Sejarah itu sendiri adalah satu institusi pendidikan dan pengajaran yang sudah cukup lengkap. Sejarah sahaja sudah cukup untuk mendidik dan mengajar manusia. Tidak perlu lagi kepada prasarana atau tenaga pengajar. Itu bagi orang yang faham. Tetapi bagi orang yang tidak faham, sejarah hanyalah cerita-cerita silam semata-mata. Sejarah ada kaitan dan sejarahlah yang mencetuskan keadaan masa kini. Sejarah juga mempengaruhi dan perlu diambil kira dalam membina wawasan dan visi. Kerana dari sejarah kita dapat ilmu. Dari sejarah kita dapat contoh dan tauladan.
Bangsa yang berkuasa di ketika itu di Madinah ialah puak Aus dan Khazraj. Beratus-ratus tahun mereka berperang. Tetapi dengan kedatangan Rasulullah, mereka boleh berdamai dan boleh berkaseh sayang. Selama ini, sebegitu banyak pemimpin yang datang dan pergi, tidak ada yang mampu mendamaikan mereka. Orang mula bertanya, apakah yang Muhammad buat hingga boleh jadi begini?
Dan yang paling mengejutkan ialah tentang orang Yahudi. Nabi SAW sendiri mulanya tidak menyedari hal ini tetapi perkara ini dalam perancangan Tuhan. Ketika itu Yahudi telah berkuasa di Madinah selama 300 tahun. Selama 300 tahun orang Arab ikut telunjuk mereka. Kaum Yahudi ini cerdik, pandai, ada ilmu dan mereka menguasai ekonomi. Mereka menghasut orang-orang Madinah supaya mereka asyik berperang. Dengan permusuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan orang Arab Madinah itu, Yahudi untung. Mereka tidak diganggu. Mereka bebas membuat apa sahaja dan mereka mudah memperkotak-katikkan dan menindas bangsa Arab.
Kaum Yahudi menjadi kapitalis di Madinah. Mereka beli bahan mentah orang Arab dengan harga yang amat murah dan jual dengan harga yang mahal. Pengeluar bahan mentah rugi dan pembeli pun rugi. Kos hidup menjadi mahal dan tinggi. Yahudi menjadi kaya raya diatas penindasan terhadap kaum Arab. Madinah ketika itu menjadi pusat ekonomi kapitalis Yahudi.
Rupa-rupanya dengan hijrah itu, Tuhan mahu meninggikan wibawa Rasulullah SAW. Ini terbukti dalam sejarah. Rasulullah itu penyelamat bagi manusia. Namun sekiranya orang tidak dapat melihat wibawa yang ada pada Rasulullah, orang tidak akan dapat menerimanya. Mula dari detik-detik berlakunya hijrah, wibawa Rasulullah meningkat dan bertambah meningkat hingga Baginda dapat tawan semula Mekah. Perkara yang menampakkan wibawa Rasulullah ialah kemampuannya mendidik para sahabat hingga menjadi orang-orang yang cinta Tuhan, cinta Akhirat dan mabuk Tuhan, mabuk akhirat mabukkan Rasulullah.
Begitu juga yang berlaku kepada sejarah kebangkitan Islam kali kedua ini. Abuya sebagai pemimpin dan pendakwah datang ke tengah masyarakat mencelikkan mata umat Islam di kalangan orang Melayu khususnya. Ketika tahun enam puluhan hinggalah bawa ke tahun tujuh puluhan kesedaran umat Islam masih rendah. Untuk mendapatkan produk halal sangat susah ketika itu. Abuya datang ke dalam masyarakat di samping memberikan kesedaran melalui dakwahnya dan juga Abuya mengusahakan produk halal yang menjadi keperluan fardhu kifayah. Abuya di kenali dengan dakwahnya dan produk halal seperti mee kuning, kicap, cili sos dan lain-lain lagi.
Hati manusia sangat di tempa dengan makanan. Kalau kita ada usaha untuk mensucikan hati sangat ada hubungkait dengan makanan. Kalau makanan di tempa oleh makanan haram hati manusia menjadi karat. Di dalam Islam ada zahir dan ada batin saling berkait. Dalam Islam makanan yang halal, sama tuntutan perintah dengan perkara-perkara lain juga, menjaga keselamatan, jiwa, menjaga keselamatan fizikal dan menjaga keselamatan akal. Makanan yang haram ada pengaruhnya kepada akal dan hati manusia.
Maksud Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."
(Al Baqarah 2:172).
Satu istilah sekarang sangat tertonjol terutamanya yang melibatkan selebreti iaitu hijrah. Individu tersebut telah berhijrah, kelompok itu telah berhijrah. Istilah hijrah telah banyak digunakan di negara-negara umat Islam di Timur seperti Malaysia, Brunai, Indonesia. Ertinya wibawa kebangkitan Islam ini ialah kesan pendekatan dan kesedaran umat Islam hingga menjadi orang-orang yang cinta Tuhan, cinta Akhirat, cinta Rasulullah dan orang-orang yang rapat dengan Tuhan, mabuk dengan Rasulullah dan mabuk dengan kehidupan Akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan