Langkau ke kandungan utama

UNIVERSITI HATI LAHIRKAN GRADUAN CINTAKAN TUHAN.




Pusat Universiti Rasa hati bertempat di Timur. Ia melahirkan pejuang-pejuang kebangkitan Islam kali kedua. Universiti tersebut bertapak di Malaysia. Cawangan-cawangan nya ada di seluruh dunia. Negara-negara di Timur menjadi  cawangan Universiti Rasa Hati. Lulusan daripada Universiti Rasa Hati melahirkan usahawan dan budayawan dunia akhirat. " Sijilnya : ISO TAQWA! PEWARIS Nabi. Gaji   : Sebanyak yang diperlukan ! . Pensyarah : Ikhwan
Tutor : Asoib . Motto : Melahirkan hamba dan khalifah

 
Hati ialah sumber rasa-rasa.  Manakala akal ialah sumber fikiran.  Antara Rasa dan fikiran sebenarnya rasalah yang lebih berkesan kepada pembentukan peribadi.  Yakni, bila hati itu baik maka baik lah diri.  Bila hati itu jahat maka jahatlah peribadi-peribadi itu !   Demikian Maksud  Sabda Nabi SAW tentang seketul daging yang terletak di dada-dada manusia.  Dia ialah Hati !
 
Ertinya hati dengan Otak, hati lebih utama !  Maka kalau akal disekolahkan begitu tinggi lebih-lebih lagilah rasa hati itu perlukan pengajian yang lebih tinggi dan utama !
 

Hari ini umat Islam hanya mengalami proses latihan-latihan akal yang macam-macam bentuk dan jenis nya di pusat-pusat pengajian mereka sekalipun dalam bidang agama Islam !   Hasil nya jadilah umat Islam dapat menguasai ilmu-ilmu tinggi di berbagai-bagai bidang kehidupan duniawi mereka.  Namun semua itu hanya lah 50% daripada apa yang sepatutnya mereka kuasai untuk menjadi seorang Islam yang baik !  Sebab dalam Islam,  Hati juga kena disucikan.   Dilatih untuk menyuburkan segala-gala rasa hati yang baik !   Juga  untuk membenteras rasa-rasa hati yang jahat.  Supaya seorang teknokrat Islam ialah seorang yang tidak sombong.  Supaya seorang ulama’  Islam ialah seorang yang tidak berhasad dengki.  Supaya seorang korperat Islam itu juga ialah seorang yang tidak bakhil.  Supaya tokoh sains dan politik Islam itu juga ialah seorang yang sangat berkasih sayang !     Demikian lah seterusnya :  agar umat Islam itu ialah orang-orang yang bernilai dunia dan juga bernilai akhirat.
 

Untuk mencapai kecemerlangan insaniah dan lahiriah yang begitu hebatnya oleh umat Islam, kenalah kita mempunyai sekolah-sekolah, institut-institut, kolej-kolej dan universiti-universiti yang melakukan proses latihan rasa hati atau roh atau jiwa ! Namun sebaiknya kedua-dua latihan akal dan roh digabungkan dalam satu sekolah dan Universiti !  Sebaiknya lagi bilamana siswa siswi di persiapkan untuk muncul sebagai pejuang yang full time.  Yakni bukan untuk makan gaji dengan Majikan !    Yakni Universiti yang melahirkan majikan-majikan.  Yang berjuang untuk ugama, bangsa dan Negara tanpa meminta bayaran !   Sebab dirinya sendiri merupakan sumber rezeki kerana  mempunyai hubungan yang kuat dengan sekaya-kaya kuasa iaitu Tuhan.
 

Dasar pandang ke HARAMAIN yakni kepada Allah dan Rasul dengan mengambil dari Quran dan Hadis itulah yang mampu mencipta sistem yang pendidikan yang ajaib ini.  Sebab Allah menjadi Pemimpin dan Mahaguru serta ibu ayah kepada sistem ini.  Allah ialah yang Maha kuasa  ghaib lagi ajaib yang kemampuannya tiada terbatas !.   Segala halangan dapat diatasi oleh keajaiban kerana kemampuan kuasa teknologi roh yang ghaib ini ialah mencipta keajaiban.Tentunya keajaiban dapat mengatasi segala kebuntuan akal.
 

Lihat pembangunan akal material semata-mata sekalipun cukup menakjubkan namun ia berakhir dengan kehancuran !  Sebab manusia-manusianya itu mempunyai hati yang tidak pernah disucikan di sekolah-sekolah tinggi !   Bila manusia dikuasai nafsu semata-mata maka mereka saling jatuh menjatuhkan !   Akhirnya perang dan hancur !
 

Maksud firman Allah:

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30).

Kata Rasulullah SAW :
Belajarlah sekalipun sampai keliang lahad !
 

Ertinya manusia-manusia itu sepatutnya menuntut ilmu sampai mati.  Sebab manusia perlukan ilmu dari Allah dan Rasul itu, setiap hari, detik dan saat sehinggalah ke akhir hayat.  Hatinya kena mampu berdepan dengan kematian penuh tabah !   Waktu itu akal sudah tidak mampu berfikir lagi.  Tapi hati sangat perlu kekuatan untuk berdaya tahan untuk menghadapi liang lahad !   Supaya waktu nafas terakhir itu biarlah manusia mampu senyum dan berkata : Tuhan ku  dan Nabi ku, selamat bertemu kembali.
 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman