Langkau ke kandungan utama

TIMUR MENJADI REBUTAN AMERIKA DAN CHINA.

AMERIKA DAN CHINA JADIKAN MALAYSIA RAKAN STRATIGIK.

( AMERIKA SYARIKAT)
( Panda simbul Negara China ).

Yahudi sangat memandang besar potensi Malaysia menjadi Empayar Islam. Oleh itu yahudi sangat nak memanfaatkan rakyat Malaysia untuk menyekat kebangkitan Islam ini. Sebagai contoh, pengalaman saya (Fakhrur Razi bin Ashaari Attamimi), semasa penangkapan dan pengharaman Darul-Arqam. Kami telah mendapat suaka politik (political asylum) dari kerajaan British (hakikatnya Yahudi). Kalau sebelum ini Singapura menjadi rakan stratigi Amerika. Mungkin dari sudut untuk menangani umat Islam Amerika melihat Malaysia lebih praktikal dan munasabah untuk memainkan peranan tersebut. Kuasa besar ekonomi di timur iaitu China sebelum ini membuat hubungan rapat dengan Malaysia. Sekarang Amerika melihat perkara yang sama Malaysia adalah rakan strategik dalam hal keselamatan dan ekonomi. 


Insya-Allah, saya ( Najib Tun Razak) akan mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada 11 hingga 13 Sept atas jemputan Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald J. Trump. Lawatan ini tepat pada masanya kerana kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat pada Julai yang lalu. Sepanjang 6 dekad yang berlalu itu juga, hubungan kedua-dua buah negara telah berkembang dan semakin erat dari masa ke masa.Meskipun dari segi saiz negara kita adalah jauh lebih kecil berbanding Amerika Syarikat, Malaysia mempunyai peranan penting dan dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat sebagai rakan dagang dan politik di rantau Asia Tenggara.


Malaysia pernah menerima kunjungan 2 Presiden Amerika Syarikat, iaitu Presiden Lyndon B. Johnson pada tahun 1966 dan Presiden Barack Obama pada 2014 dan 2015, membuktikan keakraban antara hubungan kedua-dua buah negara. Selain itu, Malaysia kini juga menerima kelebihan visa selama 10 tahun bagi kemasukan tanpa had, dan usaha kini di peringkat akhir bagi Program Pengecualian Visa bagi rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat. Meskipun secara rasminya hubungan diplomatik kita bermula sejak 1957, tetapi sebenarnya ia telah terjalin jauh lebih awal daripada itu.


Sebagai contoh, getah daripada Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri automotif Amerika Syarikat, dan permintaan tinggi daripada mereka memacu pengeluaran getah di Malaysia.Pada tahun 2014, hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat telah dinaik taraf ke “Comprehensive Partnership” membabitkan bidang kerjasama utama seperti ekonomi dan perdagangan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan serta sains dan teknologi. Hari ini, Amerika Syarikat adalah pelabur kedua terbesar Malaysia.Melalui lawatan rasmi ini, saya akan menekankan inisiatif rundingan bilateral kedua-dua buah negara dan menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih dinamik lagi.Selain itu, saya juga akan berbincang dengan Presiden Trump mengenai isu anti keganasan di negara serantau, dan juga isu kemanusiaan yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.Insya-Allah, lawatan ini akan berjaya mencapai matlamat dan mengukuhkan lagi hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.


Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 b) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia. Sedangkan Singapura sudah lama jadi rakan strategik Amerika, mungkin memandangkan ada hal-hal tertentu Singapura kurang berkesan menjalankan peranan tersebut.


Semasa di London, kami (penulis bersama kawan-kawan) didatangi peguam di sana dan meminta bukti-bukti kami dalam bahaya bila pulang ke Malaysia. Saya berikan padanya keratan-keratan akhbar tentang masaalah yang dihadapi oleh kami dengan kerajaan Malaysia. Menurut peguam tersebut, ini pengalaman pertama dia di sepanjang kerjayanya menjadi peguam kes atau isu sebuah organisasi Islam. "Biasanya saya buat atas nama individu sahaja" katanya lagi. Peguam itu melayan kami dengan istimewa, dalam masa singkat sahaja kami telah mendapat suaka politik. Bila saya mendapatkan maklumat dari pelarian Palestin, Kashmir, Kemboja, Afghanistan dan dari lain-lain negara, rupanya bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan itu. Bahkan ada yang bertahun-tahun pun masih tak dapat. 


Apa yang berlaku pada kami ialah sebaliknya, peguam datang ke rumah dan tawarkan khidmatnya. Tak sampai sebulan kami telah berjaya mendapatkan perlindungan tersebut bahkan diberikan kemudahan seperti duit untuk hidup di London. Tetapi peguam ini (bagi pihak kerajaan British) sangat kecewa bila kami membuat keputusan untuk melepaskan suaka politik itu dan kembali ke tanah air untuk berdamai dengan kerajaan. Mereka kecewa kerana usaha untuk memecah belah kami dengan kerajaan Malaysia tak berjaya. Berdasarkan pengalaman ini tak peliklah Anwar Ibrahim begitu mudah menerima bantuan dari kuasa asing. Yahudi sangat nak gunakan Anwar untuk merosakkan Malaysia dari dalam, kerana Malaysia adalah tapak empayar Islam. 


Benarlah apa yang telah Abuya perkatakan kepada kita bahwa jadual Allah tentang kebangkitan Islam kali kedua; yang sangat faham adalah Yahudi dan orang yang memperjuangkan Jadual Allah. Sebab itulah Yahudi sangat berusaha keras siang malam tanpa jemu-jemu untuk menggagalkannya. Malaysia menjadi medan pertarungan antara China dengan Amerika. Timur adalah gelanggang peperangan antara China dengan Amerika. Pertarungan mereka dapat dilihat melalui budaya kehidupan di Malaysia. Masyarakat yang mendapat hidayah dari Tuhan ada kekuatan melawan arus perebutan tersebut. Masyarakat yang terpimpin ada kekuatan berdepan dengan pengaruh China dan Amerika. Pertarungan berlaku secara kebudayaan dan perlumbaan senjata nuklear. Ia dapat dilihat dengan jelas secara fizikal. Hasil pertarungan dapat dilihat secara lahir. 


Pemimpin Islam di era ini mendapat kekuatan kebangkitan Islam. Malaysia sebuah negara kecil namun lantang bersuara di PBB. Panda spesies yang hampir pupus itu diterbangkan dari pangkalan panda di Dujiangyan, Chengdu melalui pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 MH6462, insentif penajaan penerbangan oleh MASKargo. Panda ini sangat signifikan kerana 2014 merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Beijing. Pada Mei 2014, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak melakukan lawatan rasmi ke Beijing. China adalah rakan dagang ke lima terbesar dengan Malaysia. China sejak enam dekad lepas telah menggunakan panda sebagai pemudah cara untuk berurusan dengan negara lain, ia juga dilihat sebagai taktik diplomasi yang menentukan semangat setia kawan antara negara-negara lain yang mahu bersekutu dengan China khususnya dalam melibatkan soal perdangangan dan hubungan luar. 


Konsep yang diguna pakai oleh China ini dikenali sebagai Diplomasi Panda. Pada 1957, Mao Tse-Tung menghadiahkan seekor panda kepada Rusia sebagai tanda penghargaan kepada Moscow yang telah mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai negara berdaulat.Pada 1972 China menghadiahkan Ling-Ling dan Hsing-Hsing kepada Amerika Syarikat semasa Presiden Richard Nixon melakukan lawatan rasmi ke Beijing sebagai permulaan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Sepasang panda, Chia-Chia dan Ching-Ching dihadiahkan sempena lawatan Perdana Menteri United Kingdom Edward Heath ke China pada 1974. Panda juga dijadikan senjata ugutan diplomatik. Pada 2010, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama terus juga menemui Dalai Lama walaupun dibantah pihak Beijing. Lantaran itu AS didesak agar memulangkan panda yang dilahirkan melalui pasangan panda yang dipinjamkan.China mempunyai hubungan yang lama dengan Tanah Melayu. Melalui hubungan China dengan Melaka tercatit dalam sejarah. 


Perkembangan hubungan klasik itu sangat luar biasa. Tuhan telah taqdirkan Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam kali kedua di Timur. Maka untuk membenarkannya, Tuhan gerakan pendakwah dari Gujerat India membawa Islam ke Tanah Melayu. Begitu juga Bangsa China dari etnik Hui iaitu Laksamana Cheng Ho, ahli pelayaran yang sangat terkenal itu adalah seorang Islam. Laksamana Ching Ho berangkat ke Melaka dari Smatow. Hui salah satu etnik yang ada di tanah besar China sama seperti bangsa Melayu. Apabila disebut berbangsa Melayu, maka agamanya ialah Islam. Begitu jugalah dengan bangsa China dari etnik Hui ini, bila disebut Hui, mereka semuanya beragama Islam.


