Langkau ke kandungan utama

CHINA MEMERIAHKAN KEBANGKITAN ISLAM.


Hubungan Malaysia dengan China semakin rancak. Abuya mengirim beberapa rombongan dakwah ke China untuk membenarkan kata-kata Syeikh Tariqat bahawa, "China akan memeriahkan kebangkitan Islam kali kedua".  Abuya dan rombongan menjadi tumpuan di Medan Tiananmen, Beijing. Dakwah lisanul hal terbukti cukup menawan hati manusia. Inilah yang dilakukan oleh Para Sahabat Nabi Muhammad SAW, Saad Abi Waqqas dan Abdullah Al Bahili sewaktu mula meneroka misi dakwah ke China lebih 1400 tahun lalu. China dan wilayah-wilayah di sekitarnya tidak mustahil kerana memang kawasan ini pernah dimasuki oleh pendakwah Islam sejak zaman pemerintahan Sayidina Osman bin Affan RA lagi. Mereka menggunakan jalan laut (melalui Lautan Hindi, Selat Melaka dan Laut China Selatan) dan jalan darat (melalui Laluan Sutera). Sehingga kini, masih ramai penduduk di negara China yang beragama Islam, malah jika dikirakan jumlah yang beragama Islamnya sahaja, jumlah mereka adalah lebih ramai daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia pada hari ini.


Sudah menjadi amalan tradisi Abuya, gemar menziarahi para ulama walau dimana sahaja. Di Beijing, beliau dan rombongan bertemu dengan Timbalan Imam Masjid Dongxi, imam Hilaluddin. Bertemu seorang saudara Muslim dari Xinjiang di Lapangan Terbang Beijing. Kedai makan bergerak menjual makanan Islam di Medan Tiananmen. Di Beijing, ibu kota negara China komunis, ada 64 buah masjid. Yang tertua Masjid Niujie yang dibina pada tahun 996 masihi. Adalah masjid tertua di China ialah Masjidun Najahi, yang berusia 1300 tahun. 


Di negara komunis undang-undang dibuat berdasarkan fikiran manusia. Manusia ini ada yang jahat, ada yang baik. Yang jahat perlu ditertibkan. Di negara China, ada undang-undang khalwat seperti undang-undang khalwat pejabat agama negeri di Malaysia. Tetapi hukumannya lebih berat. Oleh sebab itu orang takut hendak berkhalwat sehingga jarang muda mudi berbimbing tangan berpeluk-pelukan  di kota Beijing. Di negara kita ada juga wanita-wanita bertudung dengan lelaki yang sering ke masjid selalu berbimbing tangan di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur,Ipoh dan Pulau Pinang.Pada hal mereka belum nikah. 


Kita tidak menganggap undang-undang komunis itu lebih baik. Tetapi ada undang-undangnya yang lebih ketat daripada undang-undang jabatan agama di negeri-negeri di Malaysia. Sepatutnya jabatan agama perlu menghukum lebih berat lagi terhadap pelaku khalwat yang boleh meruntuh agama dan zuriat. Jumlah umat Islam di China tidak dapat dipastikan. Ada kaul mengatakan 60 juta, kaul yang lain, yang bersumberkan dari kerajaan mengatakan 20 juta. 


Mao Tze Tung sama dengan Genghiz Khan menghapuskan semua agama di negeri China seperti yang di lakukan oleh Gengzis Khan ketika menawan Baghdad. Apa yang terjadi selepas itu orang-orang Tartar selepas Gengzis Khan telah masuk agama Islam 100 tahun kemudian. Mungkin ini akan terjadi kepada orang-orang komunis selepas Mao dan Deng Xiou Peng. Di antara semua agama yang telah dihapus di China hanya Islam yang masih kukuh dan dapat hidup dengan subur semula. Profesor Wu Zong Yu di institut Bahasa Melayu di Universiti Beijing mengakui akhlak dan kejujuran umat Islam lebih tinggi daripada akhlak seluruh rakyat China yang lain. 


Kini agama tiada disebut dalam pentadbiran di China, tetapi siapa hendak beragama tidak dilarang. Ertinya sudah sikap terbuka pemimpin China komunis terhadap agama. Tokong-tokong sudah dihapus dalam revolusi kebudayaan 1948. Walau pun sudah terbuka peluang untuk beragama, nampaknya tokong-tokong tidak tumbuh-tumbuh lagi. Yang jelas masjid subur kembali. Sekolah-sekolah agama dibuka. Kelas-kelas pengajian agama dihadiri ramai siswa. Kumpulan-kumpulan sufi berjiwa semula. 


Sebuah pasar Islam wujud di Beijing. Ajaran Ghautama Buddha dari India dan Karl Marx (komunis) dari Peranchis telah diterima oleh penduduk benua China sebagai anutan mereka. Besar kemungkinan satu masa nanti mereka akan mengambil Islam pula sebagai anutan. Tapi kalau Cina-Cina ini berada di negeri China, maka mereka akan dihukum kerana membina tokong. Di Malaysia agama agama Cina dilindungi. Tetapi benua China agama-agama Cina habis disapu bersih oleh Mao Tze Tung.


Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Rom, atau Farsi yang waktu itu menjadi Empire. Jawabannya adalah karena mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua. 


Sejarah pasti berulang Malaysia berada di Timur. Kita beruntung kerana dengan kasih sayang Allah, diberitahu apa-apa yang bakal terjadi. Bolehlah kita bersiap sedia. Seperti juga peristiwa selepas mati,di alam Barzakh,di Padang Mahsyar, di Syurga, Neraka dan lain-lain lagi semuanya Allah sudah ceritakan. Supaya kita tidak menyesal nanti. Beruntunglah orang yang direzekikan dengan iman kepada yang ghaib ini. Rugi besarlah orang yang mengingkarinya. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman