Dunia sudah mula membuka mata kepada Malaysia. Imej Malaysia begitu berwibawa atas nama Islam. Pengamalan dan penghayatan Islam adalah paling baik di sebelah Timur ini. Kebangkitan ini hangat dan meriah di rantau ini khususnya di Malaysia. Setelah menjadi negara Malaysia merdeka selama 59 tahun. Rakyat Malaysia bersyukur khususnya orang Islam, Allah rezekikan kita melaluinya dengan baik. Jika kita melihat setengah negara walau pun sudah merdeka tetapi kehidupan mereka lebih susah daripada selepas merdeka. Contoh ada negara di benua Afrika yang di timpa kebuluran. Moga kita pandai menjadi orang yang bersyukur. Kita pun sudah maklum Tuhan sendiri ada mengingatkan, jika kamu bersyukur nescaya Tuhan akan tambahkan lagi jika kamu kufur dan tidak pandai bersyukur ingatlah hukuman Tuhan sangat azab.
Bermula dari tahun 1957 hinggalah kehari ini Malaysia menikmati kemerdekaan. Ini adalah nikmat yang besar dari Tuhan. Lebih-lebih lagi Malaysia terpilih sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur. Begitu banyak negara umat Islam di dunia ini Allah pilih Malaysia. Ini bukanlah kehendak manusia untuk memilih Malaysia tetapi adalah kehendak Tuhan. Apabila Malaysia terpilih menjadi tapak kebangkitan sebenarnya kita ada tanggungjawab membawa negara membenarkan atau membuktikan mengulangi kebangkitan pertama yang di terajui oleh negara di Timur Tengah.
Negara-negara yang pernah terpilih di era kegemilangan boleh dijadikan rujukan atau model untuk menjadi inspirasi kepada kita. Terutamanya bagaimana masyarakatnya mengisi negara tersebut hingga menjadi panduan kepada negara-negara lain. Contoh umat Islam bersama Rasulullah SAW setelah Allah lepaskan mereka dari belenggu negara jahiliah ketika itu, bagaimana mereka berbuat dan bertindak. Akhirnya dari negara jahiliah bertukar menjadi negara yang mendapat pujian dari Tuhan. Iaitu menjadi negara yang aman dan makmur. Nikmat tersebut dikongsikan kepada seluruh dunia hingga akhirnya 3/4 negara-negara menjadi seperti negara Madinah. Nikmat kebangkitan Islam pertama tersebut dirasai selama 700 tahun.
Apabila umat Islam di Malaysia menyaksikan nikmat sebesar ini iaitu Tuhan pilih Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam di Timur. Malaysia sudah mula mengorak langkah meniru kebangkitan pertama. Contoh lain bagaimana Tuhan selamatkan Malaysia daripada ancaman Yahudi dan kuncu-kuncunya menggunakan kuasa besar Barat menekan Malaysia ketika ini dengan pelbagai isu. Malaysia hanya sebuah negara yang kecil, rakyatnya berbilang bangsa dan berbilang agama. Logiknya mudah sahaja untuk di hancurkan.
Contoh keajaiban yang Tuhan lakukan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Timur. Tuhan lakukan tersebut sepatutnya kita sudah pandai menjadi orang yang bersyukur menyaksikan keajaiban tersebut. Tetapi tetap ramai dikalangan manusia yang tidak bersyukur. Ramainya manusia yang jahat atau rosak. Rosaknya manusia bermula kerana cintakan dunia. Perkara ini sudah pun diingatkan oleh Rasulullah SAW. Cinta dunia itu adalah punca kejahatan dan kerosakkan.
Angin gelombang dakwah mula bertiup pada tahun 1970-an. Kini angin dakwah sudah menjadi viral di Malaysia. Program dakwah mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Gelanggang dakwah semakin meluas dalam masyarakat. Program dakwah di masjid surau jalan terus bahkan termasuk di luar bandar. Dakwah di pejabat kerajaan dan swasta. Program dakwah hampir semua saluran TV dalam bahasa Melayu atau pelbagai bahasa dan macam-macam saliran lagi. Era sudah bertukar. Sistem sudah bertukar. Nilai hidup sudah berubah. Siapa suka Islam kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka dianggap menentang kebangkitan Islam.
Malaysia walau pun masih mengikut pentadbiran Barat namun pemerintah tidak menghalang rakyatnya mengamalkan syariat Islam. Ada sesetengah negara di Timur Tengah yang perlembagaannya Islam tetapi masyarakatnya tidak melaksakan syariat Islam. Ajaran Islam sebenarnya adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia. Kehidupan manusia ada yang lahir, batin, dunia dan Akhirat. Ajaran Islam itu selain daripada ilmu usuluddin (ilmu yang mengkaji tentang ketuhanan) yang menjadi asas kepada ajaran Islam. Terdapat juga ilmu syariat dan ilmu hakikat. Disebut juga keduanya sebagai ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Kedua-duanya termasuk perkara yang penting yang turut dituntut oleh Al Quran dan Hadis.
Ulasan
Catat Ulasan