Langkau ke kandungan utama

MELONTAR SYAITAN.

Rejam syaitan dengan batu,


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

"Aku datang memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Daku datang memenuhi panggilan-Mu
Daku datang memenuhi panggilan-Mu, Tiada sekutu dan setanding dengan-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat, serta kekuasaan adalah milikmu, dan tiada sekutu bagi-Mu Ya Allah!"

Wahai hadirin yang di rahmati Allah sekalian,

Ketahuilah, lafaz talbiyah yang dibaca tadi adalah lafaz yang sangat mulia dan istimewa. Ianya dilafazkan setahun sekali, dengan penghayatan dan kefahaman yang membawa kepada jiwa Tauhid yang tinggi. Dalam lafaz ini, Allah mengajar kepada kita hamba-Nya, supaya memiliki jiwa dan perasaan yang sangat tepat kepada Tuhannya. Allah jualah yang mengajar kepada kita lafaz yang mulia ini, hingga diucapkan ketika sedang mengerjakan haji. Tidaklah batal atau tidak sah haji jika tidak melafazkannya, namun menurut Imam Syafie, Imam Nawawi, dan beberapa Imam Muktabar yang lain, ia adalah sunat yang memberikan ganjaran kepada ibadah haji yang ditunaikan.

Allahukabar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.

Semasa manusia bertalbiyah, alam sekelilingnya turut sama mengikuti bertalbiah, dan mereka menjadi saksi kepada talbiah yang dilakukan oleh manusia. Daripada Sahal bin Saad r.a., sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  :
“Apabila setiap muslim bertalbiyah maka akan bertalbiyah bersama-samanya mereka yang berada di sebelah kanan dan kirinya samada batu atau pokok-pokok sepanjang perjalanan dari sini dan sana.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibni Majah)
Ketika Allah SWT  memerintahkan Nabi Ibrahim AS untuk mengkhabarkan manusia agar berhaji, Nabi Ibrahim AS berkata:
يا أيها الناس إن ربكم اتحذ بيتًا و أمركم أن تحجوه فاستجاب له ما سمعه من حجر أو شجر أو أكمة أو تراب أو شيئ  فقالوا لبيك اللهم لبيك (رواه ابن جرير 17\106)
“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah (Kaabah) dan memerintahkan kamu untuk berhaji kepadanya. Lalu menerima panggilan ini apa saja yang mendengarnya dari batu-batuan, pokok-pokok, bukit-bukit debu atau apa saja yang ada, lalu mereka berkata لبيك اللهم لبيك ……" (HR Ibnu Jarir 17/106)
Maha Suci Tuhan yang memuliakan hamba-hambaNya dengan kebesaran dan pujian terhadap-Nya.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi Allah sekalian,
Bila disebut sahaja tentang ibadah haji, yang ianya rukun Islam ke lima, tidak dapat tidak ianya sangat berkaitan dan terhubung dengan sejarah Nabi Ibrahim Alaihi Salam. Nabi Ibrahim A.S. ialah seorang Nabi dan Rasul yang sangat taat kepada Allah taala. Hinggakan Allah memuji baginda didalam Quran dengan mengatakan baginda adalah seorang yang sangat baik dan menginginkan kebaikan kepada semua makhluk Tuhan. Maka tidak hairanlah baginda digelar oleh Allah sebagai 'Khalilullah' yang membawa erti Kekasih Allah.
وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Surah Al-Hajj : 27)
Allah taala memuliakan Nabi Ibrahim dan keluarganya hinggakan amalan-amalan atau rukun dalam haji dan umrah itu dilakukan bagi mengenang kehidupan Baginda dan keluarganya. Malah ada mukjizat yang kekal hingga kini seperti air zam-zam yang tak pernah kering dan keluar dengan izin Allah. Ini semua berkat Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, serta Ibunda Siti Hajar. Peristiwa Siti Hajar berlari mencari air di tengah-tengah terik mentari di padang pasir berbukit, tiada apa hakikatnya yang hendak diminum. Namun dengan izin Allah, berkat kaki anaknya bakal Nabi iaitu Nabi Ismail yang masih bayi, terpancarlah air dari bumi yang datang dari syurga, itulah dia zam-zam. Peristiwa ini Allah kekalkan malah dijadikan rukun dalam umrah, iaitu Saie dari Safa ke Marwa. 


