Kebangkitan Islam kali kedua sedang berlaku depan mata kita. Besarnya kebangkitan ini mengulangi kebangkitan pertama. Kegemilangannya pasti berlaku kerana ia adalah janji Allah. Ini membuktikan hanya Islam mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak akan runtuh. Ia runtuh sama ada tekanan daripada luar atau dari dalam tubuh badan ideologi itu sendiri. Kepincangan ideologi-ideologi tersebut akan terserlah melalui dua cara. Pertama, oleh bencana alam atau pun musibah kecuaian manusia. Kedua, kerana krisis yang timbul hasil tak sempurnanya ideologi itu sendiri.
Tidak ada kekuatan lahiriah yang dapat menahan bencana alam berlaku. Israel sekutu kuat Amerika Syarikat, di landa kebakaran yang sangat mengejutkan pun tak boleh di selamatkan. Sama sedar atau tidak, itu satu tamparan daripada Allah kepada kekejaman, kezaliman dan kesombongan Israel. Kalau selama ini kita membaca di dalam Al Quran bagaimana Allah musnahkan umat manusia yang kejam dan zalim. Seperti kisah kaum Ad, kaum Nabi Luth yang Tuhan kekalkan kesannya di Laut Mati (بØر الميت) di sempadan Jordan dan Israel.
Pada tahun 1986 Abuya Imam Ashaari At Tamimi, mendidik kita melalui XPDC yang tak pernah jemu-jemu. Bawa peserta bergilir-gilir ke Jordan menziarahi makam-makam Para Sahabat Nabi SAW. Peserta juga di taklimatkan tentang pengajaran kejadian kaum Nabi Luth di kenali dengan kesan Laut Mati. (بØر الميت). Berikutnya Abuya minta teruskan usaha XPDC mendidik masyarakat sebagaimana yang kita lalui.
Sekarang di Malaysia telah menjadi trend kepada syarikat-syarikat pelancungan menawarkan apa-apa yang pernah di anjurkan oleh Abuya pada masa lalu. XPDC yang pernah Abuya cetuskan telah menjadi nilai kormesel oleh syarikat kormesel.
Keruntuhan ideologi ciptaan manusia terpapar jelas di hadapan mata kita. Semuanya menunjukkan kegagalan ideologi ciptaan manusia. Ideologi akal manusia sudah tidak mampu untuk terus mara membina tamadun. Tamadun yang bersandarkan otak manusia yang kabur dan mengecewakan dan seolah-olah sengaja di atur oleh Allah untuk suatu kuasa lain muncul. Bertepatan dengan firman Allah:
Maksudnya: "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."
(Ali Imraan 3:140).
Soalnya sekarang, siapakah kuasa itu? Tanpa berdolak dalik lagi kita tegaskan, inilah zaman kegemilangan Islam. Telah berlaku satu kejutan bilamana arus kebangkitan Islam melanda seluruh dunia. Umat Islam telah kembali menegakkan hukum hakam Allah, tidak kira di mana mereka berada. Sekali pun di negara-negara yang umat Islamnya adalah minoriti. Umat Islam telah bangun di China, di bekas Jajahan Rusia, Thailand, Filipina mereka telah mula menunjukkan sikap terbuka kepada umat Islam. Apakah kita tidak yakin lagi dengan kuasa Tuhan melakukan pembelaan pada agama-Nya. Kesatuan Eropah Allah pecahkan hingga British sendiri yang keluar. Kesatuan Soviet lebih awal lagi iaitu tahun sembilan belas puluhan lagi. Terkini Israel di landa kebakaran yang amat dahsyat.
Oleh itu hanya Islam yang tinggal sebagai pilihan. Manusia lain Allah sedang proses hati mereka akan terdorong untuk memilih Islam atau binasa...Persoalannya, apakah bekalan kita untuk mengisi zaman kegemilangan ini?. Allah telah berfirman yang maksudnya: "Hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa." (Al-Baqarah 2:197).
Pejuang-pejuang Islam melancarkan 'peluru' iman dan taqwa yang di halakan kepada hati-hati manusia. Untuk melancarkan peperangan ini, umat Islam mesti korbankan
semua kekayaan dan apa saja yang ada sebagai bukti kita bela Islam. Bela Allah dan Rasulullah SAW.
Ulasan
Catat Ulasan