Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

JEJAK IBNU BATUTAH.

BERKUNJUNG KE KAMPUNG IBNU BATUTAH DI TANGIER MOROCCO. Hati, jiwa atau roh yang hidup sangat luar biasa hubungan dengan Tuhan dan perihatin sesama manusia. Hubungan dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia yang berlaku dengan hati akan melahirkan sesuatu yang indah. Perhubungan yang terbina melalui hati akan berlaku hubungan yang sangat hebat baik hubungan dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. Membina sesuatu dengan hati adalah sejati. Hati yang terang-benderang seperti itu dimiliki oleh para ‘ariffin, muqarrobin dan solehin. Hati mereka dapat melihat dan betul-betul mengenal sifat-sifat keagungan Allah. Karena itu mereka benar-benar dapat menghambakan diri kepada Allah SWT dan memberikan khidmat sesama manusia. Sebaliknya ada juga manusia yang hatinya gelap (buta) tidak dapat melihat dan mengenal Allah. Hal itu juga difirmankan oleh Allah SWT : Terjemahannya : Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama seperti orang yang buta (

MATI ADALAH PASTI.

SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MATI. Firman Allah SWT: Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:(Ar-Rahmaan 55:26-27). قُلْ إِنَّ ٱلْمَوْتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُۥ مُلَٰقِيكُمْ “Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu.”
(Al Jumu’ah 62: 8). “Setiap yang bernyawa akan menemui kematian.”
(Al Anbiya: 35). Demikianlah ketiga-tiga ayat di atas yang memberi pengertian kepada kita bahawa dunia ini dan juga kita akan mengalami kiamat. Sebelum dunia ini mengalami “kiamat kubra” (kiamat besar) maka secara beransur-ansur dunia ini dikiamatkan secara kecil-kecilan, umpamanya pohon yang tumbang kerana badai, bangunan yang runtuh kerana gempa bumi atau makhluk-makhluk Allah SWT yang binasa dan musnah kerana bencana alam.Begitu juga manusia setiap hari ada yang menemui kematiannya. Adakalanya kematiannya disebabkan oleh sakit, dilanggar kereta, bunuh diri, mati disebabkan oleh peperang

MENJEJAK ULAMA SEJATI.

BERSAMA ULAMA TERKENAL DI PERINGKAT DUNIA  "Jauh perjalanan luas pandangan." Itu antara kata pepatah Melayu. Apabila kita mengimbau pengalaman Abuya menjelajah keseluruh pelusuk dunia, terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang kita perolihi. Hujung tahun tujuh puluhan Abuya mengerjakan haji. Siapa pun mengerjakan haji berpeluang menziarahi tempat-tempat penting dalam sejarah. Di Haramain kita akan bertemu dengan manusia yang datang dari pelbagai benua dari pelusuk dunia. Juga mengingatkan kita kawan Abuya seorang tokoh yang dikenali diperingkat dunia. Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili adalah salah seorang ulama Islam yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Mekkah al-Mukaramah. Dan diakui oleh seluruh para ulama dan pemuka agama di muka bumi.Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, peng

XPDC KE BARCELONA.

BARCELONA DI ERA KERAJAAN ISLAM. Islam dikenal di Barcelona sejak abad ke-8. Pada tahun 985 pasukan muslim di bawah pimpinan al-Mansur bin Abi Aamir dapat mengusainya. Hubungan Barcelona dengan dunia Islam terjadi lebih dari satu milenium, jalan raya di tengah kota yang jadi favorit para pelancung. Bangunan tua dengan gaya Romanesque itu adalah gereja tertua di Barcelona. Abuya yang menulis buku pada tahun 1993 bertajuk BARAT DI AMBANG MAUT, memberikan satu panduan dan jalan keluar untuk umat Islam dari perspektif Abuya (Islam), untuk mengubat fikiran dan hati orang-orang Barat demi kebahagiaan mereka khususnya dan keselamatan dunia sejagat amnya. Selain beralih kepada Islam, mereka tidak lagi layak untuk mentadbir dunia.  Kini dunia gempar dengan pendirian Britain keluar dari kesatuan Eropah, Britain yang juga sebagai Pusat Dagangan Ekonomi Eropah kini dalam kegawatan. Yahudi sedar bahawa mereka sudah tidak mampu untuk bertahan. Malah daripada kekecohan ini, sebagai satu persiapan mer

NEGARA CHINA MALAYSIA AKRAB.

