Langkau ke kandungan utama

PENYEBAB PENYAKIT JIWA.

PENYEBAB PENYAKIT JIWA.


Maksud firman Allah:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Al-Baqarah 2:155)."

Maksud hadis:

 Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Bukhari).

Maksud Hadist: 

Allah menyenangi hamba maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya).
(HR. Al-Baihaqi).


Menurut kamus dewan (psychiatry) psikiatri cabang perubatan yang berkaitan dengan kajian dan rawatan gangguan mental. Di negara kita ini bila menyebut kata psychiatry, lalu dihubungkan dengan penyakit jiwa. Memang begitu kalau di Amerika atau di Eropah. Di negeri barat malah bangga bila seseorang itu unik. Nah, itulah, karena banyak yang unik stress pun menjadi masalah berat di sana. Di negeri maju, hal stress telah diterima sebagai gejala kesehatan mental. Sedangkan di Amerika sendiri merupakan gejala serius di dalam masyarakat, dan perlu dibantu oleh institusi tertentu. American Psychological Association,kata singkatannya "APA".


Ramai manusia pada hari ini dihinggapi sakit jiwa. Di Barat sakit jiwa tersinarai yang kedua selepas sakit jantung.
Di antara yang menyebabkan penyakit jiwa ialah tekanan hidup. Hidup adalah pertarungan antara susah dan senang. Kehidupan bererti berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan cabaran. Masalah datang silih berganti dan bertukar ganti. Ia datang dalam berbagai-bagai tempat dan situasi yang tidak dapat kita jangka atau fikirkan. Ia berlaku setiap hari, cuma bezanya, ada masalah yang kecil dan ada masalah yang besar dan sungguh menekan perasaan.


Masalah datang dalam pelbagai keadaan dan bentuk. Ia melibatkan berbagai rasa. Suka dan duka, senang dan susah, gembira dan dukacita,jijik, benci, rasa lega, malu, jemu, sakit dan sihat, miskin dan kaya, rasa lapang dan sempit, risau, tertekan dan seribu satu macam lagi. Masalah datang tanpa kita mahu dan tanpa tanpa kita tahu. Masalah berlaku tidak kira tempat dan masa. Ia datang ke rumah, ke tempat kerja, dalam bermusafir, di tengah ramai dan di waktu keseorangan.


Ada kalanya masalah yang menekan perasaan itu berlaku tidak tahu puncanya. Tiba-tiba sahaja hati rasa risau, rasa kosong dan rasa runsing tidak menentu. Ini di tambah lagi dengan kekusutan keluarga, masyarakat yang porak-peranda, hidup nafsi-nafsi, negara dan pemerintahan yang tidak stabil, ekonomi yang tidak menentu, tidak peduli mempeduli dan tidak ada kasih sayang. Benarlah bahawa dunia itu negara bala dan ujian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...