Langkau ke kandungan utama

TUHAN TENTUKAN KEPERLUAN MANUSIA.

KEPERLUAN MANUSIA ADA YANG LAHIR DAN BATIN.


Di antara banyak-banyak keperluan manusia yang dia memang hendak minta sangat, Tuhan menetapkan mintalah "siratol mustaqim". Sedangkan yang paling penting adalah oksigen. Kenapa tidak minta oksigen?  Sebenarnya di sini kita kena sedar bahawa selepas kita berjanji hanya meminta pada Tuhan, menyembah dan meminta hanya pada Nya, Tuhan pun tidak benarkan kita meminta sendiri melainkan apa yang dia sudah tetapkan. Tuhan ajarkan bahawa dalam meminta, yang menjadi keutamaan ialah meminta "siratol mustaqim" itulah.
Jadi Tuhan menetapkan permintaan yang paling asasi.


Keperluan manusia yang paling pokok, yang Tuhan sendiri ajar, yang mana kalau Tuhan tidak ajar maka manusia pun tidak tahu adalah "siratol mustaqim". Bahkan nampaknya, yang dikatakan intipati Al Quran itu, yang ia itu adalah ibu Al Quran, rupanya Al Fatehah itu hanya memperkenalkan Tuhan.Seterusnya kemudian diajar meminta kepada Tuhan yakni meminta jalan hidup kenabian. Rupanya "siratol mustaqim" itu adalah kunci bagi seluruh Al Quran. Jadi ini yang kita perlu beri perhatian. Supaya fokus atau hala tuju manusia itu bukan lagi belajar tinggi-tinggi untuk dapat sijil agar dapat jawatan semata-mata.


Belajar tinggi itu tidak salah tetapi bukan untuk dijadikan matlamat. Itu salah. Belajar tinggi untuk kita jadikan alat untuk mencapai tujuan dan matlamat" Manusia mesti menetapkan dasar atau matlamat hidupnya adalah untuk "siratolmustaqim" yakni untuk sampai kepada Tuhan. Jadi fokus kita dalam sembahyang, yang dimaksudkan jalan itu ialah untuk kita jadi sabar, redha, takut dengan Tuhan dan lain-lain lagi. Itu jalan yang hendak kita cari. Supaya dengan itu melalui seluruh kegiatan hidup ini kita benar-benar dapat Tuhan.


Kita hendak baca satu ayat lagi iaitu, "Dan mereka yang bermujahadah di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan." Jadi hendak ikut jalan Tuhan ini, setelah faham ilmunya samada yang bersifat makanwi, setelah roh bersedia, hendak dihalakan kepada apa yang Allah hendak dan hendak faham apa yang Tuhan tidak hendak, ia ada hubungan dengan mujahadah.


Bagi jalan-jalan di dunia ini, selalu berlanggar kerana driver tidak sanggup mujahadah. Patutnya mujahadah itu jalan perlahan-perlahan dan sabar. Tetapi kerana tidak sanggup mujahadah, lambat sangat maka kita rempuh. Jadi hendakkan jalan Tuhan itu ada hubungan dengan mujahadah. Kalau tidak mujahadah, tidak akan berjaya. Tidak akan jadi orang baik. Tuhan hanya bersama orang yang berbuat baik. 
Orang yang bermujahadah menempuh jalan Tuhan, maka itu dikatakan orang yang berbuat baik. Tuhan bersama orang yang berbuat baik. 


Tuhan tidak kata, "Aku tolong orang yang buat baik," tetapi Tuhan kata, "Aku bersama orang yang buat baik." Bersama ini maksudnya sangat rapat. Kalau Tuhan kata, "Aku tolong orang yang buat baik," itu jauh.Menolong seseorang itu, kita boleh sampai-sampaikan (dikirim) sahaja. Bila dikata kita bersama, begitu rapatnya persahabatan. Orang bertaqwa seolah beriring-iringan. Kalau hidup rohnya, di mana pun tidak terasa takut sebab ada Tuhan. 


Tetapi kita tidak rasa. Kalau tolong, itu jauh sebab dari jauh pun boleh tolong. Jadi bila dikatakan bersama dengan orang yang berbuat baik, bererti dekatnya dengan Tuhan. Jangan pula digambarkan dekat secara fizikal. Seolah-olah Tuhan pun berfizikal macam kita. Maha suci Tuhan daripada berdekatan secara fizikal dengan kita. Sebab Tuhan bukan fizikal. Itu menunjukkan terlalu karibnya tetapi tidak secara fizikal.


Jadi kejayaan menempuh jalan Tuhan ditentukan oleh mujahadah. Boleh mujahadah, selamat. Kalau tidak mujahadah, tidak selamat. Cuba lihat kalau orang yang peka dengan ayat tadi, "Mereka yang bermujahadah di jalan Kami, Kami Tuhan akan tunjukkan jalan-jalan Kami." Seolah-olah ada double standard. Tadi ayat siratolmustaqim, seolah-olah jalan Tuhan itu hanya satu. Tapi dalam ayat ini, jalan Tuhan itu macam banyak. 


Kalau orang tidak faham, tidak perasan pun. Tetapi bagi orang yang tahu bahasa Arab, bahayalah. Tadi Tuhan kata jalan Tuhan itu satu. Yang ini banyak pula. Kan betapa sulit hendak tafsirkan Quran, ayat demi ayat. `Jalan` yang satu itu, walaupun satu, ia merupakan satu pakej yang sumbernya dari Tuhan dan Rasul. Maksudnya, sumbernya satu. Manakala `Jalan-jalan` itu pula, lain maksudnya. Jalan-jalan itu ertinya aspek-aspek di mana kita hendak laksanakan syariat Tuhan itu banyak. 


Aspek dalam hidup yang kita hendak tempuh itu banyak seperti ekonomi, kebajikan, politik, kebudayaan dan lain-lain lagi. Apa yang hendak dibuat, yang banyak itu akan dibantu oleh Tuhan bila ada mujahadah. Selepas didahului dengan faham jalan rohani, maknawinya dan faham kehendak nafsu yang berdasarkan kehendak Tuhan, barulah boleh mujahadah. Maka barulah aspek yang banyak itu Tuhan tunjukkan jalan juga. 


Maksud jalan-jalan ini tidak sama dengan jalan yang pertama tadi. Sebab itu Tuhan cakap, "jalan-jalan Kami" yang bermaksud ibadah satu jalan, ekonomi satu jalan, politik satu jalan. Itu yang dimaksudkan dengan "jalan-jalan Kami". Ertinya semua aspek kehidupan secara Islam akan diperolehi. Maka akan jadilah mereka orang yang baik-baik. Bila mereka jadi orang baik-baik, maka Tuhan bersama mereka dan bersahabat dengan mereka.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N