Langkau ke kandungan utama

KEMUNCULAN DUNIA BARU ISLAM YANG INDAH.




Dunia sudah sekian lama berada di bawah cengkaman nafsu manusia yang ganas. Dunia sudah lama tidak di meriahkan dengan membesarkan Tuhan. Sudah lama pembangunan rohani tidak mendapat laluan di muka bumi. Akhirnya manusia yang hidup di atas muka bumi pada hari ini terasa berada di dalam neraka sebelum neraka yang hakiki di Akhirat sana. Sebab itu manusia sudah hilang ketenangan di dalam kehidupannya. Maka natijahnya kita lihat manusia hilang kasih sayang. Kemuncaknya peperangan meletus di mana-mana. Kerosakan dan kemusnahan oleh manusia di mana-mana. Ibarat tangan yang membangunkan kemajuan dan dengan tangan yang sama memusnahkan kemajuan yang di kecapi oleh manusia.

Maksud firman Tuhan: 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Ar-Ruum 30:41).


Dunia baru Islam di akhir zaman ianya dimulakan dengan pembangunan insan, tamadun roh atau pembangunan hati.
Bererti pembangunan dunia baru Islam ianya di mulakan dengan tamadun rohani yang akan mencetuskan pula tamadun lahiriah atau meterial atau fizikal. Tanpa tamadun rohani, tamadun lahiriah tidak ada erti apa-apa bahkan akan merosakkan, merugikan dan memusnahkan manusia.


Memang setiap bangsa dan negara dari masa kesemasa sentiasa mencari-cari sistem dan peraturan untuk kebaikan rakyat mereka pada setiap zaman. Bahkan dunia sedang mencari-cari ajaran dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan kerana demokrasi, komunisma dan sosialisma
nyata sudah nampak kelemahannya. Ianya punca krisis, perpecahan, ketidakadilan, kerosakan moral dan akhlak dan peperangan. Seluruh masyarakat dunia sedang mencari dan memperhatikan model dunia baru Islam. Dunia baru Islam sedang memperkenalkan model ISLAM IS THE WAY OF LIVE
(الإسلام دين الحياة).


Dunia baru Islam adalah model yang boleh menjadi alternatif kepada keruntuhan sistem demokrasi, komunisma dan sosialisma. Malahan ISLAM IS THE WAY OF LIVE adalah sistem yang terbaik untuk dunia khususnya Malaysia. Kerana Islam ia bukan sahaja bercorak agama. Ia adalah juga cara dan peraturan hidup (way of live) dan cara bernegara atau tata negara yang sesuai bagi semua kaum dan bangsa walaupun tidak Islam. Bagi yang bukan Islam, tidak perlu ambil agamanya tetapi boleh ambil tata negara dan peraturan hidupnya sepertimana kita juga mengambil demokrasi. Inilah bezanya Islam dengan agama-agama lain. 


Model dunia baru Islam memperkenalkan Islam bukan hanya penyembahan atau peribadatan. Islam ada undang-undang, peraturan dan sistem hidup. Ia mengatur kehidupan manusia. Ini tidak ada dalam agama-agama yang lain. Bagi agama lain, kalau mereka mahu bertamadun, mereka terpaksa gunakan akal kerana soal tersebut tidak digariskan oleh agama mereka. Maka hasilnya rosak dan merosakkan. Sebaliknya kalau umat Islam mahu bertamadun, mereka mesti taat pada agama.


Mari kita melihat model dunia baru Islam yang diperkenalkan di Timur ini. Untuk kita menilai model dunia baru Islam, terlebih dahulu kita kena memahami pengertian Islam itu.
Apa erti Islam? Islam ertinya keselamatan atau lebih tepat lagi selamat dan menyelamatkan. Keselamatan termasuklah keadilan, sama ada disegi undang-undang, keadilan mendapat pekerjaan, keadilan pengagihan kekayaan mengikut kemampuan dan kebolehan. Keselamatan termasuk berkasih sayang, bersatu padu, rasa bersama dan berkerjasama yang semua orang perlukan. Keselamatan termasuk tolong-menolong, bela membela dan bertolak ansur. Masing-masing mengikut undang-undang dan peraturan supaya tidak ada perlanggaran. Itulah keselamatan menurut pengertian Islam. Islam itu selamat dan menyelamatkan. Bukan orang Islam sahaja yang selamat tetapi orang lain pun ikut selamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

IMAM MAHDI DAN KHURASAN.

WILAYAH KHURASAN ADA KAITAN DENGAN IMAM MAHDI. (Tashkent Ibu negara Uzbekistan) Bukhari berasal dari sebuah wilayah kecil di Asia Tengah yang kini adalah Republik Uzbekistan. Negara Uzbekistan berada dalam wilayah Khurasan. Imam Bukhari berasal dari negeri Bukhara. Beliau terkenal sebagai tokoh ulama pengumpul hadis. Nama kitab yang terkenal susunan beliau ialah kitab Sahih Bukhari. Sahih al-Bukhari (Bahasa Arab: صحيح البخاري), adalah salah satu daripada Kutub al-Sittah (enam koleksi hadith utama) Sunni Islam. Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab (buku) koleksi Hadis yang disusun oleh Imam al-Bukhari  (nama lengkap: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Ja'fai) yang hidup antara 194 hingga 256 Hijrah. Koleksi hadis yang terkandung dan tersusun dalam sahih ini dianggap oleh hampir keseluruhan penganut Muslim Ahli Sunah wal-Jamaah sebagai salah satu daripada himpunan hadis yang terbaik ke...