Langkau ke kandungan utama

TAQWA ASET UTAMA.

TAQWA SUMBER KEKUATAN UMAT ISLAM.


Israel merupakan sebuah kuasa yang tidak bermoral kerana melakukan tindakan kejam membunuh orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.Tindakan ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel itu sangat tidak berperi kemanusiaan kerana kanak-kanak, wanita dan orang tua itu bukan sahaja tidak berdaya tetapi tidak mempunyai senjata untuk mempertahankan diri. 


Serangan tentera Israel itu juga telah menyebabkan beratus-ratus yang lain cedera dan kemusnahan ke atas kemudahan awam.......Ramai bangsa-bangsa di dunia ini menawan musuhnya dengan kekuatan senjatanya dan fizikal. Mereka boleh mengalahkan mereka tapi risikonya tinggi tetapi ramai orang yang mati, ramai yang cacat dan cedera, pembangunan runtuh, harta musnah. Musuh-musuhnya yang kalah benci dan berdendam sampai mati.


Semasa mereka masih lemah, mereka melakukan berbaga-bagai sabotaj dan pembunuhan-pembunuhan curi lari. Yang kuat walaupun menang dan berkuasa, tapi hidup sentiasa bimbang dan di dalam bahaya.Mentadbir negara itu pula terpaksa dibangun dan dipulih semula. Tetapi berlaku di sebaliknya, jika sesuatu bangsa menawan musuhnya dengan senjata ilmu dan kasih sayang. Musuhnya dapat dikalahkan, namun tidak terasa dikalahkan oleh musuhnya. 


Kekalahan yang tidak terasa itu pula, mereka merasakan mendapat untung, mendapat kawan, mendapat ilmu dan kemajuan. Musuh-musuh yang mengalahkan itu mereka tidak dianggap musuh. Musuhnya itu pula dianggap menjadi kawan yang berjasa pula dan penyelamat umat kekuatan ilmu dan kasih sayang menawan musuh-musuhnya sangat positif dan menghiburkan. Musuhnya mendapat kawan, dapat ilmu, dapat kemajuan, tidak ada yang mati, tidak ada yang rosak dan binasa.


Bahkan musuhnya yang ditawan itu sangat senang hati dan dapat hiburan pula.Yang menawan tidak dirasakan musuh, bahkan mereka kawan yang setia lagi berjasa. Bodoh sekalilah bangsa-bangsa yang menawan musuhnya dengan kekuatan senjata dan fizikal. Risikonya amat besar, kematian, kemusnahan, kebencian, dendam yang berpanjangan. Saya seru umat Islam hari ini tukarlah kaedah perjuangan. Janganlah hendak kalahkan musuh dengan kekuatan senjata dan tenaga. Itu pun umat Islam belum pun mendapat kejayaan dan menerima kemenangan, bahkan kehinaan pula.


Tawanlah musuh-musuh dengan ilmu, khidmat dan kasih sayang. Musuh-musuh itu akan jadi kawan bukan lawan, kerosakan dan kemusnahan tidak berlaku, orang pun sayang. Hanya orang yang hasad dengki sahaja dengan kejayaan orang yang rasa tidak senang, Itu biasalah berlaku tapi golongan ini tidak ramai di setiap zaman. Biasanya ini terjadi kepada mereka yang ada kuasa dan cerdik pandai.Berjuang membunuh musuh bukanlah utama, mengalahkan musuh dengan mengIslamkan mereka lebih mulia daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya.


Rasulullah pernah berkata ," Aku tidak mahu membinasakan mereka kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam". Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola. Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan.


Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang? 
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam? 
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata tetapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata? Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada. Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya. 


Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa. Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama. Ia adalah merupakan sumber rezeki, sumber bantuan dan sumber kemenangan. Pada kebangkitan Islam pertama sumber kekuatan umat Islam ialah taqwa. Perkara yang sama tuhan janjikan sumber kekuatan umat Islam  di era kebangkitan kali kedua adalah sumber yang sama iaitu taqwa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N