CHINA MEMERIAHKAN KEBANGKITAN ISLAM. ( umat Islam di Tanah Besar China ). BEIJING: Malaysia menyuarakan keprihatinan terhadap penderitaan pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh kepada China agar turut sama menyalurkan bantuan kemanusiaan.Perkara itu diketengahkan ketika pertemuan empat mata di antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jian Zhu, semalam. Ahmad Zahid berkata, kedudukan China yang turut bersempadan dengan Myanmar diminta memainkan peranan lebih konstruktif dalam menangani isu kemanusiaan Rohingya yang semakin meruncing"Sehubungan itu, beliau (Meng) memaklumkan kerajaan China akan memberi sumbangan AS$10 juta kepada kerajaan Bangladesh untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang ditempatkan di kem sementara di Bangladesh," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke China, hari ini. Ahmad Zahid berkata, beliau membangkitk

JALAN ROHANI.

BAGAIMANAKAH TUHAN MINTA MANUSIA BERPERASAAN? Huraian Al Fatehah: Jadi bila kita katakan jalan rohani dan maknawi maka ia tidak boleh dilihat oleh mata.Jalan itulah jalan Rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. Oleh kerana Rasul sudah tidak ada di depan kita, nabi juga sudah tiada, orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan orang-orang itulah yang hendak kita tempuh. Berapa sulitnya. Itulah jalan yang Tuhan sebut dalam surah Al fatehah. ( Ihdinassiratol mustaqim...اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ  ﴿٦﴾ ). Sudahlah jalannya tidak boleh dilihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yang hendak diikut pun tidak ada, bagaimana hendak buat?  Kita perlu tahu ilmunya dahulu. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulah ada comtoh. Peringkat awal perlu ada ilmu tentang apakah jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jalan Tuhan itu ada 3 yakni yang bersifat maknawi, rohani dan zohiri. Ini adalah satu pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras.

PERJUANGAN KEBENARAN.

Negara-negara di dunia pada umumnya memiliki empat musim yaitu musim semi, musim dingin, musim gugur, dan musim panas. Diantara keempat musim tersebut musim semi adalah musim yang paling menyenangkan, bagaimana tidak? Karena musim semi merupakan pergantian dari musim dingin ke musim panas dimana cuacanya tidak terlalu dingin dan tidak terlalu panas, dan di isi oleh angin berhembus kencang. Banyak Negara – Musim semi merupakan musim terindah di Spanyol hari – hari yang hangat dan cerah dengan langit yang biru dan saat malam hari yang dingin. Pada musim ini juga merupakan waktu yang tepat untuk mendaki gunung atau berjalan karena sebagian besar kondisinya masih relatif tenang dan pemandangan yang hijau nan asri.Dengan langit yang biru nan indah dan bunga – bunga bermekaran dengan angin lembut yang berhembus. Ketika musim semi di Spanyol akan membuat Anda merasa nyaman sehingga Anda tak mau pergi dari Spanyol dan juga waktu yang tepat untuk mengeksplorasi tempat – tempat unik dan indah di

TUHAN TENTUKAN KEPERLUAN MANUSIA.

KEPERLUAN MANUSIA ADA YANG LAHIR DAN BATIN. Di antara banyak-banyak keperluan manusia yang dia memang hendak minta sangat, Tuhan menetapkan mintalah "siratol mustaqim". Sedangkan yang paling penting adalah oksigen. Kenapa tidak minta oksigen?  Sebenarnya di sini kita kena sedar bahawa selepas kita berjanji hanya meminta pada Tuhan, menyembah dan meminta hanya pada Nya, Tuhan pun tidak benarkan kita meminta sendiri melainkan apa yang dia sudah tetapkan. Tuhan ajarkan bahawa dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta "siratol mustaqim" itulah. Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi. Keperluan manusia yang paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, yang mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu adalah "siratol mustaqim". Bahkan nampaknya, yang dikatakan intipati Al Quran itu, yang ia itu adalah ibu Al Quran, rupanya Al Fatehah itu hanya memperkenalkan Tuhan.Seterusnya kemudian diajar meminta kepada Tuhan yakni meminta jalan hidu

JIKA MAHU BERJAYA.

