Langkau ke kandungan utama

MADRID PERNAH MEMANCARKAN ISLAM.


ROH SEJARAH MENJADI PANDUAN.


Menyusuri Tokoh yang berjiwa atau memiliki roh yang matang. Tokoh tersebut kita temuinya di bumi Andalusia. Sesungguhnya salah satu sejarah Islam yang dapat dibanggakan hingga hari ini ialah tamadun yang dicapai oleh umat Islam di Andalus.Walaupun masa telah berlalu, sejarah itu tetap dikenang sebagai pemangkin semangat untuk maju dan berharap agar pencapaian itu akan berulang. Bahkan, jika kita berpeluang menziarahi kota Andalus yang dikenali sebagai Real Madrid ini, kita akan dapati beberapa bangunan bersejarah yang masih tersergam yang dibina pada zaman kegemilangan itu. 


MADRID, merupakan ibukota Spanyol. Nama Madrid terkenal di dunia salah satunya karena klub sepakbola ternama Real Madrid yang berpusat di kota ini. Kota ini merupakan kota terbesar ketiga di Eropa setelah London dan Berlin.Orang yang memberi nama kota terbesar di Spanyol ini orang-orang Islam. Sejarah modern Madrid dibangun oleh Amir Kerajaan Islam Cordoba Muhammad I. Asal usul nama Madrid berasal dari kata Arab “Al Majrit“, yang berarti tempat air memancar, sumber air, atau sumber saluran air (bahasa Arab: المجريط “sumber air”). Disebut ‘Al Majrit‘ dikeranakan dekat istana yang dibangun Muhammad I, terdapat sungai Manzanares, yang disebut umat Islam ‘al-Majrīṭ‘. Sungai Manzanares menjadi sumber air utama. Kemudian, nama ‘al-Majrit’ini pun menjadi ejaan modern setempat sehingga menjadi Madrid.

 Kata Abuya: "Sejarah adalah guru yang terbaik"

Bahkan barat sendiri pernah mengaku bahawa: "Sekiranya Islam tidak mencipta kertas, kompas dan senjata dan sebagainya, nescaya barat akan sentiasa berada pada keadaan yang tidak membangun hingga sekarang. Semasa kami di Spanyol Abuya di ajak berdailog dengan persatuan orang-orang Islam Spanyol yang masuk Islam. Menurut maklumat perrsatuan tersebuat orang-orang Islam yang telah masuk Islam seramai 10 ribu orang. Ketika itu Abuya mengetuai rombongan ke Spanyol di jemput oleh persatuan tersebut.


Abuya kongsikan dengan kami semasa mengulas tentang penerokaan Tariq bin Ziyad, dari bumi Tanjah, Maghribi ke Andalusia, di Eropah. Bagaimana seseorang yang hebat rohnya hinggakan kata-katanya yang keluar dari hati dan jatuh kehati. Ucapan Tariq bin Ziyad yang mempunyai roh Islam yang luar biasa:

البحر من وراءكم والعدو أمامكم فاختر بينهما شئتم
“Di belakang kamu lautan, di depan kamu musuh. Pilihlah antara keduanya. Kita tidak akan pulang sebelum mencapai tujuan itu!”
Itu antara ucapan Tariq bin Ziyad kepada perajuritnya ketika mereka menakluk Andalusia (Sepanyol). Tariq bin Ziyad adalah lambang kegemilangan Islam, kerana keberaniannya, sebahagian benua Eropah disinari cahaya Islam. Namanya turut diabadikan menjadi nama sebuah bukit di Tenggara Sepanyol, iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq. Yang menguatkan lagi tentang Toriq bin Ziyad ini ialah, roh baginda Nabi S.A.W.lah yang memberi arahan kepadanya ketika membuka Islam Andalusia.


Begitu juga kita temui seorang lagi yang rohnya begitu terhubung dengan Rasul S.A.W. sehingga ditangannya-lah berlaku apa yang diucapkan oleh baginda, ketika menggali Parit Khandak:
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
“…Kostantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” Hadis riwayat Imam Ahmad


Yang dimaksudkan didalam hadis ini berlaku ditangan Sultan Muhammad Al-Fateh, bersama tenteranya yang juga digambarkan seperti dalam hadis. Sebelum itu, pernah ada usaha membenarkan hadis ini namun kerana bukanlah mereka yang dijanjikan maka tidaklah berlaku hadis ini ditangan mereka. Namun kata Abuya, mereka tetap mendapat satu pahala, iaitu membenarkan hadis. Jika berjaya, dapatlah dua pahala iaitu membenarkan hadis dan berlaku hadis itu ditangannya.


Kata Abuya lagi, walaupun ada usaha membuka Kostantinopel oleh Sayyidina Ali R.A., Abu Ayub Al-Ansari R.A., dan ramai lagi tidak berjaya, namun mereka adalah orang-orang yang membakar semangat dan menyemarakkan kemeriahan roh dalam membenarkan kata-kata Nabi S.A.W. Begitulah cara Islam sampai kepada kita, berkat dan usaha orang-orang terdahulu kata Abuya. Sebab itulah mengapa mesti belajar dengan sejarah. Padanya ada keberkatan.


Mereka yang disebut dalam sejarah ini, seperti Toriq bin Ziyad, Sultan Muhammad Al-Fateh, Abu Ayub Al-Ansari R.A., Sayyidina Ali R.A., mereka ini bukanlah sekadar manusia yang cerdik akalnya sahaja. Yang memandu jiwa dan mendorong perasaan mereka ialah terhubungnya hati-hati mereka kepada roh baginda Nabi S.A.W. Sejarah dah membuktikan, kejayaan yang berlaku hingga manusia mendapatkan Allah dan Rasul ialah bukan dengan pemimpin yang sekadar cerdik pandai. Tapi yang dicatit sejarah ialah pemimpin yang terhubung hatinya dengan Nabinya, terhubung hatinya dengan Tuhannya.


Kita rujuk sejarah lagi, melihat kebelakang untuk mengambil berkat mereka. Kata Abuya, kita tengok dan belajar pula dari mujaddid pertama, iaitu Sayyidina Umar Abdul Aziz. Berkat yang ada padanya, bukan sahaja kasih sayang terjalin sesama manusia, bahkan serigala dan kambing pun boleh jadi kawan kerana keberkatannya. Bila dia meninggal dunia,  serigala dan kambing ini kembali kepada fitrah haiwan semula.


Dari sejarah Sayyidina Umar Abdul Aziz tadi, adakah orang cerdik pandai boleh satukan serigala dan kambing?! Kita lihat dunia hari ini, betapa ramainya yang dikatakan cerdik pandai, tapi bukan sahaja serigala dan kambing terancam, bahkan manusia sesama manusia mengancam satu sama lain. Dapat kuasa pijak dan sepak terajang orang lain. Kalau boleh dia nak orang lain menderita, dia saja yang bahagia.


Jelas kata Abuya, yang menjadi pengikat hati-hati manusia adalah pemimpin yang hatinya telah diikat dengan roh Nabinya, lalu dibawa kepada Tuhannya. Ada juga orang yang manusia lain boleh serahkan hati padanya, namun bukanlah kerana Allah dan Rasul, namun kerana punya citarasa yang sama dan dapat penuhi kepentingan mereka. Ini pun tidak selamat juga, kerana tiada ikatan hati dengan Nabinya. Ikatan ini tidak ke mana.


Kata Abuya lagi, dalam kemeriahan kita dalam memilih pemimpin, kriteria utama ialah bukan yang boleh penuhi kehendak dan hasrat kita, tapi yang boleh menyelamatkan Iman kita, yang boleh menghubungkan hati kita kepada Allah. Kalau sekadar membawa kemajuan, Abuya kata Tun Mahathirlah orang yang paling membawa kemajuan di negara kita, dan ini sudah terbukti. Tapi untuk membawa hati-hati manusia kepada Tuhan, pemimpin macam ini yang belum ada lagi di kalangan masyarakat kita.


Di kemeriahan musim pilihanraya ini, sebagai bakal-bakal pemimpin, atau calon-calon pilihanraya, lagi-lagilah yang bergerak atas nama Islam, belajarlah dengan sejarah! Sejarah adalah guru terbaik. Kenapa kita selalu sombong dan tidak merujuk kepada sejarah. Mereka dalam sejarah itu telah terbukti, samada baik atau buruknya. Kita pula baru nak mencuba. Apa salahnya gabungkan keduanya, bahkan ini menguntungkan.


Kerjasama yang berlaku pada generasi lama dan baharu bukanlah satu kepincangan. Ini adalah kekuatan. Gabungan yang boleh menguatkan sesebuah persatuan, pergerakan, jemaah, atau parti, atau negara itu sendiri. Namun bila kepentingan diri sudah menguasai, orang lama dilupakan, dipijak-pijak seolah-olah tidak pernah membawa kemajuan dan kebaikan. Kita lupa, tiada orang lama, kita pun tiadalah!


Abuya sangat meraikan orang-orang lama yang berjuang bersamanya. Kerana pengorbanan merekalah, jemaah boleh sampai hingga tahap begini. Begitulah panduan yang Abuya berikan, samada untuk panduan peringkat jemaah, persatuan, parti atau negara. Kerana itulah Abuya sangat mendoakan Tun Mahathir, walaupun pernah mengharamkan jemaahnya. Kerana Tun pernah ada jasa untuk negara, Tun ada cita-cita untuk selamatkan bangsa. Cuma di masa itu, Tun tidak melihat bahawa pembangunan bersama Iman adalah penting, jadi Tun terlepas pandang. Sebab itu Abuya mendoakan agar Tun jadilah seperti Abu Sufyan, yang sempat Islam sebelum Futuh Mekah. Jelas menunjukkan Abuya sangat menghargai orang-orang yang berjasa, sekalipun atas nama bangsa dan negara, sepertilah Abuya sangat menghargai arwah Tun Ghafar Baba.


Kita belajar melalui sejarah, belajar melalui Abuya. Dari sejarah telah terbukti bahawa pembangunan tamadun Islam sangat berkait rapat dengan terhubungnya hati pemimpin dengan Tuhan dan Nabinya. Dari Abuya kita lihat sendiri bagaimana tindakan Abuya, perasaan Abuya, dan perancangan Abuya dalam mengislamkan masyarakatnya. Belajar dari sejarah itulah berkat. Kita diminta mengambil berkat, salah satunya melalui sejarah atau orang-orang yang pernah berjasa kepada kita, samada diperingkat jemaah, parti, atau negara itu sendiri.


Pesan Abuya, kalau nak berjuang atas nama Islam, jangan lupakan hal-hal sebegini. Jangan hanya diungkapkan tapi tidak berlaku pada realiti. Belajarlah dari sejarah, samada yang baik mahupun yang buruk. Yang baik diambil dan diteruskan serta dikembangkan, yang buruk dijauhkan dan dielakkan. Sudah tiba masanya Islam terus menang dan tidak kalah-kalah lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…

ASAL USUL KAMPUNG DATUK KERAMAT.

PUSAT PENGAJIAN ABUYA PRAKTIKAL.
( Pasar Datuk Keramat dikaitkan dengan pasar Siti Khadijah Kelantan ).

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat. Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini. 

ABUYA memulakan jemaah pengajiannya di kampung Datuk Keramat. Ketika itu kumpulan pengajian Abuya dikenali dengan pengajian ".RUMAH PUTIH". Dipanggil rumah putih kerana rumah tersebut berwarna putih. Di markaz tersebut diadakan perjumpaan dikalangan ahli pengajian. Program tet…