Indahnya Islam itu adalah dinul Islam itu sebenarnya sangat sesuai dengan fitrah manusia, dengan kata lain sesuai dengan perasaan manusia. Apa yang hati manusia setuju, itulah yang Allah suruh. Apa yang hati tidak setuju, itulah yang Allah larang. Kemudian oleh Allah, Rasul diutus untuk membawa perintah untuk membenarkan apa yang ada dalam fitrah manusia, menyuburkan apa yang telah ada. Kerana itulah Islam itu indah sebab memberi makanan pada roh. Apa yang roh kehendaki, itu yang dihidangkan oleh Islam.
Indahnya Islam sesuai dengan perasaan manusia. Bila seseorang sakit perasaannya sangat inginkan simpati dan perhatian. Dalam Islam, Allah hiburkan pesakit dengan penghapusan dosanya atau Allah angkat darjat pesakit tersebut. Ertinya bila kita faham tindakan Tuhan dan menjadi keyakinan ia sangat memberi kekuatan kepada diri kita. Keyakinan kita terhadap Tuhan boleh diukur dengan adanya ujian. Ujian yang Tuhan timpakan pada setiap orang atau kelompok masyarakat tidak sama.
Daripada didikan Tuhan terhadap hambanya di atas bagaimana Tuhan menghiburkan hambanya. Manusia yang di timpa ujian atau musibah Tuhan beri khabar gembira dengan apa yang berlaku adalah penghapusan dosa atau Tuhan hendak menaikkan darjat hambanya. Begitu jelasnya keindahan ajaran Islam itu. Dari sini kita faham bahawa Tuhan suka kita menghiburkan manusia lain. Kalau orang bersalah dengan kita di maafkan. Kalau kita buat kesilapan dengan orang lain buat penebusan kesalahan tersebut dengan bersedekah.
"Sepanjang hidup kita, selalu disibukkan dengan meneropong,menilai kekurangan, kelemahan bahkan keburukan orang lain namun pernahkah kita risau terhadap kekurangan, kelemahan, keburukan dan dosa-dosa kita" Kata hikmah Saidina Ali:"Ketahuilah sabar itu,ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. ( Khalifah 'Ali ).
Manusia itu kalau insannya dapat dididik, dijaga, dibina, dan dibangunkan, maka dia akan jadi seperti malaikat bahkan lebih baik dari malaikat. Baiknya malaikat setakat dan sekadar mengikut akal dan hati mereka sahaja tetapi baiknya manusia selepas terpaksa terlebih dahulu berjuang, bermujahadah, bertarung, dan bertungkus lumus berperang melawan hawa nafsu mereka yang sntiasa mengajak mereka kepada kejahatan. Ini bukan perkara mudah. Berperang dengan hawa nafsu itu ialah berperang dengan diri sendiri. Ia amt perit dan menyakitkan. Rasul-rasul di utuskan untuk membangunkan insaniah manusia. Ia bukan perkara mudah.
Ulasan
Catat Ulasan