjuang membangunkan fardhu ain dan fardhu kifayah. Maka keluarga yang Abuya bina kini bagaikan etnik baru. Abuya berjaya melahirkan satu etnik baru. Mereka telah ditanamkan cita-cita ingin ulangi kebangkitan Islam kali pertama. 


Empayar Melayu Baru yang berwibawa menjadi asas kepada kebangkitan Islam semula. Bukan hanya untuk kelompok kecil tetapi juga untuk bangsa Melayu seluruhnya. Abuya menjadi suami dan bapa yang mampu menyusun keluarganya begitu sekali. Penuh keadilan, kasih sayang, tanggungjawab atas nama Allah dan Rasul untuk kepentingan Akhirat dan dunia. Memang satu pencapaian paling ajaib.


Kita boleh melihat dengan jelas bahawa Abuya sentiasa melahirkan rasa syukur kepada Allah. Maka Abuya bukan sahaja mengikat keluarga besarnya dengan ikatan fitrah tetapi Abuya usahakan dengan ikatan iman. Ertinya Abuya lakukan dengan dua ikatan kepada keluarga besarnya. Pertama dengan ikatan fitrah dan yang kedua Abuya usahakan dengan diberikan agama. Ertinya Abuya suburkan fitrah kemanusiannya dan juga diberikan Tuhan sehingga timbul rasa cinta dan takutkan Tuhan. Abuya bawa keluarga besarnya membesarkan kehidupan Akhirat.


Abuya tidak pernah meninggalkan sujud syukur. Semua anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya dari semua isterinya itu taat dengan Abuya. Semuanya ikut perjuangan Abuya dan tetap yakin dan menyokong Abuya dalam tindakan dan arahan Abuya. Kejayaan Abuya dapat menyatukan semua anak, menantu dan cucu-cucunya menjadikan cita-cita Abuya juga adalah cita-cita mereka. Bukan senang untuk buatkan isteri-isteri saling berbaik-baik macam adik beradik, saling doa mendoakan, bekerjasama dan bela membela. Bukan senang juga untuk anak-anak sangat taat dan menghiburkan ibu bapa, dapat berkasih sayang sesama mereka, sefahaman dan rasa bersama.


Abuya berusaha memberikan kepada keluarga besarnya keperluan lahiriah dan rohaniah. Kerana manusia perlukan Tuhan dan makan, bukan seperti malaikat hanya perlukan rohaniah sahaja. Demikian juga menantu-menantu dan cucu-cucu yang begitu ramai. Bukan senang untuk diikat. Tapi alhamdulillah, Abuya berjaya melakukan semua keajaiban itu. Apakah rahsia Abuya mampu melepasi halangan getir ini? Itulah yang sangat ditanyakan orang.


Abuya berusaha sedaya upaya agar keluarga besarnya dapat diberi iman, yakni dapat cinta dan takutkan Tuhan. Membesarkan Akhirat lebih daripada dunia yang sementara ini. Berusaha menjadi orang yang patuh dengan syariat Allah. Untuk itu Abuya tidak mewahkan  atau kayakan mereka dengan harta dunia. Mereka juga hidup berdikari tanpa makan gaji. Dididik dengan ilmu, iman dan Islam.


Rahsia kejayaan umat Islam pada kebangkitan pertama terletak kepada sikap dan kepimpinan mereka. Jadi, dalam konteks untuk ulangi pencapaian kebangkitan pertama Abuya mengajak kita melakukan perkara yang sama. Kepimpinan yang telah Abuya tunjukkan kepada kita adalah merupakan kayu ukuran. Kita telah membentangkan keperibadian pemimpin yang takut kepada Allah serta taat dan patuh kepada Allah serta patuh kepada syariat Allah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman