Langkau ke kandungan utama

AGAMA ADALAH RASA.

AGAMA IALAH RASA MENDORONG UNTUK AMAL


Agama itu ialah rasa. Apa yang anda rasa lalu mendorong untuk beramal, itulah agama. Ia berawal dari iman. Iman itu rasa. Iman itu di hati. Yang ada di hati ini disebut rasa dan perasaan. Iman itu yakin. Yakin itu ialah perasaan percaya yang sangat mendalam pada sesuatu.


Yakin dan percaya kepada Allah lalu beramal. Itulah dia agama. Percaya akan hari pembalasan, lalu berbuat sesuai dengan kepercayaan, itulah agama. Kalau dibuat hanya karena ikut-ikutan, itu bukan agama namanya.Jadi seluruh kehidupan kita, 
dengan perasaan yame ndorong untuk beramal.


Dengan kita menjadikannya kehidupan yang beragama, maka hendaklah membawanya dengan rasa. Rasa yang dikaitkan dengan Tuhan karena kita berjanji pada Allah, bahwa sholat kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita adalah untukNya. Untuk mengikuti siratal mustaqim. 


Yaitu Jalan nabi-nabi, rasul-rasul, syuhada’, orang-orang soleh. Ringkasnya, jalan orang-orang Allah. Menempuh jalan yang mereka rentang kita akan dapat Tuhan. Manusia perlu kepada Tuhan. Itulah doa yang kita baca dalam surah fatehah. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Itulah jalan nabi-nabi, rasul-rasul, syuhada’, orang-orang soleh yang telah kami Tuhan berikan nikmat iman kepada mereka.


Dengan menumpuh jalan yang telah Allah anugerahkan kepada para nabi dan rasul, jiwa manusia akan hidup. Apabila jiwa telah hidup, ia akan bersedia hadapi cabaran dan tekanan hidup, rupanya dia bersandar kepada yang Maha berkuasa. Dia rasa ada pelindung ketika menghadapi apa-apa yang boleh menjadikannya tertekan. 


Bagaimana hendak menangkisnya? 
Iaitu dengan berlindung disebalik yang Maha Berkuasa. Maka akan dicampakkan rasa selamat kedalam hatinya. Oleh kerana manusia tidak ada kuasa untuk mengatasi cabaran dan kesusahan, maka fitrahnya ingin agar ada orang yang membela dan menyelamatkan dia. 


Bila ada masalah, dia ingin agar ada orang yang menolong. Tetapi siapakah yang boleh menolong? Adakah manusia, sedangkan semua manusia mempunyai masalah yang sama. Apakah haiwan, atau tanaman sedangkan mereka tidak berakal. Apakah harta benda atau mesin atau ilmu? Sedangkan semua itu adalah rekaan manusia sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa.


Kalau begitu, manusia perlukan satu zat yang kemampuannya di luar itu semua. Manusia perlu satu super power yang lebih dari segala-gala yang ada di alam ini. Manusia perlukan Tuhan, Zat yang Maha Agung yang kuasa-Nya tiada mula dan tidak terbatas. Apabila Dia menghendaki sesuatu, hanya dengan berkata jadi maka jadilah. 


Dia Zat yang Maha Menyelesaikan segala masalah manusia. Dia doktor yang Maha Pakar dan menyembuhkan penyakit jiwa manusia. Dia tidak bertempat dan tidak tertakluk kepada ruang dan masa. Dia boleh dihubungi, boleh menghubungi dan boleh menyelesaikan masalah seluruh manusia dan makhluk-Nya serentak dalam satu masa di mana sahaja.


Malangnya, ramai manusia tidak percaya Tuhan. Lebih-lebih lagi tidak cinta dan takutkan Tuhan. Inilah yang menyebabkan jiwa jadi kosong. Inilah dia asas penyakit jiwa. Kalau kita tidak tahu bahawa Tuhan ada peranan dalam kehidupan ertinya kita tidak ada pelindung, dan kita tidak ada pembela. 


Apabila ada masalah kita tidak ada tempat bergantung. Kalau kekosongan jiwa ini berlaku satu hari, tidak mengapa. Tetapi kalau berlaku bertahun-tahun, ia jadi barah. Akhirnya barah ini pecah dan lahirlah penyakit jiwa. Manusia lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada sesuatu yang Maha berkuasa.


Dia yang Maha gagah, Maha perkasa dan mutlak iaitu Allah. Barulah hati manusia menjadi teguh dan kuat. Manusia perlu rasa bertuhan.
Tuhan adalah segala-galanya. Kekuatan jiwa manusia adalah setakat mana dia rasa bertuhan. Kurang rasa bertuhannya, maka kuranglah kekuatan jiwanya. 


Kalau seseorang itu tidak langsung mempunyai hubungan dengan Tuhan, percaya pun tidak, kenal pun tidak, maka jiwanya akan menjadi lemah dan rosak, dan akan dihinggapi penyakit. Akan timbullah rasa kosong, risau, rimas, dan runsing. Akan hilang ketenangan jiwa. Allah ada berfirman maksudnya: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N