Langkau ke kandungan utama

HATI MENGATASI GAJET SEBAGAT ALAT PENGHUBUNG.



Gajet menjadi kegemaran manusia pada hari ini. Tidak mengira peringkat usia, semuanya minat dengan gajet. Yahudi meniti atas kecenderungan manusia dengan menyediakan pelbagai jenis gajet dan di sediakan untuk semua peringkat umur. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan  (-logĂ­a), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.


Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. 


Teknologi dalam ideologi.
Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama. Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.


Tuhan ciptakan hati manusia adalah alat untuk berhubung dengan Tuhan. Hati atau roh sebagai wadah untuk mengingati Allah. Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba -Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa dikalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasakan bahawa Allah itu Tuhannya.


Tuhan menciptakan hati sebagai alat untuk manusia berhubung dengan Tuhan. Hati adalah sebagai wadah manusia berkemunikasi dengan Tuhan. Langkah yang bijak ialah kita menyediakan roh sebagai wadah berhubung dengan Tuhan. Ianya di ibarat sebagai telefon untuk kita berhubung dengan Allah. Roh yang aktif boleh berhubung 24 jam dengan Tuhan. Perkhidmatan telefon roh boleh digunakan 24 jam atau bila-bila masa sahaja dengan mempertajamkan jiwa terlebih dahulu. Di atas ketajaman jiwa itu barulah ia akan terus berfikir dan berfikir. Paduan daripada ketajaman jiwa dan akal itu akan membuahkan hasil yang luar biasa, iaitu Tuhan akan membuka ilmu-ilmu yang hebat, ilmu yang akan menakjubkan dunia. Di waktu itulah Timur dan Barat akan tersungkur dengan kemajuan rohaniah dan matlamat yang dibawa oleh Islam hasil dari ketajaman akal dan roh tadi. Itulah persiapan asas dan utama untuk bersama dengan pemimpin Ummah iaitu Imam Mahdi. Maka di waktu itu akan berulanglah kembali sejarah kegemilangan Islam sepertimana zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat dahulu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman