Langkau ke kandungan utama

FIRASAT KEROHANIAN TENTANG KEPIMPINAN NEGARA.

FIRASAT KEROHANIAN TENTANG KEPIMPINAN NEGARA.


Dalam kebangkitan Islam sekali lagi iaitu di Malaysia semakin terserlah kemeriahan Islamnya. Ini satu anugerah besar dari Tuhan. Namun orang ramai tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kemeriahan Islam itu. Kerana kita selama ini, apa yang diajar ialah Islam asas, yakni berkenaan hukum-hakam sahaja. Bila dikatakan kebangkitan Islam sekali lagi ertinya kita sedang mengharungi janji Tuhan melalui lidah nabi akhir zaman. Ruang lingkupnya adalah luas dan menyeluruh. ( kaffah ). Dinamakan juga dengan Jadual Allah buat kebangkitan Islam sekali lagi. 


Ramalan kerohanian yang paling terkenal dalam sejarah ialah kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh di Konstantinopel. Kejayaan baginda menakluk kota Kostantenopel dari tangan Kristian, yang kemudiannya ditukar nama kepada Istanbul, telah diisyaratkan oleh ilham yang dianugerahkan kepada Syeikh Syamsuddin Al Wali, seorang ahli kerohanian Tareqat Naqsyabandiyah. Oleh itu pandangan-pandangan kerohanian ini tidak boleh dipandang sebelah mata. 


Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Sheikh Shamsuddin dan Sheikh mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih. Ini jelas dibuktikan ketika di dalam ucapan Baginda semasa pembukaan Konstantinopel , “Sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya Sheikhku yang mulia yang merupakan pendidikku, Asy-Sheikh Shamsuddin al Wali”


Abuya pernah doakan Tun Dr. Mahathir Muhamad menjadi Abu Sufyan. Walaupun arus pemikiran kini rata-rata mengatakan era Tun Dr. Mahathir Muhamad sudah berlalu. Abu Sufyan berjuang di era kebangkitan Islam pertama bersama Rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW menawan kota Mekah Abu Sufyan masuk Islam. Abu Sufyan berjuang sebagai salah satu daripada komander Rasulullah SAW dalam perang berikutnya. Semasa kepungan Taif, Abu Sufyan kehilangan mata. Apabila Rasulullah SAW meninggal dunia pada tahun 632, Abu Sufyan bertanggungjawab bagi Najran. Abu Sufyan juga berjuang di dalam peperangan Yarmouk di 636, di mana dia kehilangan mata keduanya. Beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam perang, sebagai naqeeb (ketua kakitangan) tentera Islam. Dia berjuang di bawah perintah anaknya Yazid bin Abu Sufyan. Abu Sufyan meninggal dunia pada usia sembilan puluh dalam 650 di Madinah. Kerabat beliau Uthman Ibn Affan, yang menjadi khalifah ketiga dalam 644 yang diketuai solat lebih kuburnya. Isteri Abu Sufyan bernama Hindun binti Utbah. Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan yang mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Ramlah binti Abu Sufyan.


Di era kebangkitan Islam kali kedua seorang tokoh yang dikenali sebagai Perdana Menteri Malaysia paling lama iaitu Tun Dr. Mahathir Muhamad. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The StraitsTimes Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara
sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 
'Harimau Ekonomi Asia'.


Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas". 


Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai dektator, pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah).Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia. Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.


Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia. Bapa Presiden Suharto adalah seangkatan Tun Dr. Mahathir Muhammad. Kalau Pak Harto mendapat doa Abuya iaitu "Pak Harto mengikut jadual Allah" itulah doa Abuya untuknya. Doa Abuya untuk Tun Dr. Mahathir "moga menjadi Abu Sufyan untuk kebangkitan Islam kali kedua."


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedikitpun tidak 'berminat' terhadap kedua-dua calon yang bakal merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat kali ini, sama ada Hillary Clinton dan Donald Trump. "Kedua-duanya sama-sama teruk. Namun, jika anda meminta saya membuat pilihan, tentunya Clinton. "Trump ialah sebenar-benar wildcard (sukar diramal). Kita tidak tahu apa yang akan dia lakukan.
"Inilah masalah di sana (AS), meskipun menjadi negara yang ‘mentadbir’ dunia, mereka seolah-olah tidak mampu memilih pemimpin-pemimpin yang bagus,” ujar bekas perdana menteri itu selepas menghadiri majlis memperkenalkan 19 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Putrajaya. Dr Mahathir diminta mengulas mengenai ‘perlumbaan’ ke White House antara calon Demokratik, Clinton, dan pesaingnya calon Republikan, Trump. Pemilihan Presiden AS akan berlangsung pada 8 November nanti.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman