Langkau ke kandungan utama

PEMIMPIN ISLAM DARI TIMUR AKAN SELAMATKAN DUNIA.




Umat Islam pada hari sedang di buai dengan dunia. Terleka dengan kemajuan teknologi yang sedang dipaparkan oleh dunia pada hari ini. Yahudi dan kuncu-kuncunya terus meniti dengan melalaikan umat Islam melalui gajet-gajet yang di ciptakan dengan teknologi terkini. Yahudi dan kuncu-kuncunya sangat faham tentang kedatangan Imam Mahdi yang akan memimpin dunia ini ke arah Islam. Namun mereka tidak berhenti untuk menggagalkan dunia baru Islam yang diterajui oleh Imam Mahdi. Apa yang mereka usahakan iaitu terus menanamkan rasa kebencian terhadap umat Islam.


Kita jangan leka. Yahudi dan kuncu-kuncunya tidak pernah lepaskan peluang untuk merosakkan umat Islam. Mari kita ingatkan kembali pengajian kita yang di pandu oleh Abuya di dalam kelas pengajian yang di anjurkannya. Pengajian tentang Hadis-Hadis Nabi SAW tentang Imam Mahdi. Ditambah dengan muzakarah kitab-kitab yang menjelaskan tentang Imam Mahdi yang boleh kita bacanya dan sudah banyak di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kata Abuya, beliau sendiri membuat kajian perihal janji Allah untuk Akhir zaman, khususnya tentang Imam Mahdi sudah 50 tahun lebih. Oleh kerana Hadis-Hadis itu banyak yang bersifat 'kod-kod rahsia' yang Allah dan Rasulullah SAW sendiri sifatkan, maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul secara ilham. Kata Abuya, oleh kerana pelaksana kepada kebangkitan Islam itu ialah Imam Mahdi sendiri dan Putera Bani Tamim, maka kepada merekalah diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Akhir zaman itu. 


Yahudi dan musuh-musuh Tuhan berjaya cetuskan Kehidupan nafsi-nafsi di kalangan manusia termasuklah umat Islam. Kesannya manusia itu sendiri menerima padahnya. Hari ini kita hidup dalam suasana tegang. Dunia sudah kosong dari kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu lagi memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama 'oksigen ' dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada kita?


Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Ada era kasih sayang yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan dakwah dan kasih sayang. Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu tidak mudah dilupakan. Ramai orang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar menawan hati orang dengan berbagai-bagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia., menurut keperluan manusia. Inilah persiapan yang Abuya lakukan untuk kedatangan Imam Mahdi. 


Alhasil terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah model sistem hidup, dibangunkan oleh Abuya dan orang-orang yang bersamanya yang didalamnya sangat penuh dengan kasih sayang. Mastermindnya adalah Abuya. Dasar dan kaedahnya Abuya jugalah yang dapatkan. Hatta perlaksanaannya pun Abuya yang ajarkan kepada pejuang-pejuangnya. Maka jadilah Abuya tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang julung-julung kali muncul di kurun ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman