Langkau ke kandungan utama

ISLAM TERSEBAR DENGAN ILMU DAN AKHLAK.




( Kolej Universiti Islam Selangor).


Dalam Islam roh dan fizikal Nabi SAW berperanan. Sejarah menceritakan pengalaman yang dilalui oleh panglima Islam Tariq bin Ziad ketika hendak menyeberangi Selat Gibralta belia berhubung dengan Nabi SAW secara rohan. Natijah dari hubungan rohani tersebut beliau menyampaikan pesanan tersebut kepada tenteranya sebelum berperang dan akhirnya memperolihi kemenangan. Pasukan Tariq menerima melalui roh baginda S.A.W., sepertimana roh baginda datang membantu para mujaddid terdahulu seperti Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Nawawi, khalifah Umar Ibnu Aziz dan ramai lagi.


Sejarah telah mencatatkan bahawa kebangkitan Islam kali pertama yang berlaku di zaman Nabi Muhammad S.A.W. bersamanya ilmu dan akhlak. Selain mendapat pertolongan Allah secara lahiriah mahupun ghaibiah, kebangkitan Islam pertama tidak boleh dipisahkan dengan ilmu yang disampaikan dari Allah kepada Rasulullah, itulah wahyu namanya. Wahyu itu yang kini tercatit sebagai Al-Quran, panduan dan rujukan buat umat Nabi Muhammad S.A.W. 


Buah kepada ilmu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, lahirlah akhlak yang mulia. Akhlak yang agung ini menjadikan peribadi seseorang itu mulia bersamanya. Kerana akhlak inilah ramai para sahabat yang masuk Islam. Islam itu indah, kerana penganutnya mempunyai akhlak yang mulia. Kebangkitan Islam kedua juga pasti mengulangi yang pertama. Bezanya dulu Nabi Muhammad membantu dengan fizikalnya, kali ini membantu dengan rohnya.


Sejarah telah mencatatkan, para mujaddid dan mujtahid, mereka ini mempunyai akhlak yang mulia. Mereka inilah yang menyalin peribadi baginda Rasul S.A.W. Akhlak yang mulia itu lahir dan menjadikan peribadi seseorang itu begitu mulia apabila syariat Tuhan berjaya ditegakkan didalam dirinya. Hasil syariat yang dipandu dengan ilmu bersumberkan wahyu dari Nabi itulah membuatkan kejayaan dalam peribadi seseorang.


Kebangkitan Islam kali kedua sedang terjadi. Setiap hari, peristiwa yang berlaku semakin membenarkan kedatangan pemimpin yang dijanjikan. Sebagai post mortem buat para pejuang kebenaran, selain diminta untuk mendapatkan rasa-rasa hamba, kita dituntut untuk menegakkan syariat Islam dalam diri kita. Mana mungkin rasa-rasa hamba dapat diperolehi jika asasnya tidak dibangunkan.


Untuk menegakkan syariat didalam diri, kita perlukan ilmu. Sumber ilmu yang boleh membina peribadi yang agung sudah tentu daripada warisan Nabi kita S.A.W. Itulah Quran, Hadis, ijmak ulama dan kias, panduan buat kita selaku Ahli Sunnah Waljamaah. Juga selaku murid kepada mursyid kita, Abuya telah tinggalkan bekalan ilmu yang yang sepatutnya boleh membimbing peribadi dan sekurang-kurangnya keluarga kita dalam menyelamatkan iman. Itulah minda Abuya yang ditinggalkan dalam bentuk sajak-sajak, kuliah dan ceramahnya, samada telah dijadikan nasyid mahupun silibus pendidikan. Telah terbukti hasil didikan Abuya melahirkan manusia yang maju lahiriahnya dan maju tamadun rohaniahnya.


Pendidikan Abuya adalah pendidikan Islam yang melahirkan masyarakat yang berkasih sayang, bertolong bantu satu sama lain. Ini kerana ilmunya dari matan Al-Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Memang itu yang sepatut dihasilkan dari pendidikan Islam. Tidak hanya merperkatakan perihal ilmunya malah ilmu itu diamalkan dalam kehidupan seharian. Masyarakat awam pun terasa nikmat bersama mereka yang dilahirkan dari pendidikan Islam yang hakiki ini.


Ilmu sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada kebangkitan Islam. Wahyu yang diturunkan kepada baginda S.A.W. itulah ilmu dan panduan kepada para sahabat ridwanullah 'alaihim. Khalifah Umar ibnu Aziz ketika pemerintahannya, beliau membetulkan soal ilmu dan berperasaan kepada Ahlul Bait. Ketika itu Ahlul Bait dihina di mimbar-mimbar masjid, di majlis-majlis besar samada rasmi atau tidak, begitulah yang terjadi di zaman itu. Maka dengan ilmu ilham dan taqwa yang luarbiasa, keluarga Rasulullah dimuliakan semula. Malah diwajibkan berselawat keatas Nabi dan keluarganya didalam khutbah bermula di era Khalifah Umar Al-Aziz.


Begitu juga di zaman-zaman mujaddid berikutnya. Ilmu Ilham yang berteraskan Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan kias ini membuahkan natijah dan hasil mulia. Sejarah kebangkitan Islam berulang dari zaman ke zaman. Maka tidak rugi kita mengkaji sejarah dan menyalinnya dalam membuat sejarah yang baru. Menolak kebaikan yang tercipta hasil dari pendidikan Islam ini tidak membawa kebaikan, malah menimbulkan perpecahan sekalipun perjuangan dibuat atas nama Islam.


Pendidikan Islam melahirkan manusia yang tinggi rasa kehambaannya. Perasaan ini digambar bukan melalui kata-katanya tetapi pada natijah perjuangan dan pada peribadi individu itu sendiri. Tidak boleh kita mengatakan kesalahan kita itu dijamin selamat kerana kita pejuang Islam. Malah Nabi sekalipun mengaku salah dan bertaubat setiap hari. Lihat bagaimana Khalifah Umar Al-Aziz yang sangat merasakan dirinya terlalu berdosa dan matinya dalam keadaan yang terlalu merasa dirinya tidak selamat. Perasaan itu bukan pada kata-katanya malah terus memberikan kesan pada fizikalnya juga.


Untuk mendapatkan peribadi yang mulia, untuk menjadi pejuang kebenaran, untuk membangunkan kebangkitan Islam kedua, semua ini perlukan ilmu yang benar dan tepat. Sumbernya mestilah dari Quran dan Hadis, ijmak ulama dan kias. Sekiranya Quran dan Hadis ditolak malah dikatakan tidak relevan dan tak bersesuaian, mana mungkin hati akan terpandu dan dipandu. Mana mungkin boleh terselamat dari tipuan nafsu dan syaitan, dari godaan dunia dan isinya. Sekalipun ilmu itu benar namun jika tidak memberikan kesan yang baik pada hati, nafsulah yang akan menguasai diri. Jadilah seperti Barsisa, yang melahirkan ribuan ahli abid, yang mampu beribadah di atas awan dan terapung di atas sungai, tetapi Barsisa sendiri pun akhirnya mati dalam kesesatan. Mati menyembah nafsu dan syaitan.


         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N