JIKA MELAYU MAHU BERJAYA. Orang melayu atas nama bangsa melayu tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan kuasa politik. Kuasa politik tidak memberi erti apa-apa jika orang melayu masih di takuk lama dalam pelbagai bidang, ekonomi dan pendidikan terutamanya. Mengapa saya berani berkata begini?  Atas nama orang melayu, mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam. Maksudnya atas nama bangsa, Tuhan tak tolong.  Tapi Tuhan nak tolong atas nama Islam. Dalam Islam, jika bangsa itu bersedia mengubah diri mereka menjadi orang yang bertaqwa, maka di situ nanti terbuka segala macam bantuan Tuhan. Maksud Firman Tuhan: Tuhan sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Ayat ini jelas memberitahu, Tuhan hanya akan bantu jika sesuatu kaum atau bangsa itu ma

PANAS API NERAKA 70 KALI GANDA.

APAKAH PUNCA KECELAKAAN AKHIRAT? Firman Allah: وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ  ﴿٣٧﴾ Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! ( Al Mursalat 77:37 ). Seseorang itu ada mempunyai sifat sedar dalam ertikata sedar ia tentang akhirat, sedar ia tentang syurga dan neraka, sedar ia tentang mati dan seksa kubur, sedar ia tentang Allah itu maha Berkuasa, maha Mendengar, maha Mengetahui, maha Melihat dan sebagainya, kemudian cerdik pula iaitu dengan makna dia dapat memelihara diri dari kecelakaan akhirat serta dapat beramal ibadah untuk bekalannya selepas mati, maka orang ini sudah memiliki kunci kebahagiaan akhirat.  Apakah pula punca kecelakaan akhirat. Adapun punca kecelakaan akhirat itu juga ada dua iaitu pertama penipuan dan kedua kelalaian. Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan di sini? Yang dimaksudkan dengan penipuan ini ialah, dia tertipu oleh dunia ini, seperti dia tertipu dengan keindahan alam semulajadinya, dia tertipu dengan rumah besarn

DUNIA IBARAT LAUTAN.

DUNIA IBARAT LAUTAN. Ada para hukamak yang mengibaratkan dunia ini sebagai satu lautan. Ramai manusia tenggelam di dalamnya dan jarang jarang yang dapat lepas sampai ke pulau yang di hadapannya. Celakalah bagi mereka yang tertipu dengan dunia ini. Jadi, punca kecelakaan yang menimpa manusia ialah penipuan dunia yang sifatnya sementara saja. Kerana sifatnnya sebagai seorang gadis cantik, maka ramailah manusia yang tertipu dengan kecantikan dunia ini.  Dan inilah yang dimaksudkan dengan penipuan sebagai salah satu dari punca kecelakaan akhirat.Kemudian, lagi satu punca kecelakaan akhirat ialah kelalaian.Kelalaian atau lalai yang dimaksudkan di sini pun terghalib dan terlalai. Akibatnya, kita lupa hendak membuat kerja kerja akhirat,kerana kita telah dimainkan oleh dunia, dibuai buai oleh dunia dan ditipu oleh dunia. Dalam kita terlalai oleh dunia hingga lupa hendak membuat kerja kerja akhirat atau kerja-kerja amal bakti. Lalai dan lupa kepada Allah,malaikat maut pun tiba untuk mencabut ny

KARAMAH IMAM MAHDI VS DAJJAL.

WASHINGTON – Sebuah panel yang diberi mandat oleh Kongres Amerika Syarikat (AS) merumuskan bahawa sindrom Perang Teluk memang wujud dan lebih 700,000 veteran perang AS menderita akibat penyakit tersebut. Laporan yang disiarkan kelmarin itu menyatakan sindrom itu adalah akibat pendedahan kepada bahan kimia toksik termasuk racun serangga dan sejenis ubat yang diberikan kepada askar-askar AS bagi melindungi mereka daripada gas saraf.“Veteran-veteran Perang Teluk pada 1990-1991 berkhidmat kepada negara dengan berjaya tetapi ramai antara mereka diserang gangguan kesihatan berpanjangan yang sukar difahami dan untuk sekian lama dinafi atau diperkecilkan,” kata laporan panel tersebut. – AFP ( Kosmo.com.my ). Theodor Herzl adalah salah seorang tokoh Yahudi yang mengasaskan fahaman Zionis moden pada kurun ke-19 dan bercita-cita membangunkan sebuah negara yang ditadbir oleh kaum Yahudi sendiri. Herzl sudah fikir kewujudan badan tertinggi yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal antarabangsa pada