Langkau ke kandungan utama

LADANG ANGGOR.

KOTA THOIF KAWASAN TINGGI DAN SEJUK.



( Ladang kurma di Madinah ).
( kenalan di Arab Saudi Dr Saad berasal dari Thaif ).
Arab Saudi terkenal dengan panoramanya yang sangat ekstrem. Sepanjang mata memandang hanya gurun tandus yang terlihat. Hamparan pasir luas juga menyelimuti beberapa kawasannya.Jalan berkelok dan menanjak saat menuju dataran tinggi di Thaif, Mekah, Arab Saudi. Penulis ketika di Arab Saudi pernah di bawa oleh penduduk tempatan yang berasal dari Thaif. Beliau bernama Dr. Saad yang pernah membawa p nulis ke kampung halamannya di Thaif.


Kelihatan seorang lelaki bersembunyi di sebuah kebun anggur dengan penuh kelelahan. Kedua-dua kakinya basah dengan darah dek kerana luka. Dari wajahnya terpancar kesedihan yang mendalam. Usahanya selama 10 hari ternyata sia-sia belaka. Dengan mata berkaca-kaca beliau berdoa:

"Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku? "




"Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali denganMu "




"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"




"Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu."
Doa rintihan hati ini dipanjatkan Rasulullah s.a.w. berikutan misi dakwahnya di daerah Thaif ditolak mentah-mentah oleh kaum Bani Tsaqif. Bukan sahaja ditolak, bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti sehinggakan Baginda terpaksa menyembunyikan dirinya disebuah kebun anggur milik Uthbah bin Rabiíah.




Peristiwa bersejarah Thaif ini berlaku pada tahun 691M pada masa yang disebut sebagai ëTahun Kesedihaní bagi Baginda Rasulullah.s.a.w. di mana pada tahun itu juga ketika Baginda berumur 50 tahun, tahun kesepuluh kenabiannya, Baginda kehilangan isteri tercinta, Siti Khadijah dan pakcik tersayang, Abu Talib. Dikatakan Rasulullah menerima tentangan hebat daripada kaum musyrik Quraisy selepas kematian pakciknya yang menjadi pelindung Baginda selama ini.


Sebelum peristiwa Thaif, berlaku peristiwa-peristiwa menyedihkan yang dialami Rasulullah s.a.w. antaranya pemulauan total kaum musyrik Quraisy terhadap Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib sehingga menyebabkan kaum Muslimin mati kelaparan. Peristiwa ini berlaku selama tiga tahun.


Menurut sirah, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengalah atau berputus asa jauh sekali membalas setiap tentangan dan cacian daripada kafir musyrikin. Baginda akan mengharungi segala tentangan dan memperjuangkan dakwahnya dengan jalan sabar dan tabah dan sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.


Ketika Rasulullah s.a.w. mula bergerak bagi menyebarkan syiar Islam secara terang-terangan di Bukit Shofa, Baginda mendapat tentangan pertama daripada pakciknya, Abu Jahal. Sejurus daripada itu, Baginda terus-menerus mendapat tentangan daripada Bani Quraisy yang tidak dapat menerima baik dakwah Rasulullah kerana tidak mahu meninggalkan agama warisan nenek moyang mereka yang telah diwarisi turun-temurun itu.


Sifat sabar dan tabah Baginda Rasulullah s.a.w. semakin hari, semakin menebal dalam memperjuangkan syiar Islam sehinggakan ada suatu masa, ketika Baginda sedang berjalan disebuah lorong di Kota Mekah, Baginda diejek dan dihina sehinggakan kepala Baginda ditaburkan dengan pasir. Walaupun begitu, Baginda tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba dirumahnya. Melihat kepada keadaan Baginda, puteri Baginda, Fatimah menangis sambil membersihkan kepala Baginda. Dengan penuh ketabahan, Rasulullah berkata kepada puterinya, ìWahai puteriku, janganlah kamu menangis kerana sesungguhnya Allah akan melindungi ayahmu ini.î


Kehidupan manusia tidak kira pada zaman mana sekalipun akan tetap bersifat kompleks dan sarat dengan pelbagai ragam. Ada yang mengajak kepada kebenaran dan ada juga yang tidak senang dengan keharmonian yang dikecapi umat Islam lantas mengajak dan melakukan kebatilan. Sudah menjadi kehendak-Nya, dunia ini tidak lari daripada kuasa positif dan negatifnya, hitam dan putihnya sama juga dengan terciptanya pengajaran daripada kisah-kisah Adam dan Iblis, Ibrahim dan Raja Namrud, Musa dan Firaun dan nabi Allah Muhammad s.a.w. dan Abu Jahal.


Allah s.w.t. berfirman, ìDan demikianlah Kami jadikan bagi tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin sebagai mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan indah untuk menipu (al-Anaam: 112)


Melihatkan kepada maksud ayat ini, jelas bahawa musuh-mush Islam akan senantiasa membisikkan kejahatan. Penerangan tentang Islam dan keindahannya perlu dilakukan dengan jalan sabar dan tabah sepertimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. selain itu, penerangan tersebut perlu dilakukan dengan kemantapan hujah yang dilakukan secara teliti dan tidak semberono dengan memahami latar belakang sasaran dan keadaannya.


Allah berfirman, maksudnya, ìSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk(Surah al-Nahl: 125).


Zaman di mana Islam disalahfahamkan dan ëdifobiakaní ini memerlukan pendekatan yang bersungguh-sungguh dan berkesan. Program-program agama yang disiarkan di media massa kini misalnya, perlu dinilai semula keberkesanannya dalam menghadapi persoalan sejauh mana ia mampu menghadapi cabaran kerencaman fikiran dan tanggapan yang pelbagai terhadap Islam. Adakah ia benar-benar berkesan dalam menangkis tanggapan-tanggapan negatif ini atau menambahkan lagi tanggapan tersebut atau lebih parah, menambahkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri.


Tanggapan dan tohmahan daripada musuh Islam ini akan terus-menerus dilontar. Hanya umat Islam sendiri yang mampu membuktikan dan menunjukkan kepada dunia bahawasanya Islam adalah suatu agama yang lengkap dan murni serta umat Islam bukan umat yang ganas dan menganjurkan keganasan. Perkara ini hanya boleh dicapai sekiranya umat Islam menunjukkan dalam amalan mereka kemurnian dan kesucian Islam ini sepertimana Rasulullah s.a.w. dan sahabat telah tunjukkan semasa zaman kegemilangan Islam dahulu dengan jalan sabar dan tabah serta tidak meninggalkan solat dan senantiasa memohon doa kepada-Nya.


Setelah segalanya ini dilaksanakan, maka kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. dalam mempertahankan kemurnian dan kesucian Islam. Sekiranya masih lagi tidak dapat diterima dan ditolak, soal hidayah tidak berada di dalam tangan kita, terpulang kepada Allah s.w.t jua sudahnya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.(al-Baqarah: 45-46).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N