Langkau ke kandungan utama

PENAWAR UNTUK PENYAKIT ROHANI.

PENAWAR UNTUK PENYAKIT ROHANI



Saudara, sedang berlaku di hadapan mata kita kini penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah, gelisah, penderitaan jiwa, kacau balau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian jiwa, kekosongan hati, rasa kesendirian (loneliness), ketegangan perasaan dan berbagai macam bentuk penyakit jiwa. Dan sedang berleluasa juga di dalam masyarakat kita hari ini penyakit-penyakit hasad dengki (iri), bakhil, gila dunia, pendendam, emosional, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain. Walaupun sakitnya tidak tampak oleh mata kita, namun siapa yang dapat menolak kenyataan ini? Jumlah orang-orang yang menderita sakit atau krisis jiwa di saat ini lebih banyak daripada jumlah penderita-penderita sakit fizikal yang ada di rumah sakit atau hospital. Tetapi aneh, kepakaran dan keintelektualan tidak begitu serius dicurahkan untuk mengobati kepada penderita penyakit batin ini, sepertimana seriusnya mereka berusaha melakukan pengobatan terhadap tubuh fizikal manusia.


Saudara, apakah mereka tidak insaf bahawa penderita sakit jantung, ginjal, kencing manis, kanser dan lain-lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi penderita-penderita penyakit batin, krisis jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dan lain-lain itu akan memungkinkan manusia membunuh dirinya sendiri atau membunuh orang lain? Demikianlah satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan saja kerana penyakit batin lebih menyiksa individu pesakit, tetapi ia juga memungkinkan terjadinya kekacauan dalam sesebuah masyarakat.


Telah datang Nabi Muhammad SAW ke tengah manusia. Baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri baginda bangun dan bekerja untuk menyelamatkan manusia. Institusi pertama yang Baginda bangunkan ialah masjid, satu tempat di mana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, dengan mengagungkankan Tuhannya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah memandang keselamatan manusia adalah pada keselamatan hatinya (ruhaninya) bukan jasad lahirnya. Oleh karena itu, itu baginda bekerja mengubah dan mengobati hati mereka dan Baginda berhasil dengan gemilang.


Kita kini sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sebagaimana apa yang disaksikan oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dulu. Kalau baginda telah berhasil terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikuti jejak langkahnya? Kita obati dulu mazmumah (sifat jahat) dan krisis jiwa kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan kepada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia pada fitrahnya. Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahagiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.


Saudara, mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, kesendirian, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ayah dan ibu, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih-sayang, bertengang rasa, pemurah, berprasangka baik dan tolong menolong? Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya sehingga kerana itu manusia sanggup mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya?


Saudara, Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengobati sakitnya. Apabila hati sudah terobati, saudara akan temui hati-hati saudara penuh dengan cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan. Dan itulah syurga sementara sebelum saudara bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.


“Hari Qiamat yaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi, kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat (QS Asy Syuara’ 88-89).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman