Langkau ke kandungan utama

KUASA BESAR BERALIH DARI BARAT KE TIMUR.





Hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli politik, pemerhati, dan cerdik pandai secara khusus, serta secara umum rakyat ASEAN dan juga CIA sedang menumpukan perhatian kepada perkembangan dan kemeriahan Islam yang sedang berlaku rancak di Timur khususnya Malaysia. Semua golongan bercakap tentang Islam termasuk selebriti dan terserlah membuat perubahan kepada Islam. Penutupan hijab melanda golongan artis dan selebriti. Kerajaan kena faham perubahan dan perkembangan yang berlaku di tengah masyarakat. Pembaca dan pengacara TV juga sudah tidak asing dengan pemakaian hijab muslimah.


Lebih dari itu rakyat tidak sabar menunggu apa yang akan menimpa kepada politik Malaysia yang berlandaskan demokrasi. Bagi orang yang tajam akalnya dan sangat peka dengan isu-isu semasa serta mengambil pengajaran apa yang berlaku. Operasi dakwah yang dilakukan Abuya, di China, Manila, negara-negara bekas jajajahan Rusia seperti Uzbek dan sebagainya begitu meriah. Program memperbaharui syahadah mendapat sambutan.


Negara China juga salah sebuah negara yang berada di Timur. Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW, Saad bin Abi Waqqas diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada Maharaja Gaozong 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Khalifah ketiga Uthman bin Affan pada 651 masihi,lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW rombongan itu diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas,bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi. Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.



Menurut laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho (muslim) pada 1409 melaporkan bahawa pada ketika itu Parameswara masih berkuasa, raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. 1409: Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah. Baginda Sultan diiringi pembesar Melaka dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang serta ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo. 1414.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman