Perkembangan politik dunia khususnya dalam negara semakin cemas. Pemimpin politik bercakaran sesama sendiri. Kepentingan agama, bangsa dan negara mencemaskan. Maka disinilah kita melihat peranan intitusi raja-raja. Umat islam akan kembali gemilang. Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Ini adalah ibarat era kebangkitan islam. Era kebangkitan intitusi raja-raja ada peranan. Siapa yang menolak peranan tersebut ibarat menentang arus. Kita masih ingat bagaimana ada golongan yang cuba menafikan peranan raja-raja dengan mencabut atau mengurangkan kuasa raja tetapi Tuhan tidak izinkan golongan tersebut sebaliknya mereka kini sedang bercakaran. Kegemilangan Islam kali kedua bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan. Ianya pasti terjadi kerana ianya merupakan janji dari lidah Rasul SAW.
Janji Rasul SAW itu sepatutnya disambut penuh kegembiraan oleh umat islam zaman ini kerana kita ditakdirkan oleh Allah SWT hidup di zaman yang insyaAllah dapat melihat dan menikmati kegemilangan Islam. Dan yang lebih penting lagi ialah jadikan diri sebagai di antara orang yang turut menyumbang kepada kegemilangan islam itu sendiri.
Kalau diibaratkan seseorang menghadapi gerbang perkahwinan, dalam kegembiraan menghadapinya tentulah dipersiapkan segala keperluan yang berkaitan. Malah lazimnya terjadi adalah segala persiapan itu sedikitpun tidak mahu ada cacat celanya. Sama ada persiapan diri dan persiapan majlis perkahwinan.
Oleh kerana kegemilangan islam kali kedua ini menepati ciri-ciri kegemilangan islam kali pertama (zaman RSAW dan sahabat-sahabatnya) maka proses persediannya juga mestilah menepati ciri-ciri zaman ummah pertama. Pada asasnya aspek ini mestilah diberi perhatian yang paling utama iaitu taqwa. Tanpa taqwa kejayaan tidak akan diberikan oleh Allah SWT. Kalaupun boleh juga mencapai kemenangan mungkin kerana pandai, pintar ada kekuatan, strategi pula mengena, namun itu tidak diiktiraf sebagai kemenangan hakiki yang diredhai oleh Allah SWT.
Melalui sifat taqwa, syariat diambil kira dalam segala usaha dan perbuatan. Usaha yang bersungguh-sungguh tidak menjejaskan pula kesungguhan membaiki diri. Rasa berTuhan dipertajamkan dan diperhalusi. Rasa kehambaan juga bertambah mendalam. Pergantungan hati dengan Allah SWT tidak pernah lekang atau lalai.
Atas dasar taqwa sajalah akan lahir masyarakat yang menjadi idaman dan dirindui oleh setiap mukmin. Pemimpin bertaqwa saja yang terjamin memiliki sifat keadilan, orang kayanya tawaduk dan pemurah, para ulama menjadi contoh dan menjadi obor mendidik umat. Taqwa sajalah yang melahirkan para pekerja yang jujur, orang miskin yang sabar dan redha, para suami bertanggungjawab, para isteri yang taat, anak-anak yang menghormati ibu bapa. Taqwa sajalah yang mampu mewujudkan masyarakat yang gejala negatifnya berada di tahap yang sangat minimum, berkasih sayang, perpaduan yang kukuh, bertolong bantu, sejahtera dan harmoni.
Taqwa inilah yang mesti diusahakan serta disebarluaskan kepada segenap masyarakat. Selepas itu nanti akan sama-sama melihat betapa Allah SWT menurunkan bantuan dan pertolongan sebagaimana yang berlaku di era kegemilangan umat terdahulu. Allah SWT pasti menunaikan janjiNya kepada orang-orang yang bertaqwa.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“ Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah SWT maka Allah SWT akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (taqwa) maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya”.
(Riwayat Al Hakim)
Ulasan
Catat Ulasan