Langkau ke kandungan utama

BANGSA BANGSA YANG DI MURKAI TUHAN.



ETNIK YANG MUSNAH DI ASIA BARAT, TIMUR TENGAH ASIA TENGGARA.

( Negara Iraq )

( Negara Mesir )

Bangsa-bangsa yang sudah tidak mendapat rahmat Allah. Mereka dikalangan orang kafir hatinya terus kotor. Setelah hati kotor tidak boleh hanya lap dengan tuala seperti selepas mandi untuk keringkan badan. Manusia yang telah membiarkan nafsu dan syaitan menguasai dirinya. Segala peringatan dan pengajaran sudah tidak masuk lagi ke dalam hatinya. Akhirnya hati manusia tersebut kekosongan dan ketandusan. Bangsa yang akan musnah apabila kemanusian tercabut daripada dirinya. Dia sendiri akan campakkan dirinya dalam kerosakakan dan kemusnahan. Kerana manusia ini melawan fitrahnya sendiri. Contoh yang sedang berlaku dihadapan mata kita di era zaman manusia sudah bertamadun dan naik ke bulan. Rupanya masih ada lagi manusia yang tak bertamadun seperti apa yang berlaku di Myanmar. Satu etnik melayan etnik yang ada didalam negara itu sendiri seperti binatang. Inilah yang berlaku kepada etnik Rohingya. Bangsa yang kejam dan zalim begini banyak Tuhan ceritakan dalm Quran, mereka telah Tuhan hapuskan di muka bumi ini.


Maksud firman Tuhan:

"janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." ( Al Baqarah 2:195 ).


Manusia seperti ini yang telah tercabut kemanusannya atau telah rosak fitrahnya tidak ada kompas dalam hidup.Punyai pengikut dan dikalangan manusia yang sudah tercabut rasa kemanusiannya hanya mengundang syaitan ke hati mereka. Membiarkan nafsu kuasai dan bermaharajalela dalam diri. Menjadikan manusia yang di rasuk nafsu dan syaitan hingga hilang kemanusian. Apa sahaja ajaran yang termaktub dalam agama mereka seperti Budha tidak lagi menjadi rujukan mereka. Muncul pula aliran yang di pimpin oleh tok sami mereka yang hanya menerapkan unsur-unsur kebencian kepada etnik lain dan berusaha menghapuskannya dari negara tersebut. Apa yang jelas adalah ajaran rimba yang tidak bertamadun, walaupun berada di zaman teknologi meden sekarang. Falsafah dihutan mana-mana yang kuat haiwan itulah yang hidup.


Negara-negara yang menjadi pusat muzik memuji syaitan tersebut menuju hancur. Sebagaimana Abuya ada kongsikan dengan kita , juga melalui bukunya barat di ambang maut. Kita lihat hari ini bangsa-bangsa yang dikagumi kerana banyak kemajuan di bidang ekonomi, membangun, ramai orang terkenal, tapi sebahagian besar penduduknya mati bunuh diri, ada yang 50%, 60%, bahkan 75%. Mereka sudah kehilangan kebahagiaan. Kebanyakan mereka orang yang terkenal tapi hidupnya kecewa. 


Di zaman manusia berbangga dengan pencapaian teknologi dan berapa banyak dengan teknologi yang dikuasainya memusnahkannya kembali.  Kita yang berpeluang ke negara Barat yang kononnya tinggi teknologinya tetapi akhirnya masyarakat mereka banyak dilanda dengan sakit jiwa dan musnahkan diri sendiri tanpa orang lain yang memusnahkan. Mereka bunuh diri mereka sendiri bukan orang lain yang membunuhnya.


Kerana itulah kita mesti mengenal dan menyembah Allah, untuk selamat di dunia dan akhirat. Itu adalah natijah manusia tidak mahu menyembah Allah, tidak mahu mengabdikan diri pada Allah, tidak mahu tunduk dan patuh pada Allah, dia bukan saja menentang Allah, bahkan menentang akal dan hatinya, hakikatnya orang itu menentang dirinya sendiri. Kalau orang itu menentang dirinya sendiri, dia tidak akan dapat kebahagiaan, walaupun pangkatnya tinggi, rumahnya besar, jabatannya tinggi dan hartanya banyak. 


