RASULULLAH MELAKSANAKAN POLITIK MATANG.
Politik Islam sama ada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’ie atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan politik Islam, kita tidak perlu lagi merujuk walau seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Politik itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh politik Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasai dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi sebenarnya sudah lama menyimpan keyakinan perihal adanya definisi dan kaedah politik Islam yang tersendiri dan amat berbeza dengan politik sekular itu. Bahkan Abuya telah pun melahirkan keyakinan itu dalam buku yang dinamakan “Politik Islam Membawa Kasih Sayang” ini. Yakni sesudah Abuya sendiri cuba membuktikan keyakinan itu dalam sikap dan realiti hidup dan perjuangannya dari tahun 1968 hingga pengharaman jemaahnya pada tahun 1994. Abuya berjaya bangunkan model perjuangan Islam secara menyeluruh. (kãffah). Kita yakin bahawa ajaran Islam itu lengkap. Agama Islam adalah agama yang menyeluruh.
40 tahun adalah Usia yang matang bagi seseorang dalam berfikir dan bertindak oleh karena itu mudahlah difahami jika batas nasib seseorang ditentukan ketika mencapai umur 40 tahun. Jika sampai pada umur tersebut orang tersebut masih saja berbuat dosa dan maksiat maka orang tersebut telah menempah dan memiliki Tiket ke Neraka. Secara sedar ia sudah berfikir, mengerti dan faham bahwa perbuatan dosa dan maksiat yang ia lakukan adalah salah akan tetapi tetap saja maksiat masih dilakukan. Sebagai orang Islam akan mudah memahami hal ini karena , Allah sebagai pencipta manusia memberi perhatian khusus pada umur 40 tahun.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(Al-Ahqaaf 46:15).
Dan seperti dikatakan oleh ulama yang sangat masyhur yaitu Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ayyuhal Walad : “Barangsiapa yang telah melampui usia 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak dapat mengalahkan kejahatannya, maka hendaklah dia mempersiapkan dirinya untuk masuk kedalam Neraka”
Maksud firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya;
secara keseluruhannya. (Al-Baqarah 2:208).
Pengertian harfiah dari istilah kãffah adalah keseluruhan atau (totality). Dengan demikian, menjadi mu’min yang kãffah berarti menjadi mu’min yang total. Dalam ayat di atas ada dua kata yang menarik. Yang pertama adalah kata perintah "masuklah kamu" ( أدخلوا ). Udkhulû dan yang kedua adalah istilah as-silm(u), yang merupakan sinonim dari as-salãm(u) dan al-islmãm(u), agama Islam. Perintah “masuk” yang dikaitkan dengan “agama Islam”
Dunia pula terus dengan pergolakannya yang tidak pernah henti-henti. Semakin hari semakin membimbangkan sekali. Kehidupan suami isteri sudah hilang kemanisannya. Anak-anak pula sudah tidak kasih kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sudah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak mereka. Masyarakat di tempat kerja suasana kerjasama dan bertolong bantu sudah hilang. Penyakit sosial dikalangan masyarakat bertambah kronik dan mengerikan. Peperangan, pergaduhan sudah menjadi kebiasaan. Contohnya perang Telok diantara Iraq dengan Iran. Sekarang sedang berlaku peperangan di Yaman dengan tentera yang di ketuai oleh kerajaan Arab Saudi. Di Syria juga sedang berlaku peperangan dengan tentera yang di ketuai oleh Arab Saudi.
Mungkinkah ia akan berterusan hinggalah ke satu hari di mana dunia dimusnah sama sekali bersama-sama penghuninya yang sangat ingkar kepada Tuhan. Di waktu itu, memang dunia pun sudah punah ranah dan rosak dek perbuatan manusia sendiri. Ia pun sudah tidak mahu wujud lagi. Tetapi ada khabar gembira dari lidah Nabi SAW bahawa sebelum itu dunia sempat dimeriahkan oleh orang yang benar-benar mengagungkan Tuhan. Walaupun seketika, suasana keamanan dan ketenangan dapat dirasakan. Ia berlaku kerana berkat adanya orang-orang yang sangat cinta dan taat kepada Tuhan. Mereka mengambil berat setiap kehendak Tuhan dan menjauhi setiap larangannya. Kini dua kelompok manusia semakin terserlah pembahagiannya. Moga-moga kita tergolong dalam kelompok manusia yang benar-benar hendak mengagungkan Tuhan dengan menyelusuri jalan kebenaran.
Ulasan
Catat Ulasan