ABUYA PRESIDEN KEHORMAT YAYASAN CHENG HO
Surat dari Yayasan Penyelidikan Cheng Ho, mengundang Abuya Imam Ashaari At Tamimi ke majlis penyerahan watikah perlantikan beliau sebagai Pengerusi-Presiden Kehormat (seumur hidup) Yayasan berkenaan di Kunming, Yunnan pada 14 Oktober 1993. Cheng Ho adalah seorang kasim Muslim yang menjadi orang kepercayaan Kaisar Yongle dari Tiongkok (berkuasa tahun 1403-1424), kaisar ketiga dari Dinasti Ming. Nama aslinya adalah Ma He, juga dikenal dengan sebutan Ma Sanbao (馬 三保)/Sam Po Bo berasal dari provinsi Yunnan. Ketika pasukan Ming menaklukkan Yunnan, Cheng Ho ditangkap dan kemudian dijadikan orang kasim. Ia adalah seorang bersuku Hui, suku bangsa yang secara fisik mirip dengan suku Han, namun beragama Islam. Cheng Ho berlayar ke Malaka pada abad ke-15.
Pada tahun 1424, kaisar Yongle wafat. Penggantinya, Kaisar Hongxi (berkuasa tahun 1424-1425, memutuskan untuk mengurangi pengaruh kasim di lingkungan kerajaan. Cheng Ho melakukan satu ekspedisi lagi pada masa kekuasaan Kaisar Xuande (berkuasa 1426-1435).
Menurut Prof Wu: "kalau dibandingkan dengan Hongkong orang China lebih jujur. Tapi kalau kita jumpa orang Ningxia (Islam) mereka lagi jujur. Kawasan berhampiran pantai atau sekitar Hongkong sudah tercemar kerana banyak menerima pengaruh Barat". Runtuhnya sesebuah sistem dikira bermula dengan tercetusnya satu sistem penggantinya, yang mungkin memakan masa bertahun-tahun atau berpuluh tahun untuk mencapai kesempurnaan. Dalam masa yang sama, sistem yang ditentang itu diboikot secara halus. Dan bila tiba masanya sistem pengganti itu telah cukup ampuh dan mantap, ia menjadi senjata untuk merempuh sistem yang telah sekian lama diboikot.
Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi, pernah membuka pendidikan Islam. Era kemuncaknya pendidikan anak-anak dan dewasa lelaki dan perempuan menjangkau sepuluh ribu orang. Abuya mulakan pendidikan di kampung Sungai Penchala Damansara Kuala Lumpur. 13Mei 2010, Jam 2.10 pm Ustaz Ashaari Muhammad, 73 tahun, pengasas gerakan Al-Arqam (1968 – 1994) meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre kerana jangkitan paru-paru. Innalillahi wainna ilaihi raji’uun (Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali). Beliau dikebumikan di tempat asalnya, Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.
Menghargai sumbangan besar beliau kepada Dakwah Islam di Malaysia khususnya pada tahun-tahun 1970an, kita doakan dan hadiahkan fatehah. Walaupun Kg. Pilin terletak jauh di pendalaman Rembau, namun ratusan manusia yang datang ketika jenazah dikebumikan jam 10.00 malam tersebut menunjukkan jasa Al-Marhum tetap dikenang ramai manusia walau di akhir perjuangannya, Al-Marhum dan jemaahnya melalui fasa getir dan sukar terutama selepas pengharaman Al-Arqam tahun 1994 oleh Kementerian Dalam Negeri di era zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Muhamad.
Di antara perkara yang ketara zaman pemerintahan Dato Seri Najib Tun Abdur Razak menjadi Perdana Menteri dan timbalannya Dato Seri Zahid Hamidi memberi laluan kepada dakwah. Kerajaan di bawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Abdur Razak memberi laluan kepada kebangkitan dakwah Islam di Malaysia. Sekolah-sekolah tahfiz bagaikan cendawan tumbuh. Sekolah-sekolah agama Islam samada tajaan kerajaan atau pun swasta bagaikan cendawan tumbuh sekarang. Bagi bangsa yang ada cita-cita membaiki diri, perkara yang di utamakan adalah pendidikan agama. Melalui ilmu agama dapat membantu masyarakat yang hendak membaiki diri. PENDIDIKAN ITU RAPAT DENGAN ROHANIAH MANUSIA.
Setiap manusia yang hendak berjaya dia sungguh-sungguh lakukan muhasabah. Lebih-lebih lagi untuk berjaya mengenali roh manusia. Ia terlalu halus dan seni. Dia tak bertangguh untuk baiki diri kerana dia merasakan akan mati sebentar lagi. Tidak putus asa dalam mendidik roh atau hati manusia terutama diri sendiri. Dia terus menerus bersemangat untuk melonjakkan pencapaian rohani dan tidak pernah jemu. Rajin mencari panduan melalui guru mursyid untuk meningkatkan roh. Dari masa kesemasa terus menerus mendapatkan ilmu untuk persiapan kehidupan yang lebih kekal di Akhirat sana.
Sifat manusia atau insan itu tidak statik. Dia boleh berubah-rubah kerana kedua-dua sifat haiwan dan malaikat itu ada pada manusia. Kalau insannya dibiarkan dan tidak dididik dan dijaga, maka dia akan jadi seperti haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan. Haiwan buat jahat hanya setakat dan sekadar mengikut nafsunya sahaja tetapi manusia buat jahat, di samping mengikut nafsunya, dibantu pula oleh akalnya. Maka jahat manusia sangat-sangatlah jahat. Sebaliknya pula, manusia itu, kalau insannya dapat dididik, dijaga, dibina dan dibangunkan, maka dia akan jadi seperti malaikat bahkan lebih baik dari malaikat.
Ulasan
Catat Ulasan