Empayer Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud (hidup sekitar tahun 2275 SM-1943 SM) juga disebut eja Namrudz bin Kan'aan (Arab نمرود بن كنعان, Inggris Nimrod,  (2275 SM - 1943 SM). Raja Namrud adalah salah seorang Raja yang memerintah Mesopotamia kuno (kini dikenal negara Irak). Ia memiliki gelar "a mighty hunter" yang berarti "pemburu yang hebat" atau "pemburu yang perkasa", karena kehebatannya dalam berburu. Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nuh as). Muzium Purba di Mesir terdapat Firaun yang jasadnya boleh kita saksikan sehingga sekarang dan di dalamnya terdapat mumia Ramsis 2 yang terkenal berikutan kisahnya menentang Nabi Musa.


Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka sama sekali tak mengenal Allah, tidak mahu menyembah Allah. Mereka menentang dirinya sendiri sehingga tak dapat kebahagiaan. Allah hapuskan manusia-manusia sesuai dengan pencapaian yang ada pada mereka. Kerana cara itu mereka tercabar. Contoh Tuhan musnahkan Firaun yang begitu sekali sombong dan tunjukkan kuasanya  maka Tuhan cabarnya hanya dengan nyamuk.  Akhirnya dia tenggelam dalam laut merah. Raja Namrud begitu juga dengan pencapain kuasa yang ada padanya akhirnya dia juga musnah.

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERANG RIDDAH.

( Ladang kurma di Madinah berlatar belakangkan bukit Uhud ).


Perang Riddah (Arab: حروب الردة), juga disebutPerang Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan Melawan Kemurtadan, membentuk pasukan yang terbagi atas sebelas infantri.Pasukan tersebut melawan pemberontakan beberapa suku Arab. Perang ini dilancarkan oleh Khalifah Abu Bakar selama tahun 632 dan 633 M, setelah kematian
Nabi Muhammad SAW.

Pemberontakan-pemberontakannya, dalam penulisan sejarah Islam pada masa itu dianggap bersifat keagamaan, oleh kerana ada salah seorang pengikut Nabi Muhammad yang kemudian mengaku sebagai seorang nabi iaitu, Musaylamah Al Kazzab.

Pemberontakan tersebut ada aspek keagamaan lainnya. Madinah telah menjadi pusat sistem  sosial dan politik, yang di dalamnya agama menjadi bagian penting; akibatnya tidak terelakkan lagi bahwa reaksi melawan sistem ini juga memiliki aspek keagamaan.

Di awal pemerintahan khalifah Abu Bakar telah terjadi peristiwa riddah secara besar-besaran yang menggonc…

TETAMU ALLAH

MENJADI TETAMU ALLAH.

Tetamu Allah adalah satu gelaran sangat istemewa dalam Islam.  Allah dan Para Rasul sendiri memberikan layanan istemewa kepada tetamu. Dalam Islam wajib melayani tetamu yang datang bertamu ke tempat kita. Bagi umat Islam yang tahu kelebihan gelaran tersebut mereka akan berusaha dan memasang cita-cita untuk mendapat menjadi "Tetamu Allah ". Manusia di dunia ini dapat menjadi tetamu negara sebagai VIP itu pun manusia sudah rasa sangat berharga dan istemewa. Kerana menjadi tetamu VIP akan menerima layanan lima bintang. 

Betapalah apabila manusia kalau dapat menjadi tetamu Allah ia akan merasakan sepanjang hidupnya bahkan ia akan diberikan nilai sampai ke  Akhirat. "Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah. Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya". ( sedutan madah Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi ).

Satu istilah yang disebut oleh Allah d…

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.

KEAJAIBAN SUNGAI FURAT DAN DAJLAH TANDA KIAMAT.
(Sungai Dajlah).

Mengimbau kembali XPDC penulis ke Iraq melalui jalan darat dari Jordan pada 9 januari 1990. Menaiki kereta jenis GMC yang boleh memuatkan 9 penumpang. Kali ini penulis hendak kongsikan maklumat berkaitan dengan sejarah Sungai Furat dan Dajlah. Rujukan kebanyakkan dari risalah-risalah yang di terbitkan oleh kerajaan Iraq. Perjalanan darat dari Jordan ke Iraq mengambil masa 12 jam. Sepanjang perjalanan terlalu banyak sekatan tentera di dua buah negara tersebut. Terutamanya semasa berada di kawasan Iraq. Sejarah purba dan sejarah moden Iraq banyak berkaitan dengan sungai tersebut. Furat dan Dajlah merupakan antara sungai yang memiliki ikatan sejarah yang kuat dengan ajaran Islam. 

Sungai yang menjadi sumber mata air di Anatolia, Turki, dan bermuara di Teluk Persia itu berkali-kali disebutkan dalam berbagai hadis. Sungai Furat juga dikaitkan dengan Nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Ia juga dikaitkan dengan tanda kiamat s…