Tak cukup ketika sekecil bayi, Allah mengangkat darjat mereka ketika Nabi Ismail membesar seperti budak biasa, namun Allah perintahkan pula agar Nabi Ibrahim sembelih pula anaknya. Hati bapa mana yang tidak remuk bila mendapat tahu anaknya bakal dikorbankan, oleh tangannya sendiri dan ini arahan dari Allah taala. Ketika semua persiapan sudah siap, datanglah "syaitan mengganggu, dan ketika itu dilontarkan batu oleh mereka sebanyak tiga kali supaya tidak mengganggu perintah dari Allah taala." Masya Allah! Indahnya dan hebatnya pengorbanan mereka hingga Allah abadikan hingga kini. 


Kini para jemaah haji wajib melontar Jamrah Aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah. Dan melontar jamrah sekurang-kurangnya tiga kali pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Allah kekalkan kisah Nabi Ibrahim dan keluarganya dalam Haji dan Umrah, malah dalam solat pun disebut namanya ketika selawat tahiyyat akhir. Begitu sekali Allah memuliakan Nabi Ibrahim dan keluarganya. Intipatinya ialah Allah taala menginginkan dan mengajarkan kepada kita bahawa yang ingin dibawa daripada haji itu ialah isinya, perasaannya, kefahamannya, rohnya, jiwa tauhid yang lahir dan subur dari ibadah yang dilakukan dalam rukun atau wajib haji dan umrah tadi. Begitulah Allah taala memuliakan kekasih-Nya itu.
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرَٰهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ
"Sesungguhnya bagi kamu contoh ikutan yang baik pada Ibrahim dan mereka yang bersamanya (ahli keluarganya),"(Al-Mumtahinah : 4)
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Walillahilhamd.
Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari sejarah Bapa Agama, iaitu Nabi Ibarahim AS tadi? Daripada kisah Nabi Ibrahim dan keluarganya, kita diajar tentang sabar, taat, dan tawakal, bersatu dalam menegak kalimah Allah. Bukan mudah untuk seorang ayah untuk korbankan anaknya. Manakala anaknya tidak semudah itu untuk taat dan diperlakukan oleh bapanya, bukan hal kecil. Nyawa taruhannya. Isteri pula bersangka baik kepada suami dan mendorong serta mendokong suami walaupun dia sendiri tidak faham tindakan suaminya, namun kerana Allah dia tempuhi jua. Namun ini semua berlaku kepada keluarga Nabi Ibrahim A.S. Baginda taat dan patuh pada suruhan Allah, tanpa persoalan dan terus bersedia untuk melaksanakannya. Anaknya Iaitu Nabi Ismail, boleh taat dan akur kepada arahan bapanya sedangkan tahu nyawa bakal melayang, malah dengan berani baginda berkata kepada ayahnya buat apa ditangguhkan lagi kalau ini sudah perintah Allah taala!. Ini semua bukan kerja manusia biasa, ini kerja luarbiasa dan ianya berlaku dalam keluarga Nabi Ibrahim. Namun kerana masing-masing telah memberikan hati dan kepercayaan masing-masing kepada Nabi Ibrahim, senanglah baginda mengatur dan mencatur mengikut bayangan (mukjizat) yang diberikan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER).


SUNGAI NIL DI GELAR ( THE KING OF RIVER). Firman Allah: لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ  ﴿٧﴾ Maksudnya: " Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Sungai merupakan sebagian dari alam ciptaan Tuhan untuk manusia.  Sungai Nil mendapat gelaran "Raja Sungai". Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. (6.500KM). Ia adalah nikmat yang menjadi keperluan dalam kehidupan kita. Keberadaan sungai memang tidak lepas dari aktiviti sehari-hari dari masyarakat dengan kita memanfaatkan fungsi sungai antara lain : sebagai sumber air minum dan pengairan, kemudahan laluan air, tempat mencari sumber makanan dan lain sebagainya. Salah satu sungai yang sangat terkenal di dunia adalah sungai NIL yang merupakan sungai terpanjang di Dunia sampai saat ini.   Sungai Nil berada di benua Afrika, adalah satu dari dua sun...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...