Langkau ke kandungan utama

AKAL ADALAH MAKHLUK.


MANUSIA ADA AKAL FIKIRAN.


Ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Qur’an : “Mengapa kamu tak gunakan akal”, “Mengapa kamu tak berfikir”. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia guna akal juga. Tapi kalau tak berhati2, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama2 pun faham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden, ulama2, ustaz2 tak faham. Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama2 tak faham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama2 sekarang hanya nampak syirik kuno sahaja.
 

Apa jalan keluar bagi umat Islam, tidak menolak akal, dapat menggunakan akal dan selamat, tak syirik. Jangan pula takut sangat dengan falsafah, langsung akal ditutup. Umat Islam nanti jadi jumud, jadi beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah.Bagi umat Islam yg tak dapat elak gunakan akal, supaya dia amalkan ajaran Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal, hendak jadi filosof atau minat dengan falsafah ada beberapa syarat atau panduan yg kita kena tempuh :
 

1. 1.      Fahami dan kena mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak
Siapa yg ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu samada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tak tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham, tak selesai maka kita akan rusak. Akal akan jadi Tuhan.

 
1. 2.      Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah
Mesti kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan Tuhan. Bila ciptaan tuhan artinya bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan, Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkankita samakan akal dengan Allah. Kalau begitu akal itu lemah. Yg tak lemah itu Tuhan, Allah. Kalau lupakan bahwa akal itu lemah, manusia akan rusak.
 

1. 3.      Fahami bahwa kemampuan akal terbatas
Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yg sebenarnya akal itu bertepi, Cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada border. Kalau orang yg pakar laut. Agak2 dapatkah dia teroka laut semua? Tentu tidak. Sudahlah laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang dapat ikan sahaja, tak semua khazanah laut dapat. Sudahlah laut itu sempit, yg didapat juga lagilah sempit. Jadi kalau begitu, kalau laut itu bertepi, orang pakar laut cari khazanah lautpun dapat sikit. Begitu juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau orang guna akal sahaja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan kerang sahaja. Jadi akal sudahlah bertepi, gunakan akal sahaja, sikit sahaja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akal, tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik dan mana yang tak baik.

 
4.      Konsep ‘sebab akibat’ bercanggah dengan konsep Islam
Mengikut sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau tidak, melalui sistem ‘sebab dan akibat.’ Bila ada sebab ada akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yg dipakai ilmu falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contoh :
* bila orang itu jaga badan, makan ubat, exercise selalu, makan benda yg berzat, makan ikut time untuk jaga kesehatan. Akibatnya tentu jawabannya sehat. Tapi realitinya banyak orang tak sehat. Berapa orang yg jaga kesehatan tapi tak sehat. Nampaknya teori falsafah itu ternafi, sistem itu ternafikan.
* orang yg rajin belajar baca buku mutolaah, tok gurunya pun mendampinginya. Itu sebab. Akibatnya pandai. Tapi berapa banyak yg tak pandai. Cuma biasanya pandai. Tapi tak mutlak, sistem ternafi. Sistem sebab akibat itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak.
* yg banyak bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa orang gigih bekerja tapi tak kaya.
 

Kalau begitu nampak oleh kita usaha itu seolah2 kita ada daya, seolah2 itu perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yg tentukan. Sebab usaha itu juga Tuhan yg tentukan. Sebab itu ada yg gagal ada yg berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita dan hasil nya dari kemampuan kita. Sebenarnya bukan begitu. Yg sebenarnya usaha itu sendiri Tuhan yg aturkan. Sebab itu ada yg berjaya ada yg tak. Kadang-kadang ada yg usaha sikit, kaya, yg usaha banyak papa. Itu menunjukan usaha itupun dari Tuhan. Kita rasa manusia ada daya. Sebab itu usaha itu tak mutlak, ada yg berjaya ada yg tak berjaya. Sebab itu menurut keyakinan umat Islam, Tuhan suruh usaha yg halal dengan niat kerana Tuhan, untuk diberi pahala oleh Tuhan. Bukan untuk hasil. Bukan usaha itu mutlak dapat hasil 100%. Tuhan suruh itu untuk dapat pahala sahaja. Jadi artinya usaha dan keupayaan itu dari Tuhan. Contoh, walaupun seorang ingin sangat berusaha, tapi kerana dia sakit, maka dia tak boleh buat usaha. Jadi ada waktu2 usaha kalau Tuhan tak bagipun kita tak boleh buat.

 
1. 5.      Taqwa adalah usaha bersifat maknawi
Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan taqwa adalah usaha yg bersifat maknawi, bersifat tesirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tak jadi beku. Tapi Umat Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan Amerika. Yg 90% dia sudah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh dapat kejayaan?
 

1. 6.      Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tak tahan uji
Samada ahli falsafah kuno maupun moden, ahli sains yg gunakan aqal sahaja, ertinya tak bermasyarakat tapi orang tak pernah komen tak mainstream tapi kerana di puja orang tak cacatlah, sebenarnya mereka duduk sahaja guna aqal. Apa terjadi? ahli sains sudah lah tak mainstream, dia gunakan akal, dia anggap hidup tak ada ujian, dia anggap bila guna akal, aqal dapat ditajamkan, semua boleh selesai dengan akalnya. Tapi dia tak fikir dalam hidup ini ada ujian2. Kadang2 sakit, kadang2 orang kata, kadang2 bencana alam, dll. Bila bencana alam, dia akan gunakan aqal untuk fikir bagaimana supaya baik, bila sakit dia fikir bagaimana supaya baik. Fikir, duduk termenung sahaja (tak bertindak, tak cari ubat) sebab itu banyak ahli falsafah akhirnya jadi bodoh, akhirnya kecewa berhadapan dgn keadaan, akhirnya putus asa, bunuh diri.
 

Jadi itulah panduannya, ilmu ini umat Islam mesti ada terutama ulama, kalau ada ilmu/panduan2 ini, bila umat Islam gunakan aqal sangat cantik. Dia akan jadi progresif tapi tak syirik dengan Tuhan, tapi hari ini ulama2 pun apa2 hal gunakan aqal, hal dadah pun gunakan aqal, timbul isu kondom, jarum, seolah2 aqal adalah segala2nya boleh selesaikan masalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N