Baginda Rasulullah memerintahkan sahabat-sahabatnya berdakwah keseluruh dunia termasuk Alam Melayu. Penerimaan dakwah ISLAM dari benua Nusantara ini sahajalah ISLAM diterima secara beramai-ramai tanpa perang. Dakwah telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kira-kira dua pertiga daripada sahabat Rasulullah dimaqamkan di luar Semenanjung Tanah Arab. Ertinya mereka meninggalkan rumah serta keluarga mereka, dan kaum kerabat untuk memperjuangkan agama Allah di tempat-tempat lain, hingga akhirnya mereka berkubur di merata tempat.


Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat-Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi. Kedutaan Amerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang dan beberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung isu Palestin. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April 2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utama Amerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.


Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Nilai kumulatif pelaburan persendirian A.S. dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah lebih kurang $15 bilion. Dalam tahun 1970-an, syarikat-syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, Fairchild Semiconductor, Freescale, Intel, Texas Instrument dan Western Digital telah merintis sektor elektrikal dan elektronik (E&E) di Malaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke kilang-kilang dan sebagainya di seluruh dunia setiap tahun. Syarikat utama minyak dan gas, termasuk ExxonMobil, ConocoPhillips, Hess dan Murphy Oil telah melabur berbilion ringgi untuk membangunkan sumber tenaga Malaysia.


Tuhan siapkan juga bekalan kekuatan kepada negara-negara yang meniti jadual Allah. Berkat bersandar dengan mukjizat rasul akhir zaman melalui jadual Tuhan. Pemimpin negara Islam dan umat Islam ikut sahaja di bawa arus kebangkitan. Sekalipun tidak pandai bereneng yang penting timbulkan diri supaya boleh bernafas. Akhirnya akan sampai juga ke hilir. Begitulah berkat berada dan berjuang di era kebangkitan Islam. Negara Islam bermodalkan taqwa dan diberkati dengan dibekalkan dengan kekuatan dari langit junudullah yang tak kelihatan oleh mata kasar. Orang kafir dan negara mereka dengan kekuatan lahiriah. (قوة). Ada negara yang memberi laluan dan menyokong kebangkitan ulama yang memperjuangkan Imam Mahdi negara itu diturunkan berkat. Imam mahdi sebagai pemimpin akhir zaman ia menjadi sumber mendapatkan bantuan Allah untuk menguatkan kembali Islam. 


Allah turunkan barokah melimpah ruah. Negara yang memberi laluan kepimpinan orang yang memperjuangkan Imam Mahdi juga membantu kita dari fitnah Dajal.Negara yang memberi laluan kepada kebangkitan Islam akan mendapat bonus besar dari Tuhan. Negara yang turut membela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam, buat satu kekuatannya Tuhan beri seperti sepuluh kekuatan. Maka bagi negara yang mengikut arus kebangkitan Islam yang telah Tuhan tetapkan mendapat kekuatan yang dijanjikan itu. Moga kita termasuk orang yang mendokong negara Malaysia sebagai tapak empayar Islam. Siapapun menolak atau menentang agenda ini ertinya ia menolak agenda Tuhan untuk kebangkitan Islam sekali lagi. Dia bukan berdepan dengan jadual manusia tetapi berdepan dengan jadual Tuhan. Sekalipun musuh musuh Tuhan tidak menyukainya. Usaha usaha musuh Tuhan tetap akan gagal.


Negara yang menjadikan ahlu sunah wal jamaah sebagai pegangan suka Menganjurkan program yang menyuburkan rasa bertuhan dan berkasih sayang. Negara seperti itu disenangi oleh semua manusia kerana ianya bersesuain dengan fitrah manusia. Kita dipermudahkan di era ini berkat kebangkitan Islam, untuk berkasih sayang. Bonus besar bila kita bela Allah dan Rasul di era kebangkitan Islam. Golongan yang membela Allah dan Rasul ( Ahli Sunnah Wal Jamaah) mereka mengambil pendekatan secara kasih sayang (bil hikmah) dalam mengembangkan ajarannya. Allah jelaskan panduan tersebut dalam Al Quran surah Maryam, 19